Makanan yang Mesti Dinikmati ketika Melancong ke Morocco Az Zair Travel & Tours

April 30, 2018 by No Comments

Melancong ke Morocco dengan Az Zair Travel & Tours

Bagi Tuan/Puan yang mahu melancong ke Morocco, pastikan travel agent yang digunakan adalah yang dipercayai seperti Az Zair Travel & Tours ini ya.

Ianya kerana kita menyimpan duit untuk melancong dan pastinya tak mahu trip yang kita idam-idamkan akhirnya menjadi mimpi ngeri hanya kerana kita tak pilih travel agency betul betul.

Melancong ke Morocco

Az Zair Travel & Tours berpengalaman dalam bidang pelancongan dan hotel bagi lokasi-lokasi seperti Krabi, Korea, Taiwan, Baitulmaqdis, Umrah, Turkey, Uzbekistan, China dan juga pakej pelancongan Muslim Morocco.

Morocco adalah sebuah negara yang sangat unik. Mempunyai hampir 3.8 million penduduk dengan keluasan 446,550 km2 dan berada di kelilingi oleh dua laut iaitu Lautan Mediterranean dan Lautan Atlantik.

Peta Morocco

Gambar sumber Google

Bersempadan dengan Sepanyol dan merupakan sebuah negara yang mempunyai asimilasi Islam dan Barat yang sangat indah — Morocco lah tempatnya!

Alang-alang berpeluang ke negara Islam yang lain, jangan lepaskan peluang menikmati makanan Morocco dan boleh ikut tips Melancong Pakej Muslim Morocco Az Zair Travel & Tours ini juga semasa disana.

Makanan yang mesti dinikmati sepanjang berada di Morocco adalah seperti berikut:

Mesti Cuba Yang Pertama #1 Teh dan Ahwa (Kopi)

Makanan Morocco

Tengok pada nama pun nampak macam menarik kan?
Jika anda melancong ke sini, inilah sajian minuman yang patut anda cuba. Sudah pasti pagi anda akan terasa lebih segar dengan menikmati sajian teh pudina tersebut. Untuk pengetahuan anda, aktiviti minum teh bersama-sama adalah aktiviti sosial yang mencerminkan budaya Morocco.

Kebiasaannya, teh tersebut perlu didihkan terlebih dahulu bersama gula. Sekiranya anda kurang menggemari teh yang manis, anda harus menyuarakan permintaan ini sebelum teh dihidangkan. Kopi di Morocco juga pasti akan membangkitkan pagi anda dengan kepekatan kaffein yang tinggi.

Jadi, bagi penggemar tegar kopi hitam dan pekat anda juga boleh memesan kopi susu mengikut selera anda.

Makanan Kedua #2 Aseer Limoon (Jus Oren)

Bagi penggemar buah oren, anda boleh mendapatkan jus oren yang menyegarkan apabila berkunjung ke Morocco. Jus oren yang dijual di sini bukan daripada jus cordial tetapi jus yang sangat berkhasiat dan menyegarkan.

Kebiasannya jus oren di sini tidak dicampurkan dengan gula atau air, tetapi hanya jus semata-mata! Menyegarkan! Rasanya juga manis. Tidak hairan jika jus oren ini digemari ramai kerana cara penyediaannya yang sangat menarik.

Penjual buah oren di gerai-gerai akan sedia memerah jus oren sebaik sahaja menerima pesanan anda. Anda juga boleh dapatkan vitamin c sebelum mengembara dengan lebih jauh menerokai bumi Morocco. Pasti anda lebih bertenaga!

Jus Oren Morocco

Mesti Cuba Makanan No#3 Tajine

Sejenis sajian makanan yang dimasak di dalam tembikar khas berbentuk kon dan menghasilkan hidangan yang lembut dan enak untuk dinikmati. Anda hanya perlu cedokkan stu Morocco ini dengan roti khas yang bernama khoobz. Rasanya penuh nikmat!

Keunikan penyediaan Tajine ini ialah dengan menggunakan tembikar khas yang menjadi simbol ikonik di Morocco. Tambahan pula, dengan reka bentuknya yang sangat unik menambah tarikan untuk menikmati hidangan yang lazat ini.

