Review Filem Bisik Pada Langit – Mesti Baca!

September 28, 2017 by 2 Comments

Review Filem Bisik Pada Langit – Mesti Baca!

Tayangan Perdana Movie Bisik Pada Langit ialah pada 21 September 2017. Selepas 7 hari ditayangkan barulah harini saya dapat buat review filem Bisik Pada Langit ini.

Dengan menggunakan Movie Club dan Maybank Credit Card, saya dapat point (rasanya) dan dapat menggunakan priority lane.
Tapi pada hari bekerja sebegini, tayangan jam 1.15 tengahari pula tu.
Memang satu lane sahaja yang dibuka di TGV ini.
Jadi beratur juga lah saya di priority lane itu demi sekeping tiket Bisik Pada Langit filem arahan Khabir Bhatia.

Review Filem Bisik Pada Langit Seorang Diri

Hari pertama saya mendengar tajuknya ‘Bisik pada Langit’ sudah rasa sesuatu dan mula ajak encik suami menontonnya.
Dia senyum sahaja sambil berlapis kata ‘Ada cerita lain tak?’
Iyelah..dia fobia dengan beberapa cerita Malaysia atau Indonesia yang pernah saya ajaknya sebelum ini.

Oleh kerana kali ini saya tak berjaya mempengaruhi beliau.
Lalu seorang diri saya melangkah ke pawagam tak pernah dibuat sebelum ini.
Tapi demi movie sebaik ini (melalui pembacaan review blogger lain), saya biarkan sahaja kaki melangkah membawa ke sini.

Walaupun seorang diri!

Jadi review ini adalah dari seorang hati diri sendiri haha.

Novel Bisik Pada Langit

Sesungguhnya saya cukup mengkagumi penulis novel yang dapat menyelami perasaan seseorang dan menggambarkan keadaan dalam bentuk perkataan.
Saya belum dapat lakukannya!

Kalau dapat novel tentang pekerja kilang, memang betul-betul kita berada disana kan siap segala mala mesin.
Penulis novel kegemaran saya ketika saya remaja antaranya ialah Norhayati Berahim.
Beberapa nama penulis novel lain yang saya baca dan tidak dapat diingati ketika menaip review ini.

Cukup lama saya tak membaca novel kerana keutamaannya diberikan kepada perkara lain.
Bukan kerana tak ada masa atau banyak kerja.
Dan mungkin juga kerana saya kurang percaya pada novel (persepsi) kerana drama di kaca TV.
Berebut-rebut dengan tajuk suamiku dan isteriku itu ini.
Belum lagi adegan romantik (baiklah, cemburu lah itu!) haha.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah, saya tak tahu ada penulis novel sebaik cerita ini!

Saya percaya ada sebab yang kuat mengapa Khabir Bhatia (atau sesiapa yang decide) untuk bekerjasama dengan novel ini.

Amaran : Tiada babak romantik.


Review filem Bisik Pada Langit

Ini perkongsian penulis novel Siti Khadijah di media sosialnya.

Jangan salah faham tau, novel Bisik Pada Langit BUKAN adaptasi daripada novel tapi novel yang DIADAPTASI daripada filem. Memandangkan ramai sangat yang keliru jadi SK ringkaskan je ya…

**FILEM (karya asal)**
Produksi: Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd.
Penulis Skrip : Sofia Rhyland, Maizura Ederis.
Pengarah : Kabir Bhatia.
Terbitan: Astro Shaw.
**NOVEL (olahan semula)
Penulis: Siti Khadijah.
Keluaran: Oktober 2016
Terbitan: Penulisan Enterprise.
Anugerah: Novel Terbaik, Anugerah Buku Negara 2017.
Jadi bagi yang dah baca novel tu, tahu kan macam mana perasaan bila baca novel ni? Hah, apa lagi jomlah terjah pawagam 21 September ni.. Bawalah satu keluarga sebab cerita ni sarat dengan kasih sayang antara keluarga. Jangan lupa bawa tisu sekotak. Kalau tak cukup tisu boleh je pinjam baru orang sebelah. Tapi pastikan orang sebelah tu muhrim ya.


Kerjasama Novel dan Filem – Review Bisik Pada Langit

Biasanya…biasanyalah…
Orang akan kata, filem tak sebaik novel.
Iyelah, sentuhan kamera dengan garapan kata-kata bukanlah satu benda yang sama.

Tapi dalam Filem Bisik Pada Langit, ianya ternyata luar biasa!

