Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS
Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan (◕‿◕✿) Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.
Ini adalah artikel entri kedua untuk siri usahawan ini. Anda boleh mengikuti profil usahawan ini di link entri pertama di bawah:
Entri pertama|| Azzu Bahulu Aneka Perisa |Usahawan PeDAS
Cerita Musim Kenduri
Cik Lis baru sahaja balik daripada menghadiri undangan majlis perkahwinan semalam yang agak dekat dengan rumah Cik Lis. Hujung minggu lepas, Cik Lis pergi ke majlis akikah kenalan di zaman sekolah. Boleh kata hampir setiap minggu ada sahaja undangan keraian sebagai tetamu daripada kenalan dan kaum keluarga ini.
Orang Nusantara terkenal dengan budi bahasa, lebih-lebih lagi orang Melayu. Tetamu yang kita jemput selalunya kita akan hulurkan sesuatu sebelum mereka pulang ke tempat masing-masing sebagai tanda terma kasih untuk meluangkan masa meraikan hari kebesaran tertentu dalam hidup kita seperti perkahwinan, kelahiran, kenduri kesyukuran, dao selamat dan sebagainya.
Antara pilihan cenderahati atau door gift yang popular adalah dalam bentuk kraftangan unik seperti sudu, tanjak mini, dan sebagainya. Dan tetamu seperti Cik Lis kadang-kadang boleh simpan hadiah-hadiah sebegini sebagai penyeri display case di rumah sendiri… ¬‿¬
Tapikan, dalam banyak-banyak jenis door gift, Cik Lis lebih suka dengan buah tangan yang kita boleh makan. Dan ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Kadang-kadang Cik Lis kena memandu jauh untuk menghadiri kenduri; macam dari KL ke JB? Dan kena balik semula ke KL kemudiannya…bila adanya door gift berupa makanan DAN sebotol air mineral, bolehlah Cik Lis menjajan untuk hilangkan mengantuk atau lapar balik selepas beberapa jam memandu sebelum sampai ke destinasi kan (◕‿◕✿)
Bahulu Door Gift Johor: Pilihan Popular
Cik Lis terbaca (tapi tak ingat kat mana, minta maaf ya (゚ω゚;) ) yang nama bahulu atau baulu ini tercipta pada zaman dahulu bila kita hulurkan buah tangan ini dari hulu sungai…? Lebih kurang lah kan.
Persoalannya, dekat mana nak cari bahulu door gift sedap untuk tetamu keraian kita?
Bagi yang berada di Tangkak (Johor), atau berdekatan dengannya, ataupun sanggup order dari jauh, Cik Lis sarankan anda dengan produk bahulu Azzu Bahulu Ledang!
Apa Yang Istimewanya Dengan Azzu Bahulu Ledang?
Berpengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan bahulu dalam kuantiti yang banyak, pasti ianya adalah satu kelebihan besar!
Rasanya sangat original seakan-akan macam orang dulu-dulu buat:
“…bahulu die mcm nenek2 kte buat dlu,orang sini cakap bersakor (gula cukup,luar keras dalam lembut) sedapp oii…“
…Dan pelbagai lagi feedback yang positif daripada pelanggan Azzu Bahulu Ledang di laman rasmi mereka di media sosial.
Ada pelbagai jenis pilihan dan rasa bahulu yang pelanggan boleh pilih! Ada pilihan bahulu cermai (alah, yang klasik bahulu kosong tapi rangup di luar tu), bahulu ikan, bahulu gulung, bahulu berinti dan berperisa….dan sebagainya!
Produk yang sangat viral! Rugi kalau lalu sini tak singgah dan rasa Azzu Bahulu.
Classy design for classy dish.
…dan yang paling penting, adanya pengiktirafan halal dari JAKIM secara tidak langsung mencerminkan juga aspek kualiti dan mutu produk tersebut! [No. siri: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 081-09/2018]
Ingin menjadikan produk bahulu ini sebagai hadiah door gift untuk tetamu anda? Atau berminat untuk melihat promosi-promosi semasa Azzu Bahulu Ledang? Klik sahaja link di bawah ini ya (◕‿◕✿)
Facebook | Instagram | WhatsApp
Shopee||Bahulu Cermai 5 perisa inti | Bahulu Ikan Original
Alamat Kedai:
Cik Lis akan ulas lagi dengan lebih lanjut produk kegemaran ramai ini di artikel berikutnya. Jumpa anda di sana ya (。•̀ᴗ-)✧
Entri ketiga|| Bahulu Sedap Dan Lembut :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS
Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]