Kesan Bisnes Tanpa Branding

December 2, 2021 by No Comments

Sebagai seorang usahawan, semestinya anda perlu tahu tentang kesan bisnes tanpa branding. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebuah perniagaan perlu ada penjenamaan sendiri untuk memastikan ia dapat berkembang lebih maju. Perniagaan secara online juga sangat memerlukan branding supaya produk dan servis yang ingin ditawarkan kepada pelanggan lebih dikenali ramai.

Jadi, melalui entri pada hari ini, Cik Min ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kesan perniagaan tanpa branding. Informasi yang sangat berguna dan menarik ini, Cik Min dapatkan daripada YouTube Menteri Printing.

Kesan Bisnes Tanpa Branding

7 Kesan Bisnes Tanpa Branding

Mungkin ada usahawan di luar sana yang memulakan perniagaan dan perniagaannya terus “meletop” atau trending. Memang seronoklah kan? Tapi, kena ingat tak selamanya perniagaan akan terus maintain dan berjaya. Ada juga turun dan naiknya! Tambah lagi kalau ada persaingan dengan perniagaan yang lain.

Sesuatu perniagaan itu sememangnya memerlukan branding, kerana sangat berbahaya sekiranya usahawan teruskan perniagaan tanpa membuat branding terlebih dahulu, bagi produk atau servis usahawan. Mari ikuti info tentang kesan bisnes tanpa branding di bawah.

1. Kos Marketing akan Meningkat

Kesan utama apabila bisnes usahawan tidak menggunakan branding ialah kos marketing akan meningkat. Hal ini mungkin disebabkan usahawan perlu membuat pelbagai offer, dan promosi untuk menarik audiens membeli produk atau menggunakan servis yang usahawan tawarkan. Misalnya, usahawan perlu memberi free gift dan ia akan menggunakan banyak kos.

Penggunaan branding akan menjimatkan bisnes usahawan daripada mengeluarkan belanja kos marketing yang tinggi.

Kesan Bisnes Tanpa Branding

2. Pengguna Judge Produk Anda Mahal | Kesan Bisnes Tanpa Branding

Usahawan juga perlu ambil perhatian bahawa kesan pemasaran tanpa branding ini akan membuatkan pengguna judge produk yang usahawan tawarkan tersebut mahal. Sebagai seorang pengguna, Cik Min juga akan judge sekiranya sesuatu produk tersebut terlalu overprice.

Namun, usahawan perlu menggunakan branding dan mempunyai value yang tersendiri supaya pengguna akan menghargai produk yang usahawan tawarkan. Pengguna juga tidak akan teragak-agak untuk membeli sesuatu produk yang mahal kerana mereka tahu dan faham value yang akan mereka dapat.

3. Sales Drop kerana Peniaga Baharu

Sekiranya ramai pesaing atau peniaga baharu dalam perniagaan, tentunya ia akan memberi kesan kepada perniagaan usahawan. Dengan itu, usahawan terpaksa belanja banyak duit untuk membuat kos marketing yang baharu dan meningkatkan lagi bisnes usahawan.

Jadi, sekiranya usahawan mempunyai branding yang agak lemah, usahawan perlu bersaing dengan peniaga baharu yang lain. Mungkin peniaga baharu di luar sana mempunyai branding yang kukuh atau sudah membuat branding dari awal.

Kesan Bisnes Tanpa Branding

4. Lambat Mendapat Kepercayaan

Kesan sekiranya bisnes usahawan tidak ada branding ialah lambat untuk dapat kepercayaan daripada pengguna. Seperti mana yang kita tahu, pengguna akan lebih prefer membeli produk yang ada brand meskipun produk tersebut tidak jauh bezanya dengan produk jenama lain.

Salah satu kekuatan branding adalah trust. Apabila sesuatu bisnes tersebut mempunyai trust, secara automatiknya potensi bisnes itu akan jadi lebih tinggi. Dengan adanya trust juga usahawan boleh lihat dengan jelas peningkatan dalam sales usahawan.

5. Susah Membina Fan-Base | Kesan Bisnes Tanpa Branding

Setiap bisnes semestinya mempunyai fan-base yang tersendiri iaitu peminat tetap. Lagi-lagi founder yang membuat personal branding. Apabila branding sesuatu bisnes itu sudah kuat, ianya akan menarik lebih ramai lagi fan-base yang lain. Hal ini akan membantu meningkatkan sales sesuatu perniagaan.

Kesan Bisnes Tanpa Branding

6. Untung Tidak Konsisten

Dengan adanya pesaing, ia akan menyebabkan untung bagi perniagaan usahawan menjadi tidak konsisten. Apatah lagi apabila pesaing membuat promosi untuk menarik pengguna ke arah perniagaan mereka. Jadi, perniagaan usahawan terpaksa membuat marketing yang mungkin menelan kos yang lebih besar untuk menarik perhatian pengguna membeli produk usahawan.

Untung tidak akan konsisten kerana ia juga bergantung kepada keadaan semasa.

Kesan Bisnes Tanpa Branding

7. Susah untuk Dapatkan Pelanggan Tetap

Kesan bisnes tanpa branding juga ialah susah untuk dapatkan pelanggan tetap. Kesan yang terakhir ini juga sangat berkait rapat dengan kesan-kesan yang lainnya. Hal ini kerana, sekiranya sesuatu bisnes tersebut lemah, memang susah untuk perniagaan tersebut mendapat pelanggan yang tetap.

Sekiranya usahawan mengalami masalah kekurangan customer, mungkin branding adalah salah satu sebabnya!

Kesan Bisnes Tanpa Branding

Branding memang sangat penting dalam mana-mana perniagaan pun. Walaupun ia tidak memberi kesan yang cepat, namun ia sangat membantu meningkatkan jualan sesuatu perniagaan. Usahawan dapat sesuatu daripada perkongsian ini?

Baca juga entri terbaharu tentang Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.