Money Changer Murah Cheras Kuala Lumpur
Money Changer Murah
Jika anda seorang yang sering travel, pasti money changer murah adalah diantara kata carian yang sering di cari samada di Google mahupun di Facebook Group pengembara.
Selalunya (atau boleh dikatakan setiap kali) saya akan ke Mid Valley Megamall ataupun IOI Mall untuk menukar ringgit kepada Yen ataupun Won jika mahu mengembara ke Jepun atau Korea.
Hari ini saya terserempak dengan sebuah money changer murah di kawasan sekitar Bandar Tun Hussein Onn iaitu di dalam AEON Big.
Jadi bagi individu yang menetap di Kawasn Cheras Kajang Balakong, berita baik ini membuatkan kita tak perlu mencari money changer jauh jauh lagi.
Kalau betul-betul kita considerkan masa dan kos parking, mungkin perbezaan nya tidak jauh beza sebenarnya kan namun bersungguhlah kita mahu mencari money changer yang menawarkan harga terbaik dalam pasaran tempatan haha.
Masa saya semak hari ini (3 Januari 2018) jika tukar di Midvalley 100 Yen bersamaan RM3.70 namun disini 100 Yen bersamaan RM3.62
Namun jika kawan kawan mahu tukar Ringgit kepada Yen, ianya rendah berbanding tempat lain.
Maksudnya dia ambil tidak tinggi. Masih, jika considerkan kos-kos lain untuk saya mencari money changer yang berada jauh dari lokasi saya, ianya akan menelan kos yang tidak terjangka.
Jadi, sebagai pengguna yang bijak, teruskan mencari ya.
Seboleh mungkin elakkan menukar duit di money changer di mana-mana lapangan terbang apatah lagi jika di negara yang kita kunjungi. Kosnya akan lebih tinggi.
Ianya bermaksud, kita perlu betul-betul tahu berapa kos yang akan kita gunakan sepanjang pengembaraan di negara asing.
Boleh juga sediakan wang lebih.
Biar berlebih, usah terkurang kan.
Semoga Lunastory membantu travellers Di Malaysia membuat pilihan.
Laman blog travel Jepun Travellis Malaysia dapat membantu kawan-kawan mendapatkan kegembiraan dari perjalanan ke bumi Jepun.
Trip Jepun bulan April 2018 – meneroka Tokyo, tanah sakura bersama Puan Suraya Ali. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, baca tentang trip jepun ya!