Mungkin ada bahagian yang tak sama namun tak jauh bezanya.

Saya membaca novel ini selepas menonton filemnya. Terbalik tapi berbaloi!
Tahniah Siti Khadijah. Penulis novel Bisik Pada Langit yang dapat menterjemah’rasa kasih sayang’ dalam bentuk tulisan hasil garapan cantik oleh pengarah cerita ini.

Kedua-duanya cukup membanggakan.

Kembang kempis hidung jadi rakyat Malaysia. Haha.

Perbezaan Novel dan Filem Bisik Pada Langit

Contohnya dalam novel, sewaktu Siti Hajar mendapat keputusan peperiksaan SPM lokasinya ialah di dewan sekolah.
Dan berita gembira mendapat 15A disampaikan dengan gembira oleh beliau kepada emak dan ayahnya!

Dalam filem, ianya lebih ringkas.
Sang ayah sedang duduk di pangkin hadapan rumah dan Siti Hajar berlari-lari ke ayahnya membawa kertas keputusan SPM.
Ayahnya berwajah ‘Eh harini keputusan keluar ya?’ (Jarang lah perkara ini berlaku kan lagi lagi anak kesayangan ambil result peperiksaan penting tapi mana tahu pagi tadi ayahnya keluar kebun awal sebelum Hajar keluar ke sekolah)

Dan kertas yang Hajar bawa kepada ayahnya itu agak renyuk dan lama.
Haaaaaa…komplikatednya saya. Itupun saya nampak kerana jalan cerita ini hampir kepada sempurna!

Biasanyalah kalau keputusan exam tu kita mesti lipat kemas-kemas kan. Kecuali kalau surat boyfriend beritahu sorry kita kena clash eh!

Review Bisik Pada Langit

Skrip

Kata-kata dan skrip didalam filem ini ringkas dan padat.
Ianya dimulakan dengan kata-kata tentang tuntutan memberi nama yang baik kepada anak.
Baru mula cerita, saya dah mengalir air mata daaaaahhhhh kenapa pula.

Filem ini tentang kasih sayang.
Terasa sangat kasih sayang yang mahu ditonjolkan oleh lensa kamera.

Sudut-sudut kamera memang cun. Ada banyak angle yang memberi makna biarpun tanpa skrip dan hanya ditemani lagi Lygophobia lagu Akim dan Majistret sebagai runut bunyi memang kena.

Lygophobia adalah ketakutan berada di dalam tempat yang gelap dan kegelapan.
Perkataan Lygo adalah dari perkataan Latin yang bermakna bayang-bayang yang hampir kepada gelap.

Siapa yang tidak?
Lagi-lagi ‘kegelapan’ yang dihadapi ialah momen semasa dan selepas kehilangan insan yang tersayang.

Masuk sangat dengan wajah Beto Kushairy yang memegang watak abang sulung kepada Siti Hajar. Anak Wak Rosli (Jalil Hamid).

Memang kena.

Scene yang artistik

Banyak scene ataupun lerekan lensa kamera yang menggambarkan keadaan biarpun tanpa kata kata.

Filem dimulakan dengan kelahiran Siti Hajar dalam alunan azan yang indah.
Kemudian sang ayah mengajar anak-anaknya mengaji (tengok scene ni pun saya menangis). Terbayangkan kasih sayang ibubapa tanpa penghujungnya.

Ayah memegang anak tangan anak perempuannya kepada penunjuk muqaddam dan seterusnya tangan yang sama membantu pegang tangan anaknya untuk menaiki basikal. Aduhhhhhhhhh….
Dalam scene ini nampak ayahnya kasih sungguh pada anak perempuan nan seorang.

Selepas sang ayah menolak basikal bila anak perempuannya belajar menunggang sedangkan dua anak lelaki bermain layang-layang berdua. Ayah susah hati bila Hajar terjatuh.

Zaidi (lakonan Beto Kushairy) cepat cepat mengangkat basikal yang ditinggalkan ayahnya yang mendukung Hajar.

Dari scene itu, penonton dapat meneka anak sulung ini lembut hati orangnya. Sementara anak lelaki yang seorang lagi muka tak puas hati bila permainan mereka perlu dihentikan. Mungkin.
Atau bercampur dengan perasaan bila melihat sang ayah bukan main risau semasa anak perempuannya jatuh.
Pun mungkin.

Sebab scene-scene diatas tiada kata-kata, hanya runut bunyi yang mengiringi.

