Cara Makan Madu Kelulut |LuluTree PeDAS

March 4, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Cara Makan Madu Kelulut |LuluTree PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.

Artikel yang anda akan baca disini adalah entri ketiga dan terakhir untuk usahawan PeDAS Lulu Tree. Entri pertama dan kedua ada disediakan di link di bawah ini:

Entri pertama || Lulu Tree Madu Kelulut Asli |Usahawan PeDAS

Entri kedua|| Khasiat Minum Madu Setiap Hari |Lulu Tree PeDAS


Re-cap: Madu, Madu Lebah dan Madu Kelulut

Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam manis. Kuantiti madu yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih rendah berbanding sarang lebah biasa.

Secara umumnya bahan utama dalam madu ialah karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural.

Madu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa.

Glukosa umumnya adalah sumber tenaga. Fruktosa pula dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang.

[Sumber dari pelbagai bacaan. Kebanyakannya diulang siar dari artikel-artikel terdahulu]

Cara Makan Madu Kelulut

Daripada zaman anak remaja lagi, Cik Lis dan adik beradik diajar untuk minum madu seawal bangun pagi, ketika perut kosong. Sesudu teh BUKAN BESI (selalunya dengan sudu plastik). Minum air masak selepas meneguk madu adalah optional. Lama-lama dah terbiasa tunggu beberapa minit selepas minum madu baru minum air masak buat basuh tekak. Hahaha…

Cara Makan Madu Kelulut-1
Biasa tak nampak orang lain mengendalikan madu menggunakan “honey dipper” yang diperbuat daripada kayu?

Madu jenis apa yang ada di rumah, atau yang Cik Lis pernah cuba? Madu lebah asli biasa ada, madu kelulut asli pun ada…madu perasa lemon pun ada…boleh kata dah banyak jenis. Tapi cara makan semua lebih kurang sama sahaja.

Bila dah besar macam sekarang baru nak rasa curious kenapa diambil sebegini rupa; kenapa tak boleh guna sudu besi, etc etc…

Apa leceh sangat pakai sudu apa…teguk terus dari balang lagi syok. Macam beruang Winnie The Pooh (*≧▽≦)

Cara makan madu kelulut dan madu lebah lain dengan betul:


[1] Madu disimpan di dalam bekas yang tidak mengubah komposisi kimia madu tersebut

Jika disimpan dengan betul, madu asli mampu bertahan dengan jangka masa yang sangat lama.

Di dalam sebuah artikel terbitan National Geographic, saintis menemukan bekas madu yang masih mempunyai isi madu di dalam sebuah makam piramid berusia lebih 3000 tahun – dan masih selamat untuk dimakan! [link]

Kebanyakan madu asli yang baru dituai yang diedarkan secara komersial sekarang adalah di dalam bekas kaca yang bersih dan tidak dikitar semula.

[2] Madu disimpan di dalam suhu bilik atau peti ais bahagian bawah

Jika disimpan di suhu bilik, ianya haruslah dibuang airnya terlebih dahulu, dan jika ingin simpan di dalam peti sejuk, pilihlah bahagian bawah.

Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.”

dari artikel ” Apakah yang anda perlu tahu mengenai madu? – Bersama pakar, Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI

[3] Madu diminum semasa perut kosong, satu jam sebelum mengambil makanan lain

Daripada soalan 2 artikel Blog Mardi yang sama,…

Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.”

[4] Bolehkah madu asli diambil dengan makanan yang lain?

Boleh, tapi kenalah ikut cara yang betul. Berikut merupakan sedikit ringkasan daripada Soalan 3 dari artikel Blog Mardi yang sama (baca artikel penuh disini):

  • Jika madu diambil dengan buah, elakkan mengambilnya dengan makanan berprotein tinggi atau lemak seperti susu.
  • Jika madu diambil dengan susu, sebaiknya ambil juga dengan barli.
Cara Makan Madu Kelulut-2

Dengan erti kata lain, jika madu diambil dengan buah, hanya makan ia dengan buah sahaja. Jika mahu diambil dengan susu, haruslah juga diambil dengan makanan seperti barli.


Kebetulannya, usahawan PeDAS Lulu Tree kita ini salah seorang pengeluar produk berasaskan madu kelulut. Kalau nak cuba, dan berminat untuk meneroka dengan lebih dalam lagi akannya, cuba jenguk mereka di link di bawah ini. Manalah tau ada promosi-promosi yang berbaloi kan? (。•̀ᴗ-)✧

Facebook | Instagram | LuluTree Homepage | WhatsApp

Sekian sahaja edisi usahawan Lulu Tree dari LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya (◕‿◕✿)


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.