Idea Konten Blog Bagi Pekebun Sayur – Tips untuk Usahawan
Tuan dan puan merupakan usahawan yang ingin tahu tentang idea konten blog bagi pekebun sayur? Pada masa kini, ramai yang mengusahakan kebun sayur dan bergiat aktif dalam aktiviti penanaman sebagai sumber pendapatan. Ada juga yang menanam sayur hanya sebagai hobi semata-mata.
Namun, sekiranya usahawan merupakan pekebun sayur yang aktif, aktiviti penanaman sayur ini dapat memberikan pulangan yang sangat lumayan! Tahukah usahawan bahawa usahawan juga boleh menulis blog mengenai tanaman yang dihasilkan untuk tatapan pengguna internet? Jadi, pada entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan usahawan tentang idea konten blog bagi pekebun sayur. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Instagram Lunaworks.co.
Ketahui Konten Blog Bagi Pekebun Sayur
Pelbagai ilmu tentang penanaman yang boleh usahawan kongsikan dalam blog usahawan. Usahawan juga boleh berkongsi mengenai ilmu perkebunan yang meliputi cara pemilihan tanah yang bersesuaian untuk tanaman. Selain itu, usahawan juga boleh berkongsi tentang kos yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti berkebun.
Tapi sebelum itu, usahawan perlu tahu tentang idea yang boleh ditulis dalam blog usahawan. Ia bagi memastikan blog usahawan sentiasa up-to-date dengan perkongsian yang bermanfaat!
1. Dapatkan Gambar atau Bahan Blog yang Asli dengan Melawat Sendiri Kebun Sayur
Sebelum menulis blog, usahawan perlu mendapatkan gambar atau bahan yang asli dengan melawat sendiri kebun sayur. Usahawan hanya perlu mengambil gambar atau video sayur-sayuran yang usahawan tanam. Ianya lagi mudah, bukan?
Usahawan perlu mendapatkan sebanyak mana gambar yang menarik dari kebun sayur supaya memudahkan usahawan memilih gambar yang sesuai nanti. Gambar-gambar tersebut boleh diedit dengan baik untuk mendapatkan sisi yang menarik.
2. Letakkan Gambar dan Video Berkebun yang Berkualiti Tinggi untuk Memikat Pembaca
Bagi memikat pembaca atau pengguna internet, usahawan perlu meletakkan gambar dan video yang berkualiti tinggi. Usahawan boleh menggunakan peralatan seperti kamera yang mampu menjadikan gambar lebih baik! Namun, sekiranya usahawan tiada kamera, usahawan boleh sahaja menggunakan smartphone. Hal ini dikatakan demikian kerana, smartphone direka khas dengan ciri kamera yang lebih sharp dan berkualiti tinggi.
Bagi video pula, usahawan boleh mengambil video secara full HD dengan mod landskap. Ia akan menyerlahkan lagi pemandangan tanaman sayur-sayuran usahawan.
3. Kongsi Mengenai Pengalaman Mengusahakan Kebun kepada Pembaca | Konten Blog Bagi Pekebun Sayur
Rasanya tidak lengkap blog usahawan sekiranya usahawan tidak berkongsi mengenai pengalaman usahawan, bukan? Usahawan boleh bercerita tentang pengalaman usahawan mengusahakan kebun kepada pengguna internet. Dengan itu, usahawan dapat berkongsi daripada awal proses hingga akhir proses penanaman sayur. Misalnya, usahawan boleh berkongsi tentang penanaman tomato daripada A to Z iaitu daripada pembenihan sehingga buah tomato boleh dipetik.
Usahawan boleh ceritakannya secara santai dan bersahaja, ia dapat memudahkan pengguna internet tahu tentang tips berkebun sayur.
4. Kongsikan Info Sayur Mengikut Jenis-Jenisnya
Usahawan boleh berkongsi tentang info sayur mengikut jenis-jenisnya. Ia dapat memberikan maklumat dan ilmu yang baharu kepada pengguna internet. Misalnya, sekiranya usahawan mengusahakan penanaman cili, usahawan boleh berkongsi mengenai topik berkaitan cili. Tidak semua orang tahu tentang cili dan jenis-jenisnya. Jadi, usahawan boleh berkongsi tentang perbezaan antara cili-cili tersebut dan cara untuk menanamnya.
5. Kongsi Mengenai Idea Susunan Landskap Kebun Sayur | Konten Blog Bagi Pekebun Sayur
Untuk menjadikan kebun sentiasa cantik dan teratur, penjagaan dan susunan landskap perlu dilakukan. Usahawan juga boleh berkongsi tips kepada pengguna internet mengenai susunan landskap yang cantik untuk kebun sayur. Selain itu, usahawan juga boleh merujuk maklumat lain daripada portal yang betul. Usahawan juga boleh berkongsi mengenai tips yang usahawan guna untuk membuat landskap kebun sayur!
6. Kongsi Mengenai Tips-Tips Penjagaan Tanaman Mengikut Jenis Sayur
Memang tak dapat dinafikan, sebagai pekebun sayur, usahawan boleh berkongsi tentang tips-tips penanaman mengikut jenis sayur. Setiap sayur-sayur yang ditanam sememangnya mempunyai kaedah dan cara yang berbeza. Jadi, usahawan boleh berkongsi tips tersebut melalui blog usahawan untuk menambahkan lagi ilmu kepada pengguna internet.
Misalnya, sekiranya usahawan mengusahakan beberapa jenis tanaman seperti terung, timun, dan cili, usahawan bolehlah menulis beberapa artikel yang berlainan untuk berkongsi mengenai cara penjagaan tanaman tersebut mengikut jenis-jenisnya.
Jadi, usahawan dah tahu tentang idea yang perlu ditulis untuk blog usahawan nanti? Lagi mudah kan? Usahawan hanya perlu ikut sahaja idea di atas. Usahawan juga boleh baca entri terbaharu di blog LunaStory tentang Servis dalam Penulisan Artikel di sini.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.