PKPD Selangor, Kuala Lumpur | Highlights Usahawan

Dengan rekod Selangor yang mengungguli carta jumlah kes COVID 19 tertinggi negara berturut-turut, maka pada 1 Julai 2021, PKPD Selangor dan sebahagian kawasan Kuala Lumpur akan dimulakan bermula Sabtu ini, 3 Julai 2021. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini akan dilaksanakan selama 14 hari sehingga 16 Julai 2021.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900, dan Kuala Lumpur merekodkan purata kes harian antara 600 ke 1,000 kes. Situasi ini membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Berikut merupakan mukim yang akan dikenakan PKPD Selangor:

Daerah Petaling: Mukim Petaling; Mukim Damansara; Mukim Sungai Buloh; Mukim Bukit Raja

Daerah Hulu Langat: Mukim Hulu Langat; Mukim Ampang; Mukim Cheras; Mukim Kajang; Mukim Semenyih; Mukim Beranang

Daerah Sepang: Mukim Dengkil; Mukim Labu; Mukim Sepang

Daerah Gombak: Mukim Batu; Mukim Rawang; Mukim Setapak; Mukim Hulu Kelang; Mukim Kuang

Daerah Kuala Langat: Mukim Tanjung 12 (1); Mukim Tanjung 12 (2); Mukim Morib; Mukim Teluk Panglima Garang; Mukim Bandar; Mukim Jugra; Mukim Batu

Daerah Klang: Mukim Kapar; Mukim Klang

Daerah Kuala Selangor: Mukim Ijok; Mukim Bestari Jaya; Mukim Jeram

Daerah Hulu Selangor: Mukim Serendah; Mukim Rasa; Mukim Ulu Yam; Mukim Batang Kali

Manakala kawasan yang terlibat dengan PKPD KL pula adalah seperti berikut:

  • PPR Seri Semarak
  • PPR Batu Muda
  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • PPR Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • PPR Kerinci
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas
Sumber: FB MKN (1 Julai 2021)

PKPD Selangor dan WPKL: Apa bezanya PKP dengan PKPD?

Jika diperhatikan dengan teliti mengikut kronologi takrifan seperti PKP, PKPD, PKPB tercipta, kesemuanya ada kaitan dengan cara ia dilaksanakan, dan implikasi pergerakan rakyat Malaysia mengikut perkhidmatan tertentu. Sesuailah dengan makna pangkal PKP itu sendiri kan, Perintah Kawalan Pergerakan?

PKP

PKP, atau Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order atau MCO) mula diperkenalkan pada 18 Mac 2020. Penguatkuasaan perintah ini adah berlandaskan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pada waktu ini PKP pertama ini juga dinamakan sebagai PKP 1.0. Perintah ini terguna pakai untuk seluruh Malaysia. Antara arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah:

  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
  • Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  • Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

Senarai penuh status operasi perkhidmatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini ada pada Lampiran A (Perkhidmatan Essentials) dan Lampiran B (Perkhidamatan Non-Essentials) Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) 18 Mac 2020.

Contoh sebahagian Perkhidmatan Essentials untuk Usahawan

[USAHAWAN PERUNCITAN] Infografik Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Perlu dan Bukan Keperluan Utama (Sumber: Prime Minister’s Office of Malaysia Official Website)
[USAHAWAN MAKANAN] Infografik Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Perlu dan Bukan Keperluan Utama (Sumber: Prime Minister’s Office of Malaysia Official Website)

Contoh sebahagian Perkhidmatan Non Essentials untuk Usahawan

PKPD

SOP Am PKPD (dikemaskini 7 Disember 2020)

PKPD, atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mula diperkenalkan dengan perlaksanaan pertama PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor bermula pada 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Tujuan PKPD ini adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan dalam tempoh 14 hari tersebut.

Pada waktu itu, kerja pembersihan dan disinfeksi di tempat- tempat awam akan dijalankan oleh pihak berkenaan yang bertumpu di tempat-tempat tumpuan awam. Semua penduduk terlibat akan diberikan penerangan tentang tatacara disinfeksi rumah yang betul.

Antara arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Am) ini adalah:

  • Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  • Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

PKPD Bersasar

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan Bersasar (PKPDB) ini adalah sama dengan PKPD, namun ianya lebih berfokus kepada satu tempat atau lokaliti. Jadi ada yang menggelarkan ia juga sebagai PKPD Lokaliti.

Tujuan utama selain daripada mencegah penularan wabak COVID 19, antaranya adalah untuk membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) lebih bersasar bagi kawasan terjejas.

PKPD Selangor ada sedikit perbezaan dengan PKPD Am. Antara intipati terbaru SOP PKPD Selangor menurut sidang media Menteri Kanan (Pertahanan) pada 1 Julai 2021 adalah:

  • Ujian saringan secara bersasar akan dilaksanakan ke atas semua penduduk di kawasan di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Penduduk dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman. Namun, hanya seorang wakil isi rumah dibenarkan keluar membeli keperluan asas di kawasan ini dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
  • Pergerakan bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal masih dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan kenderaan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.
  • Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

Bagi usahawan makanan, SOP PKPD Selangor berkaitan adalah:

  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
PKPD selangor kl sop makanan

Usahawan kedai runcit, kedai serbaneka atau kedai barangan keperluan harian pula (Kategori Peruncitan):

  • Dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam
PKPD selangor kl sop kedai runcit

Bagi usahawan kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan,

  • Dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam
PKPD selangor kl sop kedai farmasi makanan haiwan

Untuk usahawan yang berniaga di pasar:

  • Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.
PKPD selangor kl sop pasar borong
  • Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
PKPD selangor kl sop pasar awam

PKPD Selangor dan KL juga ada senarai perkhidmatan perlu yang terperinci bagi sektor ekonomi yang anda boleh lihat sendiri sepanjang tempoh dari 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang dan akaun media sosial rasmi Majlis Keselamatan Negara atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui isu semasa yang sedang trending bersama LunaStory.com!


Sumber Rujukan:

Majlis Keselamatan Negara (MKN): SOALAN LAZIM (FAQ’s) – Bil. 1 (Dikemaskini) Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) 18 – 31 Mac 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD): Kenyataan Akhbar KPK 27 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Majlis Keselamatan Negara (MKN): SOALAN LAZIM (FAQ’s) – Kenyataan Akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21-24, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor (29/03/2020)

KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN 1 JULAI 2021 MENGENAI PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.