Dan doa seorang ayah
“Ya Allah, jadikanlah anakku ini sekental jiwa Siti Hajar ketika terdampar di padang pasir”

Tak ke remuk hati ini.

Sepatutnya lebih kental la kan.

Solat bukan ritual

Biasanya dalam drama atau filem memang ada scene solat atau dalam telekung kan.

Tapi untuk pertama kalinya,beberapa scene solat buat pipi tiba tiba basah ni air aircond ke menitik?

Eh airmata ada banyak ke lagi ni?

Sesungguhnya solat dan bacaan Alquran bukanlah ritual bila kau lihat dengan mata hati wahai Suraya.

Dan saya tak berani komen scene solat dalam drama lain dibuatnya pengarah suruh saya buat drama sebab pandai cakap aje haaaa acane.

Tontonlah. Rasakan sendiri.

Yang kau pun turut sama bersolat dengan mereka.

Meminta pada Tuhan yang itu. Satu.

Watak-watak (Pelakon Bisik Pada Langit)

Biarpun tidak ramai tapi semuanya memberikan kesan lakonan yang hebat dengan emosi masing masing.

Ayah (Rosli) & Mak (Nab) – Jalil Hamid & Datin Fadilah Mansor

Watak ayah lebih diketengahkan dalam cerita ini seperti dalam novel.
Memori Jalil Hamid yang dapat saya ingat ialah lagu ‘Ayam’ – ada ayam kampung, ayam bandar.
Simple sangat tu saya berfikir.

Jalil Hamid merupakan seorang pelakon yang hebat!
Dengan mata sepet, kulit sawo matang berhidung Melayu dan bermisai.

Ada penonton yang merasakan watak Jalil Hamid sebagai bapa mereka sendiri.
Ini luar biasa!

Biasanya Wak Rosli ni orang Jawa cuma Wak Rosli dalam cerita ini tak ada ‘pelat’ Jowo.
Ini bukan komen haha bukankah sudah saya katakan bahawa filem ini hampir kepada sempurna.
Jadi saya mahu (juga) tulis.

Sang ayah sangat mengasihi anak perempuannya.
Ada satu scene yang beliau tidak mengizinkan Hajar menaiki motor kerana bahaya.
Puas Hajar memujuknya, jawapannya masih tidak.
Masuk ke bilik, ayah beritahu mak “Saya memang garang dengan Hajar sebab saya nak lindungi dia”
Sang ibu menjawab “Dengan semua anak pun abang garang”

Cerita ini cuba menampilkan kisah ‘pilih kasih’ dalam diri ayah.
Tapi saya tidak berapa nampak sikap itu.
Iyelah kita tengok apa yang kita mahu tengok kan.

Mungkin limitasi filem dengan durasi 84 minit, bukan mudah nak masukkan beria-ria.
Nampak ‘kasih’ seorang ayah bila asyik cerita tentang Hajar lah harapan kita (kepada keluarga) dan juga dia menampar Iqram sekiranya berkata sesuatu yang tidak baik tentang kakaknya.

Namun saya melihat sebagai ibu ayah memang begitu.
Jika di belakang kita pun dia akan melakukan perkara yang sama iaitu menyebut-nyebut kebaikan kerana kerinduan.
Haha ini review yang sangat positif.
Boleh diambil dan boleh diabaikan.

Ada scene mak memberikan ayah makan ubat kerana demam.
Kemudian mak ajak ayah tengok sebuah album yang agak besar saiznya.
Ianya album lama.
Cara masukkan gambar pun masuk ikut bukaan tepi (diharapkan pembaca faham).

Saya menjangkakan mak nak ajak ayah tengok album keluarga dari Siti Hajar kecil.

Rupanya mereka sedang melihat gambar yang mungkin baru diambil sebelum Hajar berangkat ke luar negara. Memang sedih momen ini.

“Ibu bapa yang kehilangan anak lebih sakit dari anak yang kehilangan mak bapak. Kau dah ada anak nanti kau tahulah” – Jalil Hamid

Gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera ini dicuci dan dimasukkan kedalam album yang turut memuatkan gambar lama.
(Sebab nampak frame gambar lama berenda-renda itu sewaktu kamera zoom).

Biasanya sebuah album akan khusus untuk sebuah event atau mungkin gambar lama-lama letak di bahagian hadapan dan gambar baru di satu tempat contohnya bahagian belakang.

