Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani

May 22, 2023 by No Comments

Jika tuan puan warga sekitar Lembah Klang, pasti tuan puan sering dengar dan lihat Klinik Pergigian Verde Amani. Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) kini terserlah dengan adanya tiga buah cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Kampung Jawa, Bandar Botanik dan Shah Alam.

Di Sebalik Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani

Sebelum wujudnya VADC, klinik ini dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ). Namun, pada tahun 2016, pemilik asalnya telah memberikan sepenuhnya klinik beliau kepada pasangan suami isteri, Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr. Verde Wigid Putra untuk mengambil alih klinik tersebut.

Pada September 2020, pasangan doktor ini telah menjenamakan semula klinik ini sebagai Klinik Pergigian Verde Amani dan menjadikannya klinik pergigian yang telah dinaiktaraf.

Klinik yang pada asalnya hanya satu tingkat sahaja kini telah meluaskan premisnya menjadi dua tingkat untuk memastikan keselesaan pelanggan. Ia juga untuk memberikan kualiti servis yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani ini membuatkan pasangan usahawan ini menambah cawangan klinik giginya di sekitar Bandar Botanik (Klinik Pergigian Mesra Botanik) dan di Shah Alam.

Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani
Sumber: Laman Facebook Verde Amani Dental Care

Rawatan Gigi Selepas Raya dengan Verde Amani

Ha..raya pun dah berakhir! Tuan puan pasti mahu membuat rawatan gigi selepas raya, kan?

Almaklumlah, bila dah pergi banyak rumah terbuka yang dijemput, pasti nikmati hidangan yang disediakan demi ‘menjaga’ hati tuan rumah. Kalau boleh setiap rumah yang dituju pasti nikmati juadah yang tersedia.

Kadang-kadang tu balik sampai lewat malam dan terus tidur akibat kepenatan. Bersihkan gigi pun tak sempat, dah nampak bantal aje.

Jadi, Cik Min nak nasihatkan agar kekalkan kesihatan gigi selepas raya dengan membuat rawatan ni Klinik Pergigian Verde Amani supaya kesihatan mulut kita terjamin.

“Saya nak buat rawatan gigi di VADC lah kalau macam tu..”

Ya..boleh aje. Cik Min sarankan untuk anda dapatkan rawatan gigi di VADC kerana harganya yang berpatutan. Untuk ketahui servis yang VADC sediakan, boleh layari laman web ataupun media sosial mereka.

Laman web: verdeamani.com
Facebook: Verde Amani Dental Care
Instagram: verdeamani
Tiktok: verdeamani

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Kejayaan Klinik Pergigian Verde Amani”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.