Servis Networking Ipoh

June 8, 2022 by No Comments

Pekerja Tuan/Puan banyak mengeluh? Rangkaian internet terlalu slow sampai nak update data pun tak lepas? Cik Min rasa, Tuan/Puan dah boleh bertukar kepada network yang lebih baik! Untuk warga Ipoh, jangan risau, sebab ada satu servis networking Ipoh yang boleh menyelesaikan masalah Tuan/Puan…

Nak tahu ke kedai mana yang sediakan servis networking terbaik di Ipoh ni? Kalau nak tahu, boleh teruskan membaca ya!

Servis Networking Ipoh | Chip Computer

Internet slow pun memang satu masalah besar juga, betul tak? Kalau internet bermasalah ni, pekerja Tuan/Puan nak update data pun tidak boleh. Itu belum kerja-kerja lain yang perlukan penggunaan internet lagi. Di tambah pula dengan pekerja yang duk merungut line slow… Boleh pening kepala dibuatnya!

Jika Tuan/Puan mengalami situasi sebegini, itu tandanya Tuan/Puan perlu bertukar kepada network yang lebih baik kualitinya. Untuk masalah sebegini, Cik Min syorkan Tuan/Puan untuk mendapatkan servis networking daripada Chip Computer Ipoh! Sekiranya Tuan/Puan tidak pasti network mana yang sesuai untuk kawasan tersebut, Chip Computer sentiasa bersedia untuk membantu. Haaa, anggap aje mereka ni sebagai penasihat network Tuan/Puan tau!

Sekiranya Tuan/Puan masih menggunakan pelan data internet telefon dan mahu memasang talian internet yang lebih padu, amatlah dialu-alukan untuk hubungi Team Chip Computer untuk mendaftar! Satu Perak pun mereka cover tau… Tuan/Puan hanya perlu kongsikan alamat dan lokasi perumahan sahaja. Jangan risaulah! Inshaallah, daripada awal pendaftaran sehinggalah pemasangan, semuanya akan diatur sebaik mungkin oleh Chip Computer sendiri. Tuan/Puan tak perlu susah-susah dah nak cari orang untuk membuat pemasangan.

Untuk Elakkan Tuan/Puan Daripada Mengalami Kerugian, Cik Min Akan Share Sedikit Tips Dalam Pemilihan Servis Networking Yang Betul!

1. Check coverage yang bersesuaian bagi kawasan rumah Tuan/Puan

Benda ni wajib sekali, sebelum Tuan/Puan memilih servis internet yang hendak digunakan. Hal ini kerana, terdapat kawasan yang tidak boleh menerima signal atau line daripada sesetengah rangkaian servis internet. Walaupun Tuan/Puan membayar pakej mahal dengan internet unlimited sekalipun, sekiranya rangkaian tersebut tidak mempunyai coverage di kawasan Tuan/Puan, tetap tidak boleh digunakan! Di situlah Tuan/Puan akan rugi tau, ish, ish, ish... Hah! Kalau Tuan/Puan nak cuba check coverage di kawasan rumah tu, boleh cuba check di laman portal Nperf ya.

2. Dapatkan segala info berkaitan faedah dan kelebihan servis yang hendak dipilih

Seterusnya, wajarlah untuk Tuan/Puan membandingkan servis internet yang terbaik untuk digunakan terlebih dahulu. Hal ini kerana, banyak syarikat yang memberikan kelebihan menarik selain daripada servis internet semata-mata tau! Bagi Cik Min, faedah yang bagus adalah apabila ia turut memberikan pemasangan secara percuma, free 1 bulan servis internet ataupun yang tiada caj pendahuluan.

Selain itu, Tuan/Puan boleh juga bandingkan harga yang ditawarkan sama ada berbaloi atau tidak, pakej internet yang ditawarkan tersebut unlimited atau tidak, dan banyak lagi… Iyalah, kalau syarikat Tuan/Puan memiliki tenaga pekerja melebihi 10 orang, sudah tentu Tuan/Puan akan memerlukan pakej dengan servis internet yang unlimited juga. Tak gitu?

3. Lihat review atau testimoni yang dikongsikan oleh pengguna lain

Dalam aspek ini, Tuan/Puan juga perlu rajin survey segala kelebihan dan kekurangan yang ditawarkan bagi setiap pakej. Bagi yang terlibat dengan kerja heavy duty, sudah pasti akan memerlukan kapasiti dan kelajuan internet yang tiada had! Oleh itu, Tuan/Puan perlu menilai satu persatu pakej yang ditawarkan ya… Pilihan yang betul ini haruslah dilakukan untuk mengelakkan Tuan/Puan daripada sebarang kerugian.

Chip Computer, Pakar Servis Networking Ipoh Yang Dijamin Trusted!

Ramai yang dah guna servis networking Ipoh oleh Chip Computer ni, terumatamanya warga Perak tu ha! Bukan nak sembang kencanglah, tapi di kebanyakan event pun, confirm akan jumpa booth Chip Computer ni tau! Tuan/Puan tidak percaya? Ishhh, bakpo tak cayo?

Ni Cik Min sertakan bukti dan testimoni daripada pelanggan yang sudah mencuba perkhidmatan Chip Computer pakar servis networking Ipoh ni. Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal rasmi Chip Computer. Ada lebih banyak info menarik menanti anda!

Bagi yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang Chip Computer atau pertanyaan secara terus, Tuan/Puan boleh terus hubungi Encik Husni dan juga Puan Nisa’. Jom jadikan Chip Computer sebagai pakar servis networking Ipoh, yang menjadi pilihan utama anda!

Ehhh, kejap! Satu lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Lunastory! Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini ya…

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Cik Min tentang ‘Servis Networking Ipoh’ kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.