Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita Colleen’s Auto

May 17, 2023 by No Comments

Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita iaitu Colleen’s Auto adalah sebuah bengkel kereta yang menyelesaikan masalah pemandu wanita yang takut ke bengkel. Mereka boleh hadir ke bengkel untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pekerja berpengalaman serta boleh membincangkan segala permasalahan kereta mereka.

Objektif Utama Colleen’s Auto

Puan Saudah, founder Colleen’s Auto.

Tahun 2021 misi Colleen’s Auto adalah untuk membantu 10,000 orang pemandu wanita dengan hashtag #misibantupemanduwanita.

“Kalau nak berjalan jauh, wajib servis kereta dulu” atau “setiap dua ke tiga bulan, perlu servis kereta” kan? Mesti ramai di antara kita pernah dengar ayat ni kan. Tetapi adakah kita tahu mengapa servis dan penjagaan kereta ini penting?

Buat semua yang tertanya-tanya, servis kereta ini merupakan sebuah proses yang dilakukan untuk membantu sesebuah kenderaan berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa. Apa yang lebih penting ialah, proses servis kereta ini juga boleh mengurangkan risiko berlakunya kemalangan mahupun ‘breakdown’ ketika berada di atas jalan raya.

Kelebihan-kelebihan Melakukan Servis Kereta:

1. Menghindar kerosakan kereta yang terlalu serius.

2. Pemanduan bertambah selesa, serta lebih menjimatkan.

3. Menambah dan memanjangkan jangka hayat kenderaan.

4. Mengelak kereta daripada sebarang ‘breakdown’ mengejut.

Mengapa Colleen’s Auto Menjadi Pilihan Utama Sebagai Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita?

Colleen’s Auto merupakan pilihan utama kaum wanita kerana mereka menjalankan servis yang berkualiti tinggi dengan mengutamakan budaya jujur dan telus.

1. Servis Penyelenggaraan Kenderaan Tiptop

Colleen’s Auto menawarkan pelbagai jenis servis kereta yang memenuhi kehendak pelanggan dan memberikan khidmat servis kereta terbaik. Pelanggan tidak perlu risau kerana mereka sentiasa sedia memberikan servis dan menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Colleen’s Auto menyediakan penyelenggaraan dan pembaikan menyeluruh untuk bahagian kereta seperti enjin, gearbox, dan sistem suspensi.

2. Fasiliti Lengkap di Ruang Tunggu | Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita Colleen’s

Colleen’s Auto mempunyai fasiliti lengkap di ruang tunggu yang istimewa untuk kaum wanita. Ruang tunggunya yang selesa dan menarik, dilengkapi dengan “Instagrammable Wall”. Jadi, anda boleh datang ke bengkel Colleen’s Auto dan ambil selfie sambil menunggu kereta siap.


Mereka juga menyediakan makanan ringan dan minuman seperti kopi, teh, serta mesin penapis air popular Coway. Bengkel mereka memang berbeza daripada yang lain, bukan?

3. Harga yang Berpatutan

Berkaitan dengan harga, Colleen’s Auto memahami kebimbangan pelanggan yang pernah ditipu oleh bengkel yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak mahu menyusahkan pelanggan. Di Colleen’s Auto, mereka memberikan servis terbaik dengan harga yang sangat berpatutan.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita Colleen’s Auto?

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat konsultasi mengenai kereta serta ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Colleen’s Auto, boleh layari laman web ataupun media sosial mereka.

Facebook: Colleens Auto
Instagram: colleensauto
TikTok: colleensauto
Telegram: Colleen’s Auto

Alamat: No. 6, Jalan Saujana Indah 5, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
No Tel: +011 2013 2276
E-mel: rahimautoshahalam@gmail.com
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9:30 AM – 5:45 PM / Ahad Tutup

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Bengkel Kereta Khas Untuk Wanita Colleen’s Auto”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.