Frasa Mandarin untuk Pelancong Muslim
Nak tahu mengapa perlunya para pelancong Muslim untuk belajar frasa Mandarin? Tidak kiralah sama ada di Malaysia ataupun China, selagi mana negara tersebut mempunyai penduduk yang berbahasa Mandarin, maka sudah pasti pembelajaran frasa bahasa tersebut akan membantu anda.
Di Taipei, sebagai contoh, mempunyai budaya pasar malam yang indah dan wajib untuk dikunjungi oleh setiap pelancong. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mencari makanan yang mesra Muslim di sana tau…
Jadi, dengan mengetahui beberapa frasa Mandarin yang mudah, Cik Min pasti bahawa pencarian makanan untuk para pelancong Muslim pasti akan menjadi lebih mudah selepas ini. Jom baca perkongsian Cik Min sehingga habis!
Frasa-frasa Mandarin untuk Pelancong Muslim yang Wajib Diketahui
Baiklah, mari kita mulakan dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang bahasa Mandarin!
Bahasa Mandarin atau juga dikenali sebagai “Huayu” di Malaysia ini, dituturkan oleh kira-kira satu per lima daripada penduduk di dunia. Bahasa ini adalah bahasa rasmi di China, Taiwan, dan Singapura. Ia juga digunakan di Hong Kong, Macau, Malaysia, Tibet dan kelompok diaspora Cina di seluruh dunia.
Frasa Mandarin Biasa untuk Membantu Pelancong Muslim
- Ni Hao
(Hai)
- Xie Xie
(Terima Kasih)
- Bu ke qi
(Sama-sama)
- Duo Shao Qian
(Berapa?)
- Zai Jian
(Selamat Tinggal)
- 000 zai na li?
(000 di mana)
- Qing dai wo qu 000.
(Tolong bawa saya ke 000)
Frasa Mandarin Berguna untuk Pelancong Muslim
- Adakah terdapat daging babi/lemak babi dalam makanan ini?
(Qing wen, shi pin li you zhu rou huo zhu you ma?)
- Saya tidak boleh makan daging babi.
(Wo bu neng chi zhu rou)
- Saya Muslim dan tidak boleh makan daging babi.
(Wo shi huimin, bu keyi chi zhurou)
- Saya tidak boleh makan gelatin.
(Wo bu neng chi ji li ding)
- Adakah ini mesra vegetarian?
(Qing wen, zhe shi su shi ma?)
- Saya tidak boleh meminum alkohol
(Wo bu neng he jiu)
Tips-tips Lain
1) Untuk papan tanda dan paparan hadapan depan kedai, pelancong Muslim boleh mencari frasa 回族餐厅 (Hui Zu Can Ting) yang bermaksud “restoran Hui Muslim” dan 清真 (Qing Zhen) yang bermaksud “halal.”
2) Anda juga boleh menerangkan dengan teliti tentang keperluan pemakanan anda kepada mereka. Jika anda meminta makanan Halal, jelaskan maksudnya kerana dengan hanya mengatakan “No pork” adalah tidak mencukupi ya!
Hal ini kerana, sesetangah tempat atau gerai makan akan tetap menggoreng sayur-sayuran di dalam minyak yang telah digunakan untuk memasak daging babi ataupun yang tidak halal. Oleh itu, mintalah menu restoran dan semak semula dengan mereka untuk memastikan pilihan makanan yang disajikan adalah Halal. Selamat mencuba!
Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.