Peguam Hartanah Malaysia

May 15, 2019 by No Comments

Masa pertama kali beli rumah, kebanyakan pembeli rumah tak survey peguam hartanah Malaysia yang akan digunakan.

Kita survey harga rumah je melalui ejen hartanah kan? Perkara selepas itu, biarlah ejen bantu selesaikan.

Rupa-rupanya sebagai pembeli rumah kita ada hak untuk mempunyai peguam hartanah sendiri tau.

Begitu juga dengan penjual rumah. Kita juga perlu ada peguam hartanah Malaysia untuk melindungi hak-hak penjual rumah.

Hari ini di LunaStory tentang Tetuan Shahra, Ezzad dan Izyan yang memfokuskan kepada guaman berkaitan hartanah.

Siapa yang memerlukan khidmat guaman perundangan hartanah ini?

Antaranya ialah:

1. Perjanjian Jual Beli

Samada diantara penjual dan pembeli.

2. Perjanjian Sewa

Sebarang transaksi sewa samada rumah mahupun kedai memerlukan dokumen perjanjian sewa. Perjanjian sewa biasanya disediakan oleh pemilik aset.

3. Perjanjian Pinjaman Perumahan

Bila kita beli rumah melalui pinjaman perumahan dari mana-mana institusi seperti bank memerlukan dokumen perjanjian kan?

Peguam hartanah adalah insan yang menyediakan dokumen bagi pihak bank.

4. Penyelesaian Pinjaman Perumahan dan Pelepasan Gadaian

Bagi rumah yang sudah habis pinjaman dari bank, pembeli boleh mendapatkan penyelesaian pinjaman perumahan.

5. Perjanjian Usahasama

Sekiranya tuan tanah mempunyai untuk dibangunkan oleh pemaju, ianya dipanggil usahasama.

Tetuan Shahra, Ezad dan Izyan menyediakan perjanjian usahasama.

6. Penyempurnaan Pindahmilik

Bagi individu yang mahu melakukan pindahmilik di antara ibubapa dan anak mahupun diantara pasangan suami dan isteri, dokumen penyempurnaan pindahmilik juga boleh dilakukan di Tetuan Shahra, Ezad dan Izyan.

Tips untuk memilih peguam hartanah ialah pilih peguam yang hanya menguruskan kes hartanah.

Dengan 12 tahun pengalaman menguruskan kes hartanah, Tetuan Shahra, Ezzad dan Izyan sangat berpengalaman untuk memberikan perhatian kepada kes kita.

Antara tips lain ialah pilih peguam yang stabil dari segi organisasi dan kewangan.

Kita tak mahu firmanya ditutup semasa kes kita sedang diproses.

Untuk menentukan bagaimana sesebuah firma ini stabil kita boleh berkunjung ke pejabat mereka atau melalui rujukan (referral).

Semoga urusan guaman hartanah Tuan/Puan dimudahkan ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.