Restoren Cyberjaya : Salam Noodles

April 17, 2017 by No Comments

Restoren Cyberjaya: Mee di Salam Noodles

Bagi sesiapa yang berkunjung ke mari dan mencari restoren Cyberjaya, mesti makan mee di Salam Noodles.

Lokasi Restoren Cyberjaya  ini terletak di:

Tingkat 1 Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Saya mahu ke mari kerana terkenang-kenang mee nya yang bercitarasa Cina Muslim haha.

Sukar dijelaskan dengan kata-kata adapun perasaan itu.

Beberapa kali saya berkunjung ke Guang Zhou sebelum ini.

Bila dinegara sejuk itu, mesti kami akan makan di restoren cina muslim yang biasanya dimiliki oleh Muslim Mongolia.

Mee yang ditarik guna jari tanpa guna mesin.

Macam dalam cerita Kungfu Panda tu!

(Watak bapa Po yang membuat mee).

Salam Noodles disini berada di tingkat satu atas Dave’s Deli.

Nak cari parking disini kena tengok betul-betul sebab kebanyakannya adalah reserved.

Makan disini simple sahaja.

Duduk – pilih menu – bayar di kaunter – makanan akan dihantar.

Restoren Cyberjaya

Makanan bermula dari RM2 sehingga RM8.

Minuman percuma untuk makanan bernilai RM8 ke atas.

Air yang disediakan dalam 6 jenis tapi seorang satu cawan sahaja.

Kalau datang 6 orang, tak boleh share air refill kongsi minum ramai ramai dari satu cawan haha.

Maksudnya semua orang kena order makan atleast RM8.

Restoren Cyberjaya

Restoren Cyberjaya Salam Noodles untuk keluarga

Siapa yang bawa anak kecil, boleh makan nasi putih. Ianya ada dalam menu. Tempat juga selesa untuk makan bersama keluarga.

Nak datang makan sorang-sorang pun boleh.

Ianya tenang dan damai disini. Tak ada orang kacau.

Paling paling pun penulis Lunastory datang buat liputan haha.

Ini makanan yang dipesan iaitu Mee Mutton.

Harganya RM8.

Restoren Cyberjaya

Ini pula lamb kebab.

Harganya RM6 sahaja.

Sedap dan membuatkan kita teringat ingat biarpun sudah pulang ke rumah.

Kawan kawan mesti cuba!


Restoren Cyberjaya


Salam Noodles mempunyai banyak cawangan. Saya pernah ke cawangan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Selain di Shaftsbury Centre, Salam Noodles turut ada cawangan di CBD Perdana 2, Persiaran Flora Cyberjaya.

No telefon : 0383209372

Laman web http://www.salamnoodles.com

Restoren Cyberjaya : Xinjiang Restaurant, Cantonese Restaurant.
Restoren Cyberjaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.