Perabot Online Malaysia Izzahrra | Usahawan PeDAS

April 12, 2020 by No Comments

Artikel “Perabot Online Malaysia Izzahrra | Usahawan PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Perihal Perabot

Ada beberapa situasi tertentu yang akan membuatkan kita membeli perabot. Contohnya adalah:

[1] Perabot lama sudah rosak dan tidak kukuh

Kenapa sudah rosak? Faktor yang paling biasa adalah usia. Ataupun sudah dimakan perosak seperti anai-anai, membuatkan strukturnya semakin lemah dan menunggu waktu rebah ke bumi…ataupun ke kepala orang dan haiwan kesayangan di rumah.

Ini memang kes wajib ganti atau beli cepat-cepatlah. Macam almari baju atau rak buku tu ke kan. Sebab ianya sudah melibatkan bab keselamatan.

[2] Perabot menjadi tempat haiwan kesayangan anda ‘mengasah’ kuku dan gigi taring

via GIPHY

Hadoiiiilah~

Puas dah marah dekat kucing tu. Kerusi sofa tu bukan tempat port awak asah kuku awak oiiiiii~ Dah belikan dekat ia a proper scratching post pun boleh pula buat-buat tak tahu yeeee…

Jangan risau. Kucing boleh dilatih untuk tidak memusnahkan perabot kesayangan anda dengan memberikan ia latihan tertentu sebelum anda menggantikan perabot yang rosak itu. Cuba anda cari atau tonton rancangan daripada cat behaviourist atau pakar kucing seperti “My Cat From Hell” oleh Jason Galaxy.

[3] Bila pindah ke rumah baru

Hmmm…mungkin ada yang berfikir, tak semua perabot lama dari rumah lama perlu diganti, bukan? Meja kopi, meja makan, kerusi makan, sofa, tilam masih elok. Tapi kan, tidak salah jika inginkan sedikit kelainan. Bagaimana jika anda menukar dan membeli aksesori baru sahaja? Contohnya, lapik tilam dan bantal, langsir, cermin dan sebagainya.

[4] Bila ada bajet lebih untuk buat ‘makeover’ rumah

Nak ubah suasana di rumah tidak semestinya perlu buat kerja-kerja renovasi pecah dinding rumah dan sebagainya. Memadailah menukar citarasa style perabot ataupun susun atur perabot itu sahaja untuk memberi nafas baru. Jimat masa dan duit juga, jika perancangan yang teratur dibuat terlebih dahulu!

Dengan adanya kemudahan e-commerce dan online marketplace, sesetengah pengeluar barangan perabot rumah sudah beralih kepada medium ini. Cumanya kali ini, Cik Lis ingin memperkenalkan anda dengan pembekal perabot yang boleh dibeli atas talian tempatan. Bukan The Big “I” yang global itu, tapi The Small “I.” Hehe.

Perabot Online Malaysia Izzahrra

Perabot Online Malaysia Izzahrra-1

Usahawan PeDAS kita kali ini adalah pembekal perabot atas talian dari kawasan Pusat Internet Desa (PID) Kota. Kedai perabot online ini ditubuhkan sejak dari tahun 2016 lagi oleh pemiliknya, Puan Izzati Mohamad Amran.

Syarikat Izzahrra Enterprise milik bumiputera membekalkan perabot yang diambil daripada sumber-sumber lain. Contohya, untuk produk perabot yang diperbuat daripada kayu jati diambil daripada Indonesia yang terkenal dengan kualiti pertukangan kayunya.

Selain daripada jaminan kualiti dan ganti rugi di dalam tempoh waranti, syarikat ini juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah tanpa cas. Kawasan-kawasan penghantaran bagi perkhidmatan ini adalah di sekitar Lembah Klang seperti Kuala Lumpur dan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.


Berminat untuk membeli perabot daripada Izzahrra Enterprise? Ataupun ingin melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis perabot daripada usahawan pembekal perabot ini? Layari laman-laman rasmi Izzahrra disini:

Facebook|Instagram|Shopee|WhatsApp

Jika anda di dalam perancangan untuk mengubah rupa ruang tamu sedia ada di rumah anda, anda dijemput untuk membaca sedikit tips di sini:

Entri kedua|| Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.