Hidangan ini merupakan antara hidangan berat yang biasa dihidangkan pada waktu makan tengahari.

Makanan Morocco

Untuk pengetahuan anda, Tajine mempunyai pelbagai resipi, pilihlah yang menjadi kesukaan anda. Wajib cuba tau!

Makanan Keempat Mesti Cuba #4 Brochettes

Daging yang diperap dengan pelbagai rempah-ratus dicucuk dengan besi lalu dibakar di atas pemanggang mungkin mengingatkan kita tentang sate. Seakan-akan sate, tapi ini bukan makanan yang berasal dari Asia Tenggara, tetapi  berasal dari Morocco.

Brochettes

 

Daging yang digunakan untuk sajian ini boleh jadi daging lembu, kambing atau ayam. Manakala, sayur-sayuran yang dipanggang juga turut dihidangkan bersama. Bahan perapan yang digunakan seperti paprika, bawang, jintan putih dan lada meningkatkan aroma  brochette. Tengok gambar pun dah menyelerakan!

Tak sabar nak rasanya bila melancong ke Morocco bersama Az Zair Travel & Tours!

Pakej Muslim Morocco

Makanan Kelima #5 Couscous

Mungkin anda pernah makan couscous sebagai hidangan sampingan. Tidak di Morocco!

Penyediaan couscous yang teliti membuatkan ia menjadi hidangan istimewa yang biasa dihidangkan pada hari Jumaat sebagai makanan tengahari setelah menunaikan solat Jumaat. Banyak bahan yang boleh digunakan untuk melengkapkan hidangan ini seperti kambing, ikan, sayur-sayuran, dan herba-herba segar.

Couscous

Ada juga pilihan yang berasaskan sayur-sayuran  bagi mereka yang ingin mencuba hidangan vegetarian. Berkhasiat!

Makanan Keenam #6 Orange a’ Canelle

Hidangan ini asasnya adalah potongan buah oren yang diperisakan dengan serbuk kayu manis. Nampak biasa tetapi gabungan buah oren dari Morocco yang sedap dan kayu manis yang mungkin belum pernah anda cuba memang sangat menarik.

Makanan Morocco

Gabungan yang sangat mudah, tapi dan menyelerakan sebagai pencuci mulut setelah menikmati hidangan berat. Anda juga akan mendapati bahawa keenakan rasanya berbeza-beza bila disediakan di tempat yang berbeza kerana variasi buah oren yang digunakan dan resipi yang berbeza.

Makanan Ketujuh Bila Melancong ke Morocco Mesti Cuba #7 Harira

Harira

Sup tradisional Morocco ini ialah adunan kacang dhal, kacang kuda, tomato, daun ketumbar dan pelbagai rempah-ratus. Hidangan ini paling banyak dihidangkan semasa bulan Ramadhan namun mudah juga didapati pada waktu-waktu lain.

 

Seperti hidangan Morocco yang lain, tiada dua mangkuk harira yang serupa kerana pelbagai resipi yang digunakan. Ada yang menggunakan resipi turun-temurun dari keluarga, dan berbeza-beza mengikut tempat. Enak dimakan ketika masih panas, semangkuk sup pekat ini pasti membekalkan tenaga yang banyak. Rugi jika anda tak cuba!

 

 

MELANCONG KE MOROCCO BERSAMA AZ ZAIR TRAVEL & TOURS SEGALA URUSAN TUAN/PUAN SEPANJANG DI BUMI BERTUAH INI AKAN DIJAGA. JANGAN RISAU YA!

Jom saksikan video ini!

 

UNTUK PROMOSI ATAU SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI TRIP PELANCONGAN KE MOROCCO, HUBUNGI AZ ZAIR TRAVEL & TOUR DI NOMBOR INI

013-597 3905 CALL 03-4131 8520 ATAU KLIK SAHAJA SEKIRANYA TUAN/PUAN MELAYARI WEB INI MENGGUNAKAN PHONE

 

LAYARI FACEBOOK AZ ZAIR UNTUK INFORMASI PELANCONGAN KE MOROCCOYANG SELAMAT DAN BOLEH DIPERCAYAI.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.