Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor

February 16, 2022 by No Comments

Pembiayaan Skim i-Agro adalah satu inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh Hijrah Selangor bagi membantu para usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan modal sehingga RM50,000, dalam usaha mengembangkan aktiviti perniagaan dengan lebih pesat.

Tujuan utama skim ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda atau siswazah dalam bidang Agro yang merangkumi sektor pertanian, penternakan dan juga akuakultur. Bagi anda yang berminat, boleh membuat permohonan kepada pihak Hijrah Selangor dengan segera secara online atau di laman yang disediakan.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Pembiayaan Skim i-Agro

Skim i-Agro Hijrah Selangor

1. Maklumat Pembiayaan

  • Nama program: Skim i-Agro
  • Had pembiayaan: RM1,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh pembiayaan: 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  • Cas perkhidmatan: 8% setahun

2. Aktiviti Pertanian

Skim i-Agro adalah khas bagi aktiviti pertanian berikut:

  • Pertanian
  • Penternakan
  • Akuakultur

3. Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon Skim i-Agro adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon merupakan rakyat Negeri Selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun.
  3. Pemohon mengundi di negeri Selangor.
  4. Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun.
  5. Perniagaan sudah beroperasi.
  6. Mempunyai lokasi atau tapak yang khusus.
  7. Mempunyai surat perjanjian, salinan geran tanah/dokumen lain yang sah melibatkan aktiviti ekonomi berkonsepkan aktiviti agro.
  8. Mempunyai salinan perniagaan (SSM/permit kebenaran atau lesen PBT yang sah).
  9. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.
  10. Terlibat secara langsung dalam perniagaan.
  11. Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian.
Pembiayaan Skim i-Agro

4. Syarat Pembiayaan

Pembiayaan Skim i-Agro

5. Dokumen yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran pasport pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah).
  4. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini/buku bank.
  5. Gambar perniagaan pemohon.
  6. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon.
Pembiayaan Skim i-Agro

6. Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web Mikro Kredit Selangor.
  2. Klik bahagian ‘Create An Account.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

7. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim i-Agro, sila layari portal Hijrah Selangor.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.