Ahhhhhhh….. penulis nak cover yang airmatanya memang mengalir sepanjang cerita ini lah tu jadi susunan gambar dalam album pun jadi topik! Haha.

Filem ini hampir sempurna!
Tak kena tentang gambar di mata penulis sebab persepsi yang dibawanya sahaja.
Mungkin mak ayah kita di kampung tak kisah pun tentang susunan gambar dalam album.

Kan?

Pelakon Bisik Pada Langit

Review filem Bisik Pada Langit

Terdapat sekeping gambar yang memuatkan gambar 4 ahli keluarga ini.

“Tapi Hajar tak ada dalam gambar ni” luah sang ayah.
Menangis lagilah satu panggung.
Dah tak payah diseka air mata ini.
Pakai aje tisu atau tudung.Haha. Tudung sendirilah buat lap air hidung.

Mak berkata “Kita masih ada dua orang anak lagi. Semoga lepasni kita lebih rapat berempat ya bang”
Kalau dialog tak sama, pembaca maafkan ya.
Kan saya beritahu tadi, saya perlu multitask antara menghayati cerita dan mengesat air mata haha.

Beto Kusyairi – Zaidi

Pelakon Bisik Pada Langit

Jadilah pelakon seperti Beto.
Kehenseman bukan sekadar pada wajah tetapi pada lakonan.
Ini tagline ke apa? Haha.

Beto ialah abang sulung Hajar yang sayangkan adiknya.
Mengutamakan adik pergi belajar luar negara dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kontraktor.
Belum belajar tinggi (universiti) namun sentiasa bersyukur dengan kehidupan.

Hajar berjanji bila Hajar pulang dari Australia nanti Hajar akan bantu abangnya belajar.
Namun bukan itu yang diharapkan sebagai balasan.
Beliau cukup terisi (contented) dengan tugasnya menjaga keluarga.

Kemana sahaja ayah mahu pergi, akan dibawanya.
Ke imigresen, masjid, pejabat pendidikan Pontian dan sampai ke Putrajaya dengan kereta Proton Saga lamanya.
Ada beberapa scene yang kelakar membuatkan seisi panggung gelak dan selepas itu sambung menangis.
Kebanyakan scene ada Beto.

Setiap kali mula marah pada bebelan atau kemarahan ayah, dia akan keluar dari kereta.
“Ayah ajar kitorang masa kecik, kalau marah, ambil wuduk , solat. Tu masjid. Jom kita solat”

Ada satu babak yang saya tidak sangka.
Iyelah kenapa pula saya ada menyangkakan sebarang babak?

Eh tapi nak cerita juga.
Sebelum ini bila Zaidi mahu ambil advance gaji dari bosnya untuk membantu ayah beli tiket ke Australia, Iqram adiknya mula mempersoalkan “Asyik abang je nak berkorban”

Dan bila dalam kereta bersama ayahnya, ayah beritahu “Hajar tu penting untuk kita. Nanti bila Hajar balik, kau boleh pergi belajar..” Panjang lagi luahan hati ayah.
Beto memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta.

Ayah bertanya “Salah ke ayah luahkan apa ayah rasa?”
“Kenapa semua orang pandang Dee (nama singkatan) dengan pandangan kasihan?

Dee buat semua ni bukan untuk balasan. Dee redha dengan rezeki Dee” Haaa lebih kurang macam tu lah luahan perasaannya dan baru saya ‘sedar’ ada emosi lain yang terlibat.

Zaidi tak suka dikasihani dan perkara itu disebut-sebut dalam keluarga.

Kenapa saya tak sangka emosi ini terlibat ialah kerana saya agak dia keluar kereta tak larat dengar ayahnya membebel (luah perasaan) sebab biasanya kita tak pandai beritahu perasaan apa yang kita alami.
Biasanya.
Kita cuma pandai cakap, kita marah.

Tapi dalam scene ni, Zaidi beritahu dia tak suka jadi watak yang disimpatikan dalam keluarga.

Ummi Nazeera – Siti Hajar

Memanglah comel wanita ini. Raut wajahnya, keletahnya. Cukup sempurna dengan watak sebagai Siti Hajar.
Saya menyukainya sejak drama Nur Kasih dan kemudian filem Merong Mahawangsa.

Cantik, cerdik dan terdidik dari kecil.
Memang Ummi Nazeeralah watak yang sesuai.
Ada satu scene bila Hajar buat video untuk keluarga.

