Kain Pasang Batik Zieyra Design |PeDAS
Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel kedua “Kain Pasang Batik Zieyra Design |PeDAS.” Anda boleh membaca sedikit tentang program usahawan PeDAS di akhir nota kaki artikel ini.
Profil penuh usahawan ini ada di link di bawah ini:
Entri pertama|| Pengusaha Batik Lukis Kelantan |Zieyra Design PeDAS
Kain Pasang Pilihan Untuk Hari Istimewa
Cik LIS percaya, sekurang-kurangnya anda rakyat Malaysia mesti ada satu jenis baju bermotif batik dalam almari, kan? Tak kira bangsa, agam dan jantina, busana bercorak batik sudah menjadi satu kemestian. Kalau bukan untuk dipakai sebagai uniform pun pada hari-hari tertentu (penjawat awam, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi), baju batik menjadi pilihan untuk acara yang rasmi. Tetamu-tetamu majlis perkahwinan yang paling biasa dilihat memakai baju batik, bukan?
Sempena tahun melawat Malaysia 2020, rakyat Malaysia digalakkan dengan memakai baju batik dengan lebih kerap sebagai tanda sokongan dan menarik lebih ramai pelancong asing untuk mencuba produk batik dari Malaysia [link] yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Jadi, apa kata kita mulakan kempen memakai baju batik dengan lebih kerap tahun ini dengan mula membuat tempahan menjahit kain pasang batik? Bulan Puasa dan Hari Raya pun dah nak dekat semasa artikel ini diterbitkan. Dan sekarang pun musim graduan universiti berkonvo! Cik LIS dah jumpa satu, dan akan kongsikan dengan anda semua di bawah ini ya!
Kain Pasang Batik Zieyra Design – Kain Batik Ekslusif Bermotif Lukis Tangan Dari Kelantan
Kain pasang yang dijual oleh Zieyra Design ada dua jenis yang utama, iaitu kain pasang batik lukis tangan jenis cotton dan jenis crepe.
Kain batik lukis yang dijual adalah ekslusif – ada yang jenis bertatahkan berlian dan nampak berkilau.
Ada juga pilihan batik untuk kaum lelaki!
Istimewanya kain pasang batik dari Zieyra Design ialah pelanggan boleh menempah dengan corak atau motif pilihan sendiri!
Ingin mengenali pemilik batik kelantan ekslusif ini dengan lebih dekat atau membuat tempahan? Anda boleh menghubungi usahawan ini di:
Facebook: link
Instagram: link
WhatsApp: link
atau laman blog zieyradinicollection.blogspot.com
Alamat kedai
PT 9961
KG KEPAS APAM LATI,
17000 PASIR MAS
KELANTAN
Entri yang ketiga dan terakhir seterusnya adalah berkenaan dengan tips penjagaan kain batik ekslusif. Jumpa anda di sana ya!
Entri ketiga|| Corak Batik Tidak Luntur |Zieyra Design PeDAS
Program usahawan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – link