Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

November 30, 2021 by No Comments

Anda merupakan seorang penulis yang ingin tahu cara daftar ISBN untuk penulis buku? Umumnya mengetahui bahawa ISBN merupakan nombor pengenalan bagi sesebuah buku. ISBN merupakan barcode yang dicetak pada bahagian cover buku. Namun, tujuannya bukan untuk melindungi hak cipta karya seperti mana yang orang ramai sangkakan.

Hak cipta bagi sesebuah karya tersebut akan terjadi secara automatik sebaik sahaja penulis menulis buku dan menerbitkannya. Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara mudah daftar ISBN untuk penulis buku.

Apa itu ISBN?| Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

Melalui portal Depositori ada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa itu ISBN. ISBN atau lebih dikenali sebagai International Standard Book Number merupakan satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

Contoh ISBN:

ISBN 978-983-99557-1-2

ISBN diberikan kepada bahan berbentuk fizikal iaitu bercetak manakala eISBN diberikan kepada bahan berbentuk digital seperti ebook atau audiobook dan bahan sumber elektronik seperti CD, DVD atau pendrive.

Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

Menurut info berguna yang Cik Min dapat daripada Facebook Azree Hanifiah ada menyatakan cara-cara untuk mendaftar ISBN di Malaysia iaitu:

  • Penulis perlu masuk ke pautan Depositori.
  • Selain itu, penulis perlu mendaftar akaun sebagai penerbit.
  • Penulis juga boleh mengikuti arahan untuk daftar ISBN dengan melihat Panduan Terbit dan Jual Konten Digital.
  • Dalam Panduan Terbit dan Jual Konten Digital tersebut terdapat cara untuk daftar ISBN secara detail.

Faedah-Faedah ISBN | Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

1. Memudahkan Pengesanan dan Perolehan Bahan Terbitan Malaysia di Peringkat Tempatan dan Antarabangsa

Antara faedah yang penulis atau penerbit dapat daripada memohon ISBN ialah ISBN dapat memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap buku yang diterbitkan tersebut mempunyai barcode yang tersendiri dan ia memudahkan buku diimbas di dalam negara atau luar negara.

Penggunaan nombor antarabangsa tersebut adalah sebagai identiti unik sesebuah penerbitan dan membezakan penerbitan yang mungkin sama atau mempunyai judul yang serupa.

2. Membantu Mempromosi Penerbit Malaysia  dalam “Global Register of Publishers” Menerusi Laman Web Agensi ISBN Antarabangsa

Melalui ISBN juga dapat membantu mempromosikan penerbit Malaysia dalam Global Register of Publishers menerusi laman web agensi ISBN antarabangsa tersebut. Ia dapat memberi kesan yang baik kepada penerbit buku di Malaysia dalam menghasilkan karya yang bermanfaat untuk pembaca.

3. Memajukan Penjualan Bahan Terbitan Malaysia di Peringkat Tempatan dan Antarabangsa

Faedah lain ISBN juga dapat memajukan penjualan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hal ini kerana, setiap buku yang didaftarkan dengan nombor ISBN akan berada dalam simpanan antarabangsa. Jadi, ianya sangat mudah dicari dan dijadikan bahan untuk pembaca luar negara dan tempatan membaca buku-buku tersebut.

4. Butiran Penting dalam Deskripsi Rekod Bibliografik|Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

ISBN dapat menjadi butiran penting dalam deskripsi rekod bibliografik bagi seseorang penerbit untuk menerbitkan buku.

5. Pengawalan Nombor Bagi Judul-Judul yang Telah Diterbitkan

Menurut Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia, nombor ISBN yang diperuntukkan tidak lagi dapat diguna semula. Jelaslah di sini, apabila seseorang penerbit mendaftar ISBN, penerbit akan menggunakan nombor yang telah diperuntukkan sahaja. ISBN dapat mengawal nombor bagi judul-judul yang telah diterbitkan melalui strukturnya.

6. Memperkukuhkan Lagi Hak Milik Bahan Terbitan Penerbit

Faedah lain ISBN ialah dapat memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit. Hal ini kerana, setiap karya sudah didaftarkan melalui ISBN akan menjadi hak milik seorang penerbit.

Siapa yang Layak Daftar ISBN?

Mesti penulis tertanya-tanya siapa yang layak daftar atau mohon ISBN ini, bukan? Laman web Depositori menyatakan bahawa penerbit Malaysia atau penerbit yang berpusat di Malaysia layak dipertimbangkan untuk memohon nombor ISBN Malaysia. Penerbit yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  1. Penerbit individu iaitu orang perseorangan. Terhad kepada warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan pemegang kad Malaysia My 2nd Home (MM2H) sahaja.
  2. Syarikat seperti penerbit komersil, syarikat perniagaan dan lain-lain yang berdaftar di Malaysia.
  3. Jabatan kerajaan.
  4. Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti di Malaysia.
  5. Pertubuhan yang berdaftar, persatuan agama, persatuan clan, kelab dan lain-lain di Malaysia.
Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku
Gambar sekadar ilustrasi

Kos untuk daftar ISBN | Cara Daftar ISBN untuk Penulis Buku

Menurut Perpustakaan Negara Malaysia, perkhidmatan pemberian nombor ISBN/eISBN disediakan secara percuma kepada penerbit Malaysia yang berdaftar di bawah Program ISBN. Selain itu, penerbit juga tidak dibenarkan untuk menjual mana-mana nombor ISBN/eISBN yang telah diperuntukkan kepada mereka.

Jumlah Muka Surat untuk Pemohonan ISBN/eISBN

Sekiranya penulis ingin memohon ISBN atau eISBN, penulis perlu mematuhi syarat bagi kategori bahan berikut iaitu:

  • Kategori bahan dewasa – 32 muka surat termasuk kulit luar
  • Kategori bahan kanak-kanak – 16 muka surat termasuk kulit luar

Jadi, penulis sudah tahu cara daftar ISBN untuk penulis buku? Cik Min harapkan agar artikel ini dapat memberi manfaat kepada penulis di luar sana.

Baca juga entri terbaharu tentang Idea Konten Blog Kedai Elektrik di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.