Pakaian Muslimah Cetusan Hatie | PeDAS

March 26, 2020 by No Comments

Artikel “Pakaian Muslimah Cetusan Hatie | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Kalau bab pakaian ni, bagi seorang wanita Muslimah kadang-kadang boleh jadi isu yang memeningkan juga kan…

Bukannya apa. Kadang-kadang bila dah pegang baju display dekat gedung beli belah atau butik pakaian, bila pergi dekat fitting room nak cuba, tiba-tiba singkat sangat. Ataupun, nampak ketat dan sendat di bahagian-bahagian tertentu. Labuh meleret pun boleh jadi masalah. Padahal, kita dah sangat berkenan dengan warna dan rekabentuk atau design baju tersebut.

Ataupun…

Zaman sekarang, gaya hidup semakin berubah. Semua benda perlu dilakukan dengan pantas dan efisyen. Tak nak dah buang masa untuk benda-benda yang trivia atau remeh, kalau ada cara untuk pendekkan masa penyediaan misalnya, lebih baik. Contohnya, pakaian ready solat. Tak perlu lagi mengendong beg telekung ke tempat solat sebab pakaian sudah cukup sifat dan syarat untuk terus solat.

Ataupun, baju yang iron-less. Baju yang tidak mudah kedut. Bila dibasuh, boleh pakai terus selepas kering tanpa perlu menyeterikanya.

Bagi ibu menyusu, baju nursing friendly semakin trending sekarang. kalau boleh, nak cari baju yang cantik tapi hassle-free kan?

Jika anda peminat trend fesyen tetapi masih ingin kekal di batas garis panduan pemakaian bagi seorang muslimah, usahawan PeDAS ini adalah salah seorang pemilik butik pakaian untuk muslimah.

Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Pakaian Muslimah Cetusan Hatie-1

Cetusan Hatie adalah jenama atau branding untuk busana Muslimah di bawah syarikat yang diterajui oleh pasangaan suami isteri iaitu Nor Zam Zarina Bt Koyube dan Mohd Syahid Bin Mohd Zaini.

Pakaian Muslimah Cetusan Hatie-2

Konsep untuk busana keluaran Cetusan Hatie adalah pakaian yang patuh syariah, menutup aurat tetapi dalam masa yang sama mengikut trend semasa yang memudahkan cara hidup pemakainya.

Selama 5 tahun berkecimpung di dalam industri