Kuah Rojak Pasti Terangkat | Lahza:PeDAS

April 2, 2020 by No Comments

Artikel “Kuah Rojak Pasti Terangkat | Lahza:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Rojak. Jika anda mencari makna dalam konteks ini, ianya adalah makanan yang dibuat daripada hirisan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicampurkan dan diberi berkuah. Kita juga menggunakan perkataan ‘rojak’ untuk menggambarkan sesuatu yang bercampur-aduk.

Rojak selalunya berkuah pekat. Kuah rojak digaul dengan sama ada pilihan buah, sayur, ataupun kuih. Untuk rojak buah, kuahnya berwarna gelap kerana kicap. Kicap masin sesuai digandingkan dengan buah yang manis.

Ada pelbagai cara untuk membuat rojak buah ini. Antara bahan yang paling asas selain daripada kicap adalah belacan. Untuk mendapatkan rasa manis, ada yang menggunakan kicap manis. Pilihan lain adalah dengan mencampurkan gula. Sos cili thai juga sesuai digaulkan bersama.

Dan yang paling anda jarang boleh tinggal adalah dengan mencampurkan juga sama ada kacang yang ditumbuk ataupun bijan! Barulah rojak penuh tekstur masam manis masin dan crunchy!

Kalau yang gigih mencari resepi kuah rojak yang sesuai dengan citarasa anda, tahniah Cik Lis ucapkan! Jika anda kuah rojak segera dan boleh dipesan atas talian atau online, anda mungkin mahu mempertimbangkan produk kuah rojak dari usahawan PeDAS ini!

Lahza – Kuah Rojak Pasti Terangkat

Kuah rojak dari Lahza ini adalah keluaran terbaru daripada Lahza Enterprise! Syarikat ini beroperasi sejak 2018 dari Raub, Pahang. Jenama Lahza yang sebelum ini terkenal dengan sambal pecal segera dan mudah dibeli secara online seperti Shopee juga mendapat banyak permintaan untuk produk kuah rojak terbaru mereka.

Antara jenis kuah rojak keluaran Lahza:

Apa kata peminat kuah rojak Lahza?


Ingin mengikuti promosi-promosi semasa produk keluaran Lahza ini? Ataupun bertanyakan dengan lebih lanjut? Layari mereka di sini:

Facebook | Instagram | Lahza Homepage | WhatsApp | Saluran Youtube

Anda boleh membaca profil penuh mereka di sini:

Entri pertama|| Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.