Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS

April 7, 2020 by No Comments

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Bahulu Bersakar?

Cik Lis baru belajar satu perkataan ini; sakar atau sakor (dalam dialek negeri tertentu). Katanya, sakar ini kalau dalam kehidupan seharian, kita gunakan untuk menggambarkan keadaan dan rasa kuih bahulu yang rasa asli dari segi ratio atau kuantiti gula yang digunakan, kulit atau tekstur luar yang keras di luar, tetapi gebu di dalam.

Dari mana datang idea penggunaan perkataan ‘sakar’ untuk menggambarkan kuih bahulu ini?

ساکر

Tertulis di atas adalah tulisan jawi untuk perkataan ‘sakar’. Di dalam bahasa Arab, ianya tertulis seperti ini:

سُكّر

Ini adalah kata nama (noun) untuk gula. Bunyinya hampir sama dengan sebutan bahasa Inggeris, iaitu sugar.

Gambar sebagai hiasan

Jadi, pernyataan kuih bahulu bersakar atau bersakor ini mungkin adalah benar. Bahan membuat bahulu yang paling asas pun memang daripada gula, tepung dan telur.

Baru-baru ini, Cik Lis memperkenalkan dengan anda semua akan pembuat bahulu usahawan PeDAS dari Selatan Tanah Air. Kali ini, kita berkenalan dengan pembuat kuih bahulu dari Utara Malaysia pula!

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah

Nama jenama bahulu Dhiaza terkenal dengan keenakan bahulu sedap, lembut dan murah serendah sekupang sejak awal perniagaan lagi. Puan Rodiah Binti Md Akhir memulakan perniagaan bahulu sekupang ini dari tahun 2008 lagi di bawah syarikat miliknya, iaitu HBB Utama Enterprise.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah-1
Puan Rodiah Binti Md Akhir

Keistimewaan bahulu sekupang selain daripada harganya yang murah adalah bentuknya yang comel dan kecil tetapi sama sedap seperti bahulu biasa yang lain. Bahulu sebegini sesuai untuk dijadikan seperti snek ringan yang sentiasa ada di dalam rumah mahupun di pejabat! kalau bosan dengan jajan, boleh lah cuba jadikan bahulu sekupang pengganti jajan.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah-2

Selain bahulu sekupang, usahawan ini juga membuat bahulu-bahulu yang lain seperti:

  • bahulu ikan puyu
  • bahulu cermai atau kandeh
  • bahulu ikan emas
  • bahulu bunga (selalunya untuk door gift, disediakan di dalam kotak)

Dengan usia perniagaan bahulu lebih dari sepuluh tahun, semestinya kredibiliti dan kesedapan bahulu sekupang ini dijamin sedap!


Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:

Facebook | Instagram | WhatsApp

Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:

5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah

Entri ketiga|| Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.