Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS
Artikel “Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Al Kisaaah~
Tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kan, mesti laju je barang dapur habis sebab lebih ramai orang ada di rumah sepanjang masa, setiap waktu. Antara makanan yang paling cepat licin di meja makan adalah roti. Asyik lapar bila duduk di rumah, dimakannya roti kering bersama dengan kopi-o sebelum waktu makan nasi. Haha.
Nak dijadikan cerita, roti habis di rumah. Bila beritahu dekat orang-orang di dalam rumah yang masih boleh bekerja minta belikan roti, ingatkan ketua keluarga seorang sahaja yang tolong belikan.
Tiba-tiba, ada tiga bungkus roti baru pula yang dibawa balik. Oleh orang yang berlainan. Roti saiz jumbo pulak tu.
Daripada tak cukup roti jadi terlebih roti pula. Roti pula makanan yang cepat luput. Kalau level zaman mengaji dulu, selagi tak keluar cendawan roti tu, selagi itulah rasa ‘selamat’ makan roti. Hahaha…
Selain daripada makan roti selagi tak hijau, apa lagi yang anda boleh lakukan dan mudah disediakan?
–
Resepi Roti Kering Homemade
Puding roti dah nak dekat 6 kali repeat buat. French toast pun dah bosan makan setiap pagi. Apa kata cuba buat roti kering pula?
Resepi boleh kata berdozen yang ada di internet. Caranya pun mudah sahaja. Cumanya, Cik Lis suka tambah satu lagi bahan lain.
Bahan-bahan
- Roti
- Gula
- Marjerin
- Serbuk kayu manis / cinnamon (optional)
- Kerajinan…eh (゚ω゚;)
Cara membuat
- Potong kulit roti. Kemudian potong sekeping roti menjadi 4 atau 6 ikut selera sendiri.
- Ulangi langkah diatas sampai habis semua baki roti.
- Sapu marjerin dan tabur gula ke atas roti. Taburkan juga sedikit serbuk cinnamon jika suka.
- Roti sedia untuk dibakar sehingga kering. Anggaran suhu oven adalah antara 150 °C -160 °C. Ataupun ikut oven sendiri. Yang penting, jangan bakar sampai hangus hitam pula.
- Roti kering yang menjadi adalah roti kering yang keras di luar dan di dalam. Kalau di dalam masih lembut maknanya tak cukup kering.
- Bila sudah siap, tunggu ia menyejuk terlebih dahulu barulah masukkan ia ke dalam bekas kedap udara.
- Boleh tahan 1-2 bulan.
Dah siap! Cik Lis tambah cinnamon tu sebab suka akan rasanya bila ia bergandingan dengan gula…macam pastries yang dibeli di kedai. Kalau buat french toast pun Cik Lis letak sedikit di dalamnya.
Selamat mencuba!
Nak cuba tak produk biskut kelapa legend Shahrinie ini? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk ini:
Kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:
Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600, Karai, Perak Darul Ridzuan
Sekian sahaja dari LunaStory untuk edisi usahawan biskut Shahrinie. Jumpa lagi di edisi pengenalan usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!
Jika berminat untuk mengenali usahawan PeDAS Shahrinie, link untuk profil penuh mereka ada di bawah ini ya:
Entri pertama|| Biskut Kelapa Asli Shahrinie | Usahawan PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]