Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

March 1, 2022 by No Comments

Kira-kira RM1 juta peruntukan digunakan untuk Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) sehingga kini, berbanding dana keseluruhan RM25 juta yang ditawarkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MARA kini menyediakan Skim DanaNITA khas untuk usahawan wanita yang ingin mengembangkan perniagaan atau membangunkan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Lebih ramai usahawan wanita digalakkan untuk membuat permohonan kerana dana yang diperuntukkan masih banyak. MARA ingin memperkasakan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam golongan wanita melalui skim DanaNITA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan DanaNITA dan cara membuat permohonan. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Skim Pembiayaan DanaNITA

Tujuan DanaNITA

Tujuan MARA menyediakan Skim DanaNITA adalah untuk:

  • Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Syarat-Syarat Asas | Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

  1. Warganegara dan bumiputera.
  2. Berumur 18-60 tahun.
  3. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  4. Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM).
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
  6. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan.
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
  10. Perniagaan patuh syariah.
  11. Bebas dari senarai hitam MARA.

Kelonggaran Syarat

  1. Majoriti pegangan syer adalah 51% wanita.
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja/mempunyai lesen perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak untuk pembiayaan RM50,000.00 ke bawah.
  3. Pengecualian lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah.
  4. Pengecualian sebut harga ubah suai/pembelian mesin dan alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah.
  5. Penyata akaun bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata dalam talian adalah diterima).
  6. Tempoh bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan.

Skop Pembiayaan | Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Pembiayaan disediakan khas untuk:

  • Modal pusingan.
  • Pembelian mesin dan peralatan.

Maklumat Pembiayaan

Tempoh pembiayaan: 1-10 tahun @ 12-120 bulan.

Jaminan atau Cagaran | Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Usahawan yang berminat untuk mohon pembiayaan mestilah disertakan bersama jaminan atau cagaran seperti berikut:
Jaminan – Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
ATAU
Cagaran – Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
ATAU
Gabungan kedua-duanya sekali.
ATAU
Simpanan Tetap – Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

Cara Memohon

Usahawan wanita yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk dapatkan pembiayaan MARA boleh buat permohonan secara dalam talian melalui laman yang disediakan. Permohonan boleh dibuat di laman berikut:

Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
Untuk maklumat lanjut berkenaan DanaNITA MARA, anda boleh terus ke laman portal rasmi MARA atau hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • No. Tel: 03 261 32000
  • Emel: informasi@mara.gov.my

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.