Goodies Biskut Lutut Sedap | Rasso Tanjung:PeDAS

March 25, 2020 by No Comments

Artikel “Goodies Biskut Lutut Sedap | Rasso Tanjung:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Cerita Biskut Kering

Pada usia yang sudah mencecah three series ini, Cik Lis masih suka minum minuman manis. Dan selalunya, minuman tersebut mesti digandingkan dengan makanan yang ringan.

Cumanya, bila usia sebegini rasa lebih health conscious. Terasa akan perubahan ketara pada badan yang semakin senja. Badan terasa lebih lesu daripada biasa jika langkau masa beriadah. Belakang badan terasa akan sakit dan lenguh jika mengekalkan postur badan yang teruk pada masa yang lama seperti membongkok di depan komputer membuat kerja hampir 8 jam sehari.

Maka, diet pun mula diatur semula. Walaupun tabiat minum minuman manis masih belum berkurang dengan jayanya, sedikit demi sedikit aspek pemakanan yang lain cuba dibaiki. Maka, biskut kering menjadi pilihan untuk santapan bersama minuman panas yang manis. Iyelah, kalau minuman tu dah manis, rasa bersalah pula makan dengan snek yang krimnya sama manis.

Goodies Biskut Lutut Sedap-1
biskut kering juga sedap jika disapu dengan jem atau keju

Biskut kering yang dicicah ke minuman panas memang sedap rasanya kerana ia menyerap air dan sekaligus sebati dengan rasa manis itu tadi. Lebih banyak ia menyerap, lebih baik. Biskut kering yang dikomersialkan dengan meluas di pasaraya besar selalunya nipis, jadi ia tidak dapat menyerap air lama-lama sebelum ia terlerai sendiri.

Namun, lain pula cerita buat biskut kering yang tebal. Contohnya adalah seperti biskut lutut.

Goodies Biskut Lutut Sedap-2

Jangan tertipu dengan rupanya yang seakan-akan buku roti kecil! Ianya diberikan nama sedemikian sesuai dengan rupanya yang seakan-akan tempurung lutut manusia.

Di sesetengah tempat, biskut lutut juga dipanggil sebagai roti mayat atau biskut mayat kerana ia dihidangkan kepada tetamu di majlis berkaitan dengan kematian seperti kenduri tahlil untuk arwah. Namun, pembuatannya sangat mudah dan sebenarnya sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa.

Jika mengambil kira yang biskut lutut sebenarnya sedap dan mengenyangkan, ianya sesuai untuk dijadikan hadiah door gift atau goodies untuk tetamu kita, tidak kira jenis majlis dan tidak terhad kepada majlis kematian sahaja. Ianya kerana biskut lutut berpotensi untuk dibuat secara besar-besaran dengan jangkamasa yang agak singkat.

biskut lutut rasso tanjung-1

Jika packagingnya cantik dan kemas seperti contoh di atas, bukankah ianya adalah hadiah pemberian yang sangat bermakna buat anda dan tetamu yang diraikan?


Biskut lutut di atas adalah produk daripada Rasso Tanjong, keluaran syarikat Azreen Rizal Enterprise. Produk ini sedang mencari peluang untuk berkembang lebih jauh selain Negeri Sembilan.

Jadi, nak cuba tak biskut lutut ini? Ataupun, nak cuba kembali ke zaman membesar dengan biskut yang jarang jumpa di bandar-bandar besar? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk Rasso Tanjong:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun, kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:

Kedai Bukit Rasso Tanjong, B3, Bengkel Mara Sri Kendong, 71350, Kota, Negeri Sembilan

Nak belajar cara buat biskut kelapa untuk kudapan hari raya nanti? Ikuti artikel berikutnya pula ya!

Entri ketiga|| Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjung:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.