LunaStory.com

Blog Malaysia

 
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
Menu
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
  • Review Filem Anak Perjanjian Syaitan

    Review filem Anak Perjanjian Syaitan dengan tagline ‘Kisah seram mengikat janji dengan syaitan yang mengundang bencana’ ini bukan biasa-biasa tau. Tak pernah-pernah weh kami nak review cerita serammmmm. Tak tulis lagi dah seram.

    Review ini MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER dan Tuan/Puan dicadangkan membaca semula selepas menonton filem Anak Perjanjian Syaitan di pawagam ya!

    Nadzmi Adhwa sebagai tunjang utama filem Anak Perjanjian Syaitan

    Barisan Pelakon Filem Anak Perjanjian Syaitan

    • Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidy
    • Chacha Maembong sebagai Azlinda
    • Jasmin sebagai Puan Rahmah
    • Shahrulnizam Noor sebagai Pak Man
    • Azlan Komeng sebagai Ustaz Aznan Shamsullah

    Tunjang utama filem ini iaitu Nadzmi Adhwa berkata bahawa dia setuju untuk membintangi filem ini kerana tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan.

    Sebelum ini saya tidak pernah berlakon lagi dalam genre seram dan ini merupakan satu pengalaman yang cukup menarik untuk terbabit dalam pembikinan filem Anak Perjanjian Syaitan.

    Nadzmi Adhwa

    Cha cha Maembong pula menyatakan bahawa watak yang dipegangnya dalam filem ini memberikan kelainan buat dirinya.

    Karektor beliau ialah seorang isteri yang sayangkan suaminya dan sanggup berkorban apa sahaja.

    Cabaran Dalam Pembikinan Filem Anak Perjanjian Syaitan

    Nadzmi Adhwa berkongsi tentang gangguan aneh yang dialami ketika di lokasi.

    Saya rasa pengalaman sebegini turut pernah dilalui oleh pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalak filem seram.

    Nadzmi Adhwa

    Apabila ditawarkan berlakon dalam filem, saya tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan persetujuan lantaran filem Anak Perjanjian Syaitan ini suatu naskhah yang menarik.

    Cha cha Maembong

    Cha cha Maembong memberitahu bahawa watak Azlinda bukanlah suatu yang mudah kerana babak-babaknya berat.

    Beliau bersyukur dibantu oleh rakan-rakan dan keluarga sepanjang menjayakan filem ini.

    Sinopsis Review Filem Anak Perjanjian Syaitan

    Kisah dimulakan tentang pasangan suami isteri iaitu Cikgu Zaidy dan Azlinda yang sudah empat tahun berkahwin namun belum mempunyai anak.

    Ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah seorang balu yang kematian suami sangat teringin untuk menimang cucu. Beliau sering mendesak Cikgu Zaidy untuk berkahwin dengan perempuan lain.

    Menantunya Azlinda sering dicemuh dengan kata-kata yang menyakitkan hati kerana tiada zuriat.

    Jasmin Hamid sebagai Puan Rahmah didalam filem ini

    Disinilah bermula segalanya

    Demi ketenangan hati beliau dan isteri, Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah kerja dan ianya diterima.

    Mereka berpindah di sebuah kampung kelahiran arwah bapanya. Ianya adalah rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy yang terpencil dan menyeramkan.

    Rumah tersebut dijaga oleh Pak Man dan sudah kosong tanpa penghuni selama lebih lima tahun.

    Semenjak menetap di rumah tersebut, Azlinda sering diganggu dengan suara bayi dan kanak-kanak yang bermain. Ianya dangat mengganggu fikiran sehingga beliau histeria dan pengsan.

    Apabila mendapatkan rawatan di klinik, doktor mengesahkan yang beliau telahpun hamil.

    Azlinda yang hamil

    Sewaktu hamil, Azlinda sering diganggu dengan mimpi aneh dan perutnya juga didapati tiba-tiba membesar.

