Tips Mudah Pengurusan Kewangan

December 29, 2021 by No Comments

Kita disarankan untuk mengurus kewangan dengan baik dalam kehidupan supaya masa depan lebih terjamin. Simpanan duit perlu dilakukan secara teratur mengikut keperluan semasa. Jadi, hari ini Cik Min ingin kongsikan kepada anda semua tentang tips mudah pengurusan kewangan.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Encik Rafiq Hidayat Mohd Ramli.

Tips Pengurusan Harta Pusaka – Tips Mudah Pengurusan Kewangan

Berdasarkan perkongsian dalam laman Facebooknya, Encik Rafiq telah berkongsi beberapa tips mudah pengurusan kewangan terutamanya pengurusan harta pusaka selepas ketua bagi sesebuah keluarga meninggal, sakit atau sebagainya. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan.

1. Kenal Pasti Keperluan Perbelanjaan Keluarga Setelah Anda Tiada

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengira semua kos perbelanjaan bagi keluarga untuk tempoh 6 bulan, termasuk jumlah komitmen bulanan seperti hutang. Tidak lupa juga, kos untuk pengebumian setelah anda tiada nanti, kos untuk uruskan harta pusaka dan lain-lain.

Anda perlu mengambil kira semua perkara tersebut. Selain itu, anda juga perlu meletakkan duit ke dalam akaun/instrumen yang boleh dicairkan kurang daripada 7 hari bekerja dan letak nama benefisiari, misalnya nama isteri. Bagi anda yang tiada loan dalam ASB, anda boleh guna Hibah Amanah dan duit dalam Tabung Haji juga boleh guna untuk Hibah Amanah tersebut bagi memenuhi fungsi ini.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa perlu lakukan langkah 1 ini, bukankah wasiat atau hibah takaful sudah mencukupi? Sekiranya anda faham tentang pengurusan harta pusaka, anda pasti tahu tentang isu semasa. Walaupun anda ada wasiat, dan telah mengambil polisi takaful yang mencukupi, tidak semestinya selepas anda tiada nanti semua akan settle. Ianya akan mengambil masa yang agak lama. Jadi, sementara menunggu yang lain settle, anda bolehlah membuat persediaan yang mencukupi.

2. Ambil Takaful Hayat Termasuk MRTT/HPRTT – Tips Mudah Pengurusan Kewangan

Langkah 2 ini juga sama seperti langkah 1, terdapat pengiraan untuk mengetahui berapa banyak yang perlu anda ambil untuk keperluan keluarga. Paling basic ialah, anda ambil dalam tempoh 10 tahun pendapatan. Tetapi, anda juga boleh gunakan expenses method untuk kira berapa banyak yang anda perlu ada.

Anda jangan lupa pula untuk mengira sekali hutang yang anda ada. Tapi, perlindungan yang anda ambil untuk settlekan hutang tersebut, jangan pula anda hibahkannya. Apabila anda menghibahkannya, ia akan menjadi hak penerima. Sekiranya dia tidak mahu membayar hutang anda, itu adalah hak dia.

Kesimpulannya, bagi bahagian yang anda ingin tinggalkan untuk kelangsungan hidup, anda boleh letakkan option untuk hibahkan polisi takaful anda. Namun, portion yang anda ingin gunakan untuk settlekan hutang, anda perlu letakkan nama waris supaya lebih clear tanggungjawab dia untuk settlekan hutang anda yang terdahulu.

3. Sediakan Wasiat – Tips Mudah Pengurusan Kewangan

Dalam Islam sememangnya sudah ada Faraid, bukan? Tapi, tahukah anda kenapa anda perlu ada wasiat ini?

Untuk makluman anda, faraid hanya explain tentang pembahagian, siapa yang dapat dan berapa bagi seseorang itu akan dapat. Ianya tidak ambil kira proses pembahagian, dan proses-proses pengurusan harta pusaka yang lain.

Dalam dokumen wasiat, ada tiga benda yang penting untuk anda kenal pasti.

  1. Siapa wasi/executor anda? Anda boleh pilih untuk guna pakai syarikat pemegang amanah kerana tidak mahu waris pening kepala untuk uruskannya. Sekiranya perlu bayar, waris akan membayar daripada harta pusaka. Waris anda tak rugi sebab tidak menggunakan duit mereka.
  2. Siapa penjaga anak-anak anda (yang bawah umur lagi)?
  3. Bagaimana anak mahu membahagikan harta? – di sini, baru faraid keluar kalau kita perlukan option untuk bahagikan mengikut faraid.

Sekiranya anda ada wasiat, proses untuk menguruskan harta pusaka akan terus dapat diselesaikan. Kalau tiada wasiat, proses ini akan menjadi lebih lama berbanding dengan yang sudah ada wasiat.

Jadi, sekiranya anda mengikut tiga langkah di atas, ia akan memudahkan waris-waris anda memiliki kehidupan yang lebih terjamin walaupun anda sudah tiada di atas muka bumi ini.

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang tips mudah pengurusan kewangan terutamanya dalam bab pengurusan harta pusaka ini. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.