Bargain Basement (give…and get)

February 1, 2017 by No Comments

Bargain basement

Bargain Basement

Ini kisah tentang Bargain Basement. Walaupun IOI Mall sudah lama dibuka, namun saya baru berpeluang mengunjunginya pada 27 Jan 2017 sempena Chinese New Year.

Jalanraya Kuala Lumpur bukan sahaja kelihatan lengang namun benar benar lengang!

Patutlah lengang jalanraya kerana ramai orang lain seperti saya juga — ambil peluang keeemasan ini untuk ke pasaraya.

(Nampak macam teruja kan hihi)

Cari parking dan menetapkan misi dan visi sepanjang di IOI Mall ini antaranya ialah cari surau.

Berpusing di LG, kami melalui kedai bernama Basement Bargain.

Eh Basement Bargain ni kedai apa?

Ha itu suara hati saya sambil dituturkan secara vokal dan ditranslatekan kepada perbuatan  iaitu mengajak suami masuk ke dalamnya.

Ada banyak barang barang preloved yang dijual di Bargain Basement dari kategori buku, pakaian dan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk. Harganya dalam RM5 ke RM30. Bergantung kepada keadaan barang tersebut.

Ini kedai bundle ke? Bundle dari negara mana? Eh hai banyaknya soalan haha.

Menuju ke bahagian kaunter, saya dengar adik cashier beritahu pada pelanggan “Encik, ini paperbag recycle yang diberikan oleh penyumbang ya” Sambil memasukkan barang yang dibeli pelanggan.

100% jualan dari Basement Bargain pergi mana?

100% daripada jualan dalam kedai ini akan diberikan kepada rumah kebajikan yang terpilih.

“Wah bagusnya konsep kedai ini”

Dan kita juga boleh menjadi penyumbang barang barang yang keterlaluan banyak ditumah dan tidak digunakan.

Ini gambar kedai dari bahagian hadapan.

Basement Bargain IOI Mall

Sebelum keluar dari kedai, saya ambil flyers untuk mencari cara untuk menjadi salah seorang antara penyumbang juga.

Maklumat lanjut

Layari laman web http://yayasan.ioigroup.com atau hubungi 03- 8947 8888 untuk menjadi penyumbang.
Kedai Bargain Basement IOI Mall ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad jam 10 pagi hingga 10 malam.

Apa yang boleh kita sumbangkan untuk dijual di kedai ini ialah;

* Pakaian – ianya mestilah sudah dibersihkan dan boleh digunakan tau tak mahu yang koyak.

*Aksesori – macam beg, kasut, topi, rantai emas dan mutiara Sabah hihi.

*Houseware – Pinggan, mangkuk, cawan, periuk.

*Hiasan – Pasu, tikar mengkuang atau tikar Sarawak. Semua diterima asalkan boleh fijual.

*Buku – Kamus, buku teks, buku rujukan, buku lima tak mahu.

*Lain lain macam permainan anak, peralatan sukan, peralatan elektrik.

Pendek kata asalkan ianya masih boleh orang lain gunakan, ianya boleh disumbangkan.

Ini adalah CSR Initiative IOI Group dan Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng.

Bargain Basement IOI Mall

 

Selamat menyumbang ya kawan kawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.