    24 Oktober 2019 merupakan tarikh tayangan review filem Anak Perjanjian Syaitan di pawagam seluruh negara. Kita tonton sendiri pengakhirannya di pawagam nanti ya!

    Review Filem Anak Perjanjian Syaitan oleh LunaStory

    Dialog dan Skrip ( 5/8)

    Cikgu Zaidy dan Azlinda merupakan pasangan suami isteri yang menjalani kehidupan yang harmoni. Mereka saling menyayangi dan menghormati.

    Terlalu banyak kata panggilan ‘sayang’ yang agak melemaskan bilamana happy pun panggil sayang dan takut pun terjerit-jerit panggil sayang. Haha bunyinya macam cemburu tak? Haha on serious note, pengulangan banyak kali buatkan penonton jelak.

    Ada juga yang Linda bahasakan dirinya dengan kata nama diri iaitu Linda dan kadangkala ialah saya. Bagi orang yang perasan, dia akan perasan. Dan terganggu dengan ketidakkonsistensian kata nama panggil diri.

    Time marah tu ada dalam 2 ke tiga ayat bahasa diri aku kau lepastu tukar balik saya.

    Alahai benda kecilje tapi tetap menjadi perhatian Cik Luna sepanjang review filem Anak Perjanjian Syaitan ini

    Dialog Baku

    Dialog mudah, ringkas dan sampai. Cuma kadangkala ianya agak baku terutama untuk Cikgu Zaidy. Kelakar pun ada sebab kita jarang cakap macamtu contohnya “Lagipun rumah pusaka tu memang diberikan kepada saya”.

    Biasanya kita akan cakap “Abah kan beri rumah tu pada saya. Apa salahnya saya tinggal disana?”

    Lakonan (6/10)

    Cikgu Zaidy (Nadzmi Adhwa)

    Nadzmi nampak lebih matang namun penulis tetap terbawa-bawa karektor beliau didalam Intagram personal beliau yang suka bergurau dengan isterinya (kini) dari sewaktu mereka berkawan baik.

    Wajah baru yang segar untuk diketengahkan namun rasanya banyak lagi ruang yang perlu Nadzmi perbaiki. Tetap ada yang terasa kurang.

    Azlinda (Chacha Maembong)

    Dengaan ataupun tanpa makeup, Chacha memang lawa semulajadi terutama matanya.

    Lakonan beliau agak susah untuk menjayakan watak ibu mengandung yang penuh dengan ketakutan.

    Lakonan Chacha tak nampak kaku dan berbakat orangnya. Cik Luna sukaaa.

    Ulasan tim LunaStory untuk mStar Online

    Pelakon lain

    Filem Anak Perjanjian Syaitan ini didokongi pelakon hebat seperti Jasmin Hamid dan juga Azlan Komeng.

    Azlan Komeng sebagai Ustaz Aznan

    Daripada watak orang kuat lintah darat dalam filem Geran (review Filem Geran disini) kepada Ustaz Aznan.

    Masa dalam Geran tu memang kita akan geram habis kat dia. Dalam filem Anak Perjanjian Syaitan, Ustaz Aznan dan isterinya Ustazah diboikot oleh orang kampung.

    Katanya mereka mengamalkan ilmu hitam. Jadi beberapa kali jugalah setiap kali watak mereka muncul dan kita merasa seram dan syak wasangka walaupun hanya dengan pandangan sorotan mata.

    Namun beliau adalah antara yang menjayakan watak dengan baik. Tahniah Azlan Komeng!

    Seorang lagi pelakon yang dapat mengelirukan penonton dengan mengalihkan perhatian penonton kepada beliau ialah Roslan Salleh untuk watak Pak Leman.

    Beliau memang sering berlakon filem genre seram seperti Munafik dan Khurafat kan.

    Wan Sharmila pun ada tau dalam filem ini sebagai doktor yang vogue dengan scarf LV. Menghiburkan penonton juga dengan cameo yang comel lote begini.

