Coach SEO Terbaik Malaysia – Coach Cik Sue Lunaworks

July 26, 2023 by No Comments

Jika anda mahir dalam bidang SEO, anda sebenarnya boleh mempromosikan barangan atau servis perniagaan tanpa perlu membayar satu sen pun tau! Tapi, macam mana nak pandai SEO kalau Coach SEO terbaik Malaysia pun anda tak kenal kan? Hehe…

Anda nak berkenalan dengan Coach SEO terbaik Malaysia ke tak? Kalau nak, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis ya. Tanpa membuang masa, mari Cik Min kongsikan tentang Coach SEO yang hebat ini.

Latar Belakang Puan Suraya Ali, Coach SEO Terbaik Malaysia

Coach Suraya Ali atau lebih mesra dipanggil Cik Sue, merupakan seorang Business Coach Trainer dan juga penulis bagi beberapa portal blog di bawah kendalian perniagaan beliau sendiri iaitu, Lunaworks Alliance PLT.

Beliau ini sebenarnya sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan, selama lebih 13 tahun dan sangat dikenali dalam kalangan usahawan-usahawan Malaysia.

Cik Sue dahulunya bermula dengan pekerjaan dalam bidang IT selama 5 tahun. Setelah itu, beliau mulai menjinakkan diri ke dalam dunia perniagaan runcit dan barangan bayi berjenama ‘Lunatots‘.

Namun pada masa kini, Cik Sue lebih memberikan perhatian ke arah bidang kerjayanya sebagai seorang Jurulatih, iaitu Coach atau Trainer dalam bidang Keusahawanan Digital.

Cik Sue juga telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk program Geran MARA DigitalBiz dan juga Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak tahun 2016, bagi membantu para usahawan di Malaysia maju dalam bidang pemasaran digital.

Usaha beliau bagi membantu para usahawan ini memang tiada tandingannya dan turut diperluas untuk pelbagai jenis agensi pendidikan seperti kolej komuniti, politeknik dan universiti-universiti awam di Malaysia.

Hal ini secara tidak langsung dapat membantu para rakyat Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang hal-hal pemasaran digital dari usia muda.

Ingin Mengetahui Pengalaman & Pencapaian Coach Suraya Ali?

Cik Sue merupakan seorang individu yang sarat dengan pengalaman hebat. Beliau pernah menjadi Business Coach untuk Program VEST (Varsity Enterpreneurship Skills & Talent) yang dianjurkan oleh KPDNKK pada tahun 2017, bagi meningkatkan kefahaman perniagaan di kalangan pelajar Universiti. Power kan?

  • Coach SEO Terbaik Malaysia
  • Coach SEO Terbaik Malaysia
  • Coach SEO Terbaik Malaysia

Bukan itu sahaja, Cik Sue juga merupakan ketua Bahagian Pembangunan Pemasaran Digital untuk Program DASAR Olive House, sebuah perniagaan makanan sihat pada tahun 2017 dan juga merupakan jurulatih Pemasaran Digital untuk MARA Selangor sepanjang tahun 2018 sehingga kini.

Berikut adalah pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh Cik Sue:

– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3

Memang wow sungguhlah pencapaian Cik Sue selaku Coach SEO terbaik Malaysia ni! Dengan pencapaian beliau yang hebat inilah secara tidak langsung menjadikannya Coach SEO terbaik Malaysia tau… Jadi, buat anda yang anda ingin ketahui info dan update tentang Cik Sue dengan lebih baik, pastikan anda follow beliau di Facebook ya.

Servis Tambahan Daripada Cik Sue & Lunaworks

Tidak cukup sekadar bekerjasama dengan badan kerajaan dengan pelbagai servis hebat, Cik Sue dan syarikatnya Lunaworks ada menyediakan pelbagai pakej berbayar buat para usahawan semua.

Ha, mana-mana usahawan yang ingin mendapatkan servis secara terus daripada Coach SEO terbaik Malaysia ni, di sini Cik Min senaraikan beberapa hot-selling services daripada syarikat beliau:

🔥 Pakej Penulisan SEO di Website Usahawan
🔥 Pakej Penulisan SEO di Blog Lunaworks
🔥 Kelas Rakaman Asas TikTok Seller, Affiliate & TT Shop
🔥 Kelas Rakaman Asas Penulisan SEO
🔥 Pakej Rahmah Digital: Penulisan SEO di Blog Lunaworks
🔥 Pakej Rahmah Digital: Pengiklanan di Blog Lunaworks
🔥 Pakej Rahmah Digital: Urus Konten SocMed Usahawan

Berminat untuk menyertai sesi briefing dan kelas-kelas PERCUMA daripada Cik Sue? Di sini kami turut sediakan beberapa projek yang mereka adakan:

🔥 Briefing Rahmah Digital
🔥 Kelas Belajar Tulis Blog
🔥 Kelas Asas Pemasaran Digital

Wow, hebatnya Cik Sue dan Lunaworks dalam usaha mereka membantu para usahawan untuk terus maju berniaga. Syarikat bumiputera sebeginilah yang wajar kita beri sokongan secara penuh! Jadi, pastikan anda semua dapatkan servis dan perkhidmatan yang disediakan tersebut hari ini juga ya…

Untuk maklumat lanjut, ayuh ikuti perkembangan terkini Cik Sue selaku Coach SEO terbaik Malaysia dan syarikatnya yang bernama Lunaworks di laman media sosial seperti berikut:

Facebook | Instagram | TikTok

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Coach SEO Terbaik Malaysia” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.com.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.