Pembekal Door Gift Kerepek | KerepekMart:PeDAS

March 17, 2020 by No Comments

Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Pembekal Door Gift Kerepek | KerepekMart:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Idea kerepek atau homemade chips sebagai door gift memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Bagi peminat makanan kudapan atau snek ringan sebegini, pastinya ia memberikan secebis rasa kegembiraan bila menerimanya sebagai hadiah. Buat pengembara jalan raya terutamanya, door gift kerepek menjadi teman dalam perjalanan yang kadang-kadang boleh jadi terlalu sunyi untuk disusuri sendirian.

Selain daripada hadiah dan peneman dikala sunyi semasa memandu atau mengembara jauh, kerepek boleh jadi makanan tahan lama dan tahan lasak untuk beberapa tempoh yang lama, jika disimpan dengan betul.

Semasa artikel ini disiarkan, wabak pandemik COVID-19 masih hangat diperkatakan dan malam tadi baru Malaysia mengambil langkah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang daripada ia terus merebak. Logiknya, barang makanan yang habis disapu dahulu di pasaraya-pasaraya sebagai bekalan sepanjang tempoh kawalan ini disebabkan hampir semua orang perlu duduk di rumah.

Kesimpulannya, kerepek sangat banyak manfaatnya. Mudah untuk dibuat, dipek dalam skala besar dan yang paling penting, murah!

Kerepek Mart: Pembekal Door Gift Kerepek

Perniagaan usahawan PeDAS ini bermula dari tahun 2017 dan berpusat di Jitra serta Shah Alam. Berkonsepkan COD (cash-on-delivery), Kerepek Mart sentiasa berjaya memuaskan hati pelanggan-pelanggan mereka.

pemborong kerepekmart shah alam featured

Harga kerepek bermula dengan semurah RM1 sehingga RM12, bergantung kepada kuantiti yang dipesan.

Kualiti kerepek yang dijual boleh kata buat orang ketagih! Hehe…

Alang-alang nak dekat musim raya ini juga, diselitkan juga disini promosi berkaitan:


Ada banyak tempat di media sosial untuk anda kunjungi, melihat promosi-promosi semasa dan bertanyakan dengan lebih lanjut tentang produk usahawan PeDAS KerepekMart ini:

Facebook|Instagram|Youtube|WhatsApp

Ingin mengunjungi, membeli, merasa sampel dan melihat sendiri produk usahawan ini di kedai mereka?

Untuk orang Kedah:

No. 3, Lorong Damai, Jalan Alor Rambai, 0600 Jitra, Kedah

Manakala di Selangor dan kawasan yang berdekatan dengannya:

No 14, Lorong Mahkota Impian 2/17, Fasa1, Bandar Puncak Alam, Selangor

Jumpa lagi di entri seterusnya ya!

Entri pertama|| Pemborong KerepekMart Shah Alam | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.