    Runut bunyi untuk filem ini ialah nyanyian Siti Sairah yang memberikan keseraman dari sebelum masuk panggung.

    Jalan Cerita dan Plot (8/10)

    Aduhhhh sampai ke hujung baru penulis tahu kenapa begini dan begitu. Kenapa Azlinda takut?

    Kenapa sembunyikan apa yang dia nampak?

    Kenapa asyik jawab tak ada apa apa?

    Tertekan juga penulis pada awal review Filem Anak Perjanjian Syaitan sebab ‘macam ada sesuatu yang tak kena’ dalam rumah yang baru mereka diami dan reaksi mereka juga tak dapat ditebak.

    Takut tapi tak beritahu. Nampak tapi bersangka baik dan terus menetap di situ.

    Dan bila habis je filem, barulah terjawap persoalan penulis dari mula sehingga tamat filemmmm. Ok ini dapat 8 bintang sebab kami tak dapat teka endingnya biarpun terel drama Melayu haha.

    Scene (7/10)

    Rumah cantik, persekitaran menenangkan. Lokasi dengan bot di bahagian badan memang tenang mata memandang.

    Kadangkala kita keliru ni mimpi ke betul. Betul-betul berlaku ataupun mimpi sekali lagi?

    Ada juga beberapa scene yang tidak perlu seperti hantu kanak-kanak yang sering bermain di sekitar rumah pasangan ini. Tak ada kaitan. Ianya adalah pendapat penulis tentang review filem Anak Perjanjian Syaitan ini. Tuan/Puan boleh untuk tidak bersetuju.

    Paling lemah bila hantu terkejut terkejut pada awal filem kelihatan macam nenek kebayan tua namun di hujung cerita hantu lain yang lebih muda telah menggantikannya.

    Review filem Anak Perjanjian Syaitan

    Cik Luna tak mahu komen lebih-lebih tentang bomoh dan perjanjian yang telah dilakukan dalam filem ini kerana mahukan Tuan/Puan terus ke panggung wayang dan menikmatinya.

    Berbaloi.

    Nak kongsikan dengan kawan?

    • Click to share on Facebook (Opens in new window)
    • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
    • Click to share on Twitter (Opens in new window)

    October 16, 2019 / Cik Luna / 0

    Categories: Review Filem

    Panduan Pengiklanan Produk Untuk Usahawan Panduan Pengiklanan Untuk Selebriti Atau Influencer

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tentang LunaStory.com

Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.

Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.

Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com

Facebook Page

Facebook Page

Arkib Artikel

  • February 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • December 2016

Top Posts & Pages

  • Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
  • Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
  • Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
  • Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
  • Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
  • Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
  • Petua Santan Cendol Tahan Lama |Ajidyan PeDAS
  • Kebaikan Tilam Baby Nest |Anis:PeDAS
  • Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung Dengan Niqa Hijab Wash
  • Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS
Milk Booster

Categories

  • Advertorial
  • Akaun
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Online Marketing
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Travel

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers

 

Statistik

Total7052575141
Today3352
This Week6811816
This Month47051027

Artikel Terkini

  • Tingkat Selera Makan Anak Bawah 6 Tahun
  • Susu Kambing Formula Terbaik? Baca Dahulu Disini
  • Susu Kambing Terbaik | Ada Apa Dengan Kambing
  • Adab Menuntut Ilmu Online | Semua Jenis Kelas Online
  • Ulangkaji Tajwid Secara LIVE dan Online | Beana Home Quran
  • Huruf Hijaiyah Al Quran Dengan Flashcard

Pages

  • Blog Review Filem Malaysia
  • Kelas Belajar SEO

Categories

  • Advertorial
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Tips Perniagaan
    • Akaun
    • Online Marketing
  • Travel

Copyright © 2017 Luna StoryTheme created by PWT. Powered by WordPress.org