Masa tu musim bunga di Australia.
Hajar rekod wajahnya dan cakap “Mak, Hajar rindu Mak”
Masa dia cakap tu, double chin siap bergetar-getar maksudnya memang tengah sebak sambil menuturkannya.
Bukan sebarangan aje cakap I miss you tau.

Dia boleh senyum sambil menangis menyampaikan rasa rindunya pada keluarga di Benut, Pontian.
Kita yang menonton pun terasa rindunya pada keluarga.

“Bila Hajar rindu pada keluarga. Hajar akan bisik pada langit, semoga mak mendengarnya”

Bisik Pada Langit

Dan bagi yang sudah menonton filem ini pasti setuju bila saya katakan saat Siti Hajar nazak dan dibantu syahadah oleh ayahnya melalui telefon membuatkan hati remuk.
Macam tisu lepas kita buang hingus dan buang dalam kereta eh macam tu ke.

Sampai macamtu sekali Allah berupaya hadirkan rasa kasih sayang ayah pada anaknya.

Bergolok gadai harta dan nyawa.

Saya kena beritahu ini.

Scene Hajar dalam bilik bedah adalah sinematografi paling cantik yang saya pernah lihat berbanding pengalaman sendiri melihat scalpel dan pelbagai alat dipasskan doktor dan pembantu dibilik bedah.

Drama Korea pun tak dapat scene secantik bilik bedah tu.

Hah kalau tak percaya, kena tengok sendiri.

Macamana scene bilik bedah pun cantik tu Cik Sue ai is cannot brain.

Sepanjang filem ini berlangsung, saya dalam keadaan sedar iaitu betul-betul memerhatikan setiap scene sebagai penonton.

Cuma sampai waktu jenazah Siti Hajar tiba di masjid untuk disembahyangkan, saya rasa takut pada gelap.

Lygophobia yang dalam cerita ini.

Hanya suara Jalil Hamid mengiringi scene Siti Hajar disembahyangkan.
“Kuseru nama-Mu sewaktu kelahirannya dan kseru nama-Mu sewaktu kepulangannya. Semoga kepulangannya dalam iman”

Semasa ayat-ayat diatas dituturkan, air mata mengalir keluar tanpa perlu diniatkan untuk keluar.
Macam ban pecah. Buruk sangat tapi saya tak kisah sebab orang sebelah pun mesti buruk juga haha.

Kesudahan cerita Bisik Pada Langit

Selaku manusia yang mempunyai kebolehan intuisi (gitteww), seakan kita boleh teka what is next dalam kebanyakan filem Melayu atau Hindustan haha (berdasarkan pengalaman menonton di TV) tapi sukar dijangka kesudahan dalam filem ni.

Apa kesudahan Hajar.

Sampai ke hujung, tak puas lagi menghayati setiap scene sampai saya diminta bangun oleh pekerja yang mahu mencuci panggung haha Cik Sue dah kenapa.
Rasa macam “Eh, aku terleka dengan setiap scene yang menyampaikan kasih sayang sebuah keluarga”.

Plotnya tidaklah twisted seperti siapa punya anak pula niatau kenapa tiba-tiba orang ni jadi jahat pula.
Jalan ceritanya terus dan maksudnya tak perlu fikir sukar-sukar, hanya perlu rasa.
Rasakan kasih sayang yang mengalir didalam jiwa.

Dalam filem Bisik Pada Langit ini kita ada didalam Wak Rosli, Mak Bab, Zaidi, Iqram dan Hajar.

Nak baca novel di blog penulis disini (bukan sepenuhnya)

“Siti Hajar bukan anakku, dia tanggungjawabku. Dia mengajarku erti kesabaran dan pengorbanan”

Bisik Pada Langit, 28 September 2017
Suraya Ali

Perkongsian Beto tentang Jalil Hamid yang kematian cucunya semasa penggambaran Filem Bisik Pada Langit.

Disebalik Bisik Pada Langit

2 Replies to “Review Filem Bisik Pada Langit – Mesti Baca!”

  1. SHARRUL RIZAL HASHIM says:

    Assalammualaikum,

    Sedikit pembetulan fakta. sebenarnya novel Bisik Pada :Langit diadaptasi daripada skrip filem ini, dan bukannya filem ini diadaptasi daripada novel. Ramai yang salah anggap tentang perkara ini. Puan boleh bertanyakan sendiri kepada penulis skrip atau penulis novel ini (melalui media sosial).

    Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.