Cara Memohon Geran Agropreneur Muda

April 25, 2024 by No Comments

Tuan puan pernah dengar tentang Geran Agropreneur Muda? Untuk artikel kali ini, Cik Luna nak ulas tentang cara memohon Geran Agropreneur Muda ini. Geran Agropreneur Muda ini disasarkan kepada individu yang merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan permohonan untuk geran ini.

Apa itu Geran Agropreneur Muda?

Sumber : Semak Online

Geran Agropreneur Muda merupakan satu inisiatif untuk Program Agropreneur Muda. Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro. Contohnya,sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Objektif bagi program ini dijalankan adalah untuk :

1.Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.

2.Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.

3.Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.

4.Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Sumber : Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Bagi skop utama untuk Program Agropreneur ini adalah :

1.Tanaman

2.Perikanan

3.Ternakan

4.Agroteknologi

5.Industri Makanan Dan Asas Tani (Produk hiliran berasaskan pertanian)

Cara Memohon Geran Agropreneur Muda

Cara Memohon Geran Agropreneur Muda
Sumber : One-Hbs

Cik Luna akan kongsikan cara memohon geran ini yang ditunjukkan juga oleh salah seorang pengguna TikTok iaitu zaquwan_87.

Bagi permohonan geran, pemohon perlu mengikut proses seperti di bawah ini :

a) Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda berserta salinan kad pengenalan yang disahkan dan gambar terkini berukuran pasport;

b) Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk senarai semak pada Lampiran 1: Penyediaan Rancangan Perniagaan);

c) Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda perlu disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;

d) Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja;

e) Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian;

f) Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian; dan

g) Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah atau Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.  

Sumber : Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Sekiranya lulus permohonan ini, geran akan diberi dalam bentuk barangan yang bernilai RM20,000 dan tidak perlu dibayar balik. Program ini juga akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan dan agensi di sepanjang tahun.

Untuk info lanjut, tuan puan disarankan untuk melayari laman web KPKM . Di laman web ini, tuan puan akan dapat informasi yang lengkap serta borang untuk diisi.

Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang ter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.