Aplikasi Swifty Pro untuk Freelancer

March 2, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang satu aplikasi jana pendapatan sampingan iaitu, aplikasi Swifty Pro untuk freelancer. Disebabkan COVID-19 yang berlaku, ekonomi negara kita turut terjejas, banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu dan ramai dalam kalangan kita yang kehilangan pekerjaan.

Jadi, menerusi entri kali ini Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang aplikasi Swifty Pro ini. Informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal SAYS.

Aplikasi Swifty Pro untuk Freelancer

Swifty Pro – Jana Side Income

Tular sebuah ciapan di Twitter yang memaparkan seorang pemuda melancarkan aplikasi untuk freelancer bagi gig ekonomi telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

“I baru launch satu app utk tolong those yg baru hilang kerja / nak cari side income melalui gig job. You can upload your freelancing job mcm tutor, graphic design, personal shopper, or any kind of service based on your skills. Tlg RT to help more people cari rezeki.”

Bantu Peniaga Teruskan Kelangsungan Hidup

Alfina dan Emad merupakan pengasas aplikasi yang dikenali sebagai Swifty Pro dan Swifty. Tujuan mereka melancarkan aplikasi ini adalah untuk membantu peniaga di luar sana untuk kelangsungan hidup. 

Aplikasi Swifty Pro membolehkan seluruh freelancers untuk mendaftarkan servis mereka di aplikasi tersebut. Manakala, Swifty pula untuk pengguna yang ingin melanggan perkhidmatan yang sedia ada. 

Menerusi satu temu ramah SAYS dengan pengasas, mereka mengatakan bahawa terdapat ramai yang mendaftarkan diri. Ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti merias wajah, memperbaiki perkakas elektrik di rumah, proofreading, tutor dan sebagainya. 

Setakat ini, aplikasi ini hanya tersedia di kawasan Selangor saja. Kemungkinan, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada seluruh negeri pada masa akan datang.

Aplikasi Swifty Pro untuk Freelancer
Aplikasi Swifty Pro untuk Freelancer

Reaksi Netizen | Aplikasi Swifty Pro untuk Freelancer

Cik Min pun sempat melihat sendiri komen-komen netizen yang turut kagum dengan kegigihan mereka. Ramai juga ingin ingin mendaftarkan diri. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter.

“Just add mine! I covered Selangor/KL area. Feel free to check out my services.”

– nizamnoorberi

“Just added my service! Mostly architecture related field service offered here. Here’s my referral code if anyone joining soon.”

– harith muhammad

Anda juga boleh muat turun aplikasi tersebut di sini (Android) dan sini (IOS). 

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang aplikasi Swifty Pro untuk freelancer kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.