Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, usahawan “Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi |Seri Nenda PeDAS” adalah entri ketiga dan terakhir untuk usahawan luar bandar Dapur Seri Nenda di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.
Terlepas membaca entri berkaitan Seri Nenda sebelum ini? Klik sahaja link-link di bawah ini ya!
Entri pertama|| Sambal Ikan Bilis Seri Nenda |Usahawan PeDAS
Entri kedua||Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi |Seri Nenda PeDAS
***Jika anda malas untuk membaca celoteh Cik LIS dan hanya ingin membaca Petua Sambal Tahan Lama, anda boleh skrol laju-laju sampai jumpa perenggan kotak merah ya. Besar hati Cik LIS jika anda baca sampai habis juga. Hahaha (◕‿◕✿)
Sambal. Ada bermacam-macam jenis sambal yang ada. Daripada sambal ikan bilis, hinggalah ke sambal sotong, sambal ayam, sambal telur, sambal petai dan segala macam sambal yang ada mengikut pilihan lauk protein kegemaran masing-masing.
Cara kita belajar buat sambal pun ikut tuan punya badan juga lah kan? Kalau bertuah, mungkin anda belajar resepi rahsia keluarga dari turun-temurun. Kalau tidak? Internet kan ada. Ramai dah yang rajin share resepi-resepi sambal.
Kalau anda jenis yang boleh follow steps memasak via membaca? Ada berdozen blog yang anda boleh ikuti. Kalau anda jenis yang kena tengok steps satu persatu dengan cara praktikal? Dekat Youtube pun berlambak tukang masak yang akan tunjukkan cara dari chopping board hinggalah ke kuali dan seterusnya ke meja makan.
*No prejudice here. Orang Melayu kata, lain padang, lain belalang; lain orang, lain ragam. Kan? Cik LIS dulu pun ada sesetengah resepi yang Cik LIS buka Youtube dekat phone sambil masak. Kejap-kejap kena pause nak biar selari dengan steps di Youtube. Hehe (◕‿◕✿)
Anyways…nak bagi sambal homemade kita tahan lama pun ada caranya. Berapa lama boleh tahan? Depends. Produk Usahawan PeDAS pengusaha sambal yang dah 5 tahun berbisnes sambal kita ini boleh tahan sehingga 3 bulan! Jom belajar dengan Seri Nenda caranya ya (。•̀ᴗ-)✧
Petua Sambal Tahan Lama
Tanpa membuang masa, Cik LIS goes straight to the point ya petua sambal tahan lama ini (*・∀-)☆
|1|Gunakan sudu yang kering dan bersih
Self explanatory. Lagi sterile, lagi bagus dan tahan lama. Kalau boleh, bekas nak buat simpan sambal untuk satu tempoh yang panjang tu pun yang kering dan bersih ya.
|2|Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka
Cik LIS nak tambah, kalau boleh jangan simpan makanan yang mudah rosak di sebelah pintu peti sejuk kerana ianya adalah bahagian yang selalu terdedah bila dibuka. Simpan jauh ke dalam sedikit.
|3|Jika disimpan dan dibuat dengan betul dan bersih, sambal anda boleh tahan sehingga 7 hari di dalam suhu bilik
Tapi ingat tau! Kalau dah dibuka seeloknya simpan di dalam peti sejuk. Lagi lama sambal anda mampu bertahan (。•̀ᴗ-)✧
|4| Sambal boleh dipanaskan semula
Cik LIS lebih suka panaskan atas dapur berbanding dengan guna microwave. Kalau anda nak guna microwave, terpulang.
Kalau dah boring asyik makan sambal ikan bilis, nak cuba tak sambal jenis lain tapi sendiri tak pandai buat? Dapur Seri Nenda ada pilihan:
Sambal Bilis Cili Padi (penggemar ekstra pedas)| Sambal Tumis Bilis | Sambal Daging Carik2 | Sambal Paru | Sapi Berlada 3 Malam | Sambal Bilis Adik Manja
Ingin mendekati usahawan PeDAS kita yang ini dengan lebih dekat? Atau berminat untuk mencuba produk pedas usahawan PeDAS Seri Nenda? Follow mereka di laman media sosial rasmi:
Facebook – link
Instagram – link
WhatsApp – link
Alamat HQ:
NO 27-1A, LOT 237,
KAMPUNG SUNGAI JAI,
JALAN SUNGAI JAI, BERANANG
43700 SELANGOR
Sekian sahaja dari kami di LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS yang lain akan datang ya!
Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]