Cara Mohon Sijil Halal JAKIM

December 20, 2021 by No Comments

Baru-baru ini, Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan bahawa ada dakwaan dalam kalangan netizen mengenai kos pensijilan halal yang terlalu mahal dan boleh mencecah sehingga RM20,000. Hal ini menyebabkan ramai pengusaha kafe serta restoran tidak memohon sijil halal. Namun, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir menafikan dakwaan tersebut. Dakwaan tersebut tidak benar dan yuran pensijilan halal adalah berpatutan dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara mohon sijil halal JAKIM dengan mudah!

Ikuti maklumat tentang cara mohon sijil halal JAKIM di bawah.

Cara Mohon Sijil Halal JAKIM

Sijil Halal JAKIM – Cara Mohon Sijil Halal JAKIM

Kata Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir mengenai sijil halal JAKIM dalam portal GETARAN.

“Yuran pensijilan halal adalah berpatutan iaitu RM100 setahun untuk perniagaan mikro seperti restoran atau kafe, kantin, kedai bakeri, premis makanan berangkai, premis bergerak, kafetaria di medan selera dan kiosk.”

“Bagi hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah, kadar fi yang perlu dibayar adalah sebanyak RM200 setahun.'”

“Hotel empat bintang dan ke atas pula akan dikenakan fi tahunan sebanyak RM500.” 

Tambah beliau lagi, kadar fi pensijilan premis makanan bagi catering, khidmat penyajian makanan dan dapur pusat konvensyen pula berbeza mengikut jenis industri.

“Bagi industri kecil, fi tahunan sebanyak RM100 akan dikenakan manakala industri sederhana pula perlu membayar RM400 setahun.”

“Industri besar yang nilai perolehan tahunan melebihi RM5 juta pula perlu membayar fi tahunan sebanyak RM700.”

Selain itu, Bukhari Md Akhir juga berkata bahawa semua industri dan usahawan di negara ini boleh membuat permohonan pensijilan halal di bawah lapan Skim Pensijilan Halal yang telah berkuatkuasa.

“Ia meliputi skim produk makanan, skim premis makanan, skim rumah sembelih, skim farmaseutikal, skim kosmetik, skim logistik, skim barang gunaan dan skim pengilangan kontrak (OEM).”

“Mereka yang ingin membuat pensijilan Halal Malaysia hendaklah memenuhi syarat dan kriteria bagi klausa lima Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 atau ringkasnya MPPHM 2020.”

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020

Terdapat 12 syarat yang diperlukan bagi memudahkan cara mohon sijil halal JAKIM. Antaranya:

  1. Perniagaan mestilah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jakim akan menentukan kategori yang sesuai untuk sijil halal yang dipohon berdasarkan kod syarikat di SSM. Jadi, penting untuk sesebuah perniagaan memastikan kod syarikat selari dengan operasi perniagaan.
  2. Memiliki lesen atau kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat permohonan sijil halal.
  4. Perniagaan mestilah mengeluarkan atau mengendalikan produk yang halal sahaja.
  5. Nama syarikat, produk atau menu mestilah tidak mengandungi perkataan ‘Halal’ sebagai sebahagian dari nama untuk elak kekeliruan pada umat Islam.

Selain itu, terdapat 13 kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu boleh memohon ataupun tidak. Antaranya kriteria untuk memudahkan cara mohon sijil halal JAKIM ialah:

Sekiranya operasi perniagaan itu melibatkan salah satu di bawah; maka perniagaan itu tidak boleh memohon sijil halal.

  1. Jika produk atau menunya tidak halal.
  2. Dapur premis makanan itu turut digunakan untuk menyiapkan sajian yang tidak halal.
  3. Jika perniagaan itu pada waktu yang sama, selain produk halal, turut mengeluarkan atau mengedarkan produk yang tidak halal juga.
  4. Menggunakan jenama yang sama untuk produk yang halal dan juga yang tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan).
  5. Nama syarikat, produk, menu atau jenama mirip kepada produk yang tidak halal. Sebagai contoh > nama produk ada perkataan “ham”, “bacon”, “beer” dan “bak kut teh”.
  6. Sekiranya produk atau premis makanan itu memberi implikasi negatif terhadap agama dan masyarakat. Contoh > dadah, pusat karaoke, pusat hiburan dan seumpamanya.
  7. Produk yang tiada keperluan untuk dipersijilkan halal atau jika disahkan halal akan menimbulkan kekeliruan pada masyarakat seperti kertas, baja, simen dan racun serangga.

Cara Mohon Sijil Halal JAKIM

Di bawah ini merupakan ringkasan cara mohon Sijil Halal JAKIM.

  • Jika memohon melalui JAKIM, daftar terlebih dahulu di portal ini MyeHalal.
  • Setelah pendaftaran disahkan, login ke MyeHalal dan setelah itu isi butiran seperti yang dikehendaki. Sebagai contoh, jika sijil yang dipohon adalah untuk premis makanan, perniagaan itu perlu memastikan nama menu yang didaftar sama seperti yang dipaparkan di tempat makan.
  • Hantar dokumen berkaitan secara online di MyeHalal (tidak boleh lewat dari 5 hari bekerja setelah permohonan dihantar). Antara dokumen yang diperlukan:
    • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan (SSM).
    • Salinan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Setelah itu, JAKIM akan berurusan terus dengan perniagaan tersebut (tanpa melalui pihak ketiga seperti konsultan).
  • Bayar fi yang ditetapkan (perlu dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja atau dalam tempoh yang ditetapkan selepas terima makluman).
  • Setelah diluluskan, perniagaan tidak dibenarkan mengubah pendaftaran syarikat dan membuat penambahan produk, menu, premis makanan atau perkhidmatan. Perniagaan perlu membuat permohonan baru jika butiran ini berubah. Pengecualian diberikan pada perniagaan dibawah kategori premis makanan (untuk situasi ini, perniagaan tersebut perlu buat permohonan penambahan menu).

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Cara Mohon Sijil Halal JAKIM, anda terus hubungi di talian ini  03-88925000/5001 atau layari laman web Portal Rasmi Halal Malaysia.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.