Laptop Murah Di Ipoh | Harga Mampu Milik

June 1, 2022 by No Comments

Anak dengan suami bergaduh nak pakai laptop la pula… Sorang nak buat assignment, lagi sorang pula nak buat kerja. Ishhh, kita yang tengok ni pula jadi tak tentu arah! Kalau beli yang baru, harga laptop zaman sekarang pun mostly memang, perghh! Mahal nauzubillah bak kata orang. Jadi, dekat mana nak dapat laptop murah di Ipoh kalau macam ni?!

Ha, jangan marah-marah dulu… Meh sini Cik Min share dekat Tuan/Puan semua tentang satu port atau lubuk untuk dapatkan laptop murah di Ipoh!

Pembeli Laptop Harus Sentiasa Berwaspada Sebelum Membeli!

Dengan peningkatan kos sara hidup, kita harus saling berwaspada dalam membuat pilihan untuk elakkan daripada ditipu ya… Yelah, sekarang ni ramai yang menjual laptop dengan harga murah di internet, tetapi ramai juga yang menyamar tau! Scammer la bahasa mudahnya. Kadangkala, offer yang diberikan pun agak diluar jangkaan seperti warranty 1-2 tahun, tetapi bila laptop rosak, warranty tak boleh ditebus pulaaaa… Atau satu lagi situasi di mana pembeli dah bayar, tapi barang tidak sampai-sampai. Eeeee, geramnya Cik Min kalau dengar cerita macam ni! Emosi betul dibuatnya…

Jadi, sebab itulah Cik Min nak Tuan/Puan lebih berhati-hati dah hanya pilih yang tepat dan terbaik sahaja!

Untuk elakkan sebarang penipuan, haaa ni Cik Min nak reveal satu kedai terbaik, khas untuk warga Perak. Kalau Tuan/Puan nak tahu, ada satu kedai yang terkenal dengan pelbagai jenis perkhidmatan terutamanya dalam penjualan laptop dengan harga yang murah. Senang cerita, memang title kedai laptop murah di Ipoh ni, boleh bagi kat dorang lah! Anugerah khas ini Cik Min berikan kepada… Chip Computer!

Chip Computer | Kedai Laptop Murah Di Ipoh

Laptop murah di ipoh

Haaa, Chip Computer inilah yang Cik Min maksudkan… Di sini, mereka tawarkan pelbagai jenis laptop baharu tau Tuan/Puan. Kalau nak cari yang refurbished pun ada! Tinggal pilih aje jenama yang Tuan/Puan berminat dan berkenan di hati, hihi

Jangan risau juga! Sebab laptop yang ditawarkan bukan hanya daripada jenama biasa-biasa sahaja… Jenama yang gempak-gempak pun ada juga ya! Cik Min faham, kadangkala Tuan/Puan perlukan spek yang bagus atau tinggi, kan? Jadi, kalau Tuan/Puan berminat, boleh walk in terus kedai Chip Computer yang terletak di alamat 50A, Lengkok Wira Jaya Timur 1, Taman Timah, 31350 Ipoh, Perak ini, untuk lihat sendiri spek-spek laptop yang ada.

Kalau rambang mata nak pilih pun, jangan risau, sebab Team Chip Computer boleh suggestkan kepada Tuan/Puan laptop yang bersesuaian. Tinggal beritahu je:

“Saya nak yang Graphic Card dia tinggi”

Nak RAM yang besar dan CPU sesuai untuk heavy work”

Chip computer confirm akan layan permintaan Tuan/Puan punya!

Cik Min macam mana dengan harganya pula? Itu pun jangan risau… Chip Computer memang akan menawarkan harga mampu milik bermula dengan RM1000 sahaja. Berbaloi kan?

Laptop murah di Ipoh
Antara laptop terbaharu yang ditawarkan di akaun Facebook Chip Computer, boleh klik sini.

Apa yang pasti, Tuan/Puan bukan sahaja akan dapat laptop bagi setiap pembelian, malahan dapat free gift seperti tetikus, beg galas dan pendrive juga! Di tambah pula dengan jaminan warranty, fuhhh… mana nak dapat servis macam ini lagi Tuan/Puan oiii?! Semua ni valid hanya di Chip Computer aje! Jom klik website Chip Computer untuk ketahui lebih banyak produk dan servis yang mereka sediakan.

Ehhh, tak lupa juga kepada yang duduk jauh dari Ipoh tu… Chip Computer pun ada servis penghantaran tauuu! Cakap je Perak belah mana? Manjung? Kampar? Team Chip Computer akan ke sana! Hebat kannn? Mana lagi nak cari servis terbaik macam ni? Chip Computer sememangnya, dijamin TRUSTED!

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut berkaitan Chip Computer atau pertanyaan secara terus, Tuan/Puan boleh hubungi Encik Husni dan juga Puan Nisa’. Jom jadikan Chip Computer sebagai port kedai laptop murah di Ipoh, yang menjadi pilihan utama anda!

Ehhh, choppp! Satu lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Lunastory! Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini ya.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Cik Min tentang ‘Laptop Murah Di Ipoh’ kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.