Kedai Cendol Durian Pagoh |Ajidyan Cendol PeDAS
Salam perkenalan buat semua pembaca artikel โKedai Cendol Durian Pagoh |Usahawan PeDASโ dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Artikel yang anda akan baca sekarang adalah entri kedua daripada tiga siri usahawan PeDAS ini. Anda boleh membaca profil penuh perniagaan mereka pada entri pertama:
Entri pertama|| Ajidyan Cendol Sedap Pagoh |Usahawan PeDAS
“Sebelum Sampai JB, Singgahlah Dulu Ke…”
Bagus betul kawan-kawan Cik Lis ni.
Mereka tahu yang Cik Lis memandu sendirian dari Bangi ke Johor setiap kali ada kuliah. Ataupun bila Cik Lis kena buat monthly site visit (Cik Lis dulu kerja dalam bidang pembinaan) dekat kawasan sana. Esoknya masih kena masuk pejabat di KL, kenalah balik hari yang sama tak kira apapun.
Memang Cik Lis mengaku, penat kottt…Ada teman Cik Lis ni boleh tahan bawa kereta 300km macam ini selalu, berhenti isi minyak sahaja di tengah jalan.
Cik Lis ni pulak, jenis yang kena tenang bila memandu jarak jauh. Tak suka memandu tengah matahari terik, kalau boleh dielakkan. Dan selalu kena minum air; stay hydrated la katakannn…
Sebab tu teman-teman orang Johor ni selalu bagi cadangan suruh berhenti di tempat-tempat hotspot 3R (relax, refresh, rejuvenate).
“Nanti bila lalu dekat exit Bandar Maharani, kau masuklah kejap kat situ; ada satay famous dekat dengan highway…
-kawan Johor 1
Ataupun…
“Jom lah makan sup tulang sedap dekat dengan JKR sebelum balik…tambah tenaga sebelum mengayuh balik KL….“
-kawan Johor 2
…yang tukang mengirim makanan untuk dibawa balik pun ada;
“Lis nanti on the way balik Bangi, singgah kejap dekat kedai putu bambu tepi highway kat Ayer Hitam? Ngidam nak makan…“
-Tukang kirim makanan 1
“Ku kirim lagu di angin lalu 5 bungkus murtabak cheese ayam special please? Nanti aku bank-in”
-Kawan drama Queen 1
Ewah ewah ewaaaaaahhhhh~
Kerana sayang ku turutkan. Jauh sedikit dari Highway, tapi takpe. Boleh pow dia punya juga. Eh.
Kedai Cendol Durian Pagoh: Oasis Buat Si Pengembara Lebuhraya
Kalau dari arah utara Lebuhraya PLUS, Pagoh adalah destinasi Cik Lis untuk 3R kalau sangat urgent dan perlu cepat. Isi minyak kereta, solat jamak, minum…etc etc.
Kenapa Pagoh? Sempadan antara Melaka dan Johor; bagi Cik Lis, tempatnya strategik. Kalau memandu dalam 100km/jam (ikut jarak destinasi Cik Lis lah ya), adalah dalam 4 jam perjalanan, kalau jalan clear. Pagoh terletak di tengah-tengah perjalanan 4 jam tersebut.
Tapi sayangnya, kalau nak cari makanan atau minuman tempatan ni memang tak ada lah dekat R&R. Lagilah kalau mengidam nak minum cendol durian yang sejuk lagi nyaman masa tengah panas lit-lit.
Kalau datang mood macam ini…ada sebuah kedai cendol durian terkenal. Letaknya kurang 5km (ikut Google Maps) daripada Susur Keluar Pagoh Lebuhraya Plus (dari arah utara)!
Tak percaya? Cuba taip “AjidYan Cendol D’Rasa Pagoh” dalam sistem navigasi Waze, Google Maps anda. Jumpa tak? Dekat je kan?
Dibuat dengan tangan sepenuhnya, AjidYan Cendol menjadi pilihan buat peminat cendol durian dan orang tidak putus-putus singgah sejak awal penubuhan nya 6 tahun yang lalu.
Dengan santan sawit dan gula merah asli, rasanya pasti menambat hati! Lebih-lebih lagi bila diletakkan durian penuh berisi~
Not bad reviu orang lain tentang cendol durian yang ini. Ada bermacam-macam jenis cendol juga di sini selain cendol durian seperti cendol tapai…(lama tak jumpa tapai, hahaha). Harga untuk hidangan cendol special pun berbaloi (rujuk website Ajidyan; link di bawah).
Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan ini?
Facebook | Instagram | Ajidyan Homepage | WhatsApp
Atau singgah ke kedai mereka di sini (lebih kurang 4.3km daripada Exit PLUS Highway dari arah utara):
Nantikan entri seterusnya tentang petua santan cendol tahan lama pula. Cik Lis jumpa anda di sana pula ya (๏ฝกโขฬแด-)โง
Entri ketiga|| Petua Santan Cendol Tahan Lama |Ajidyan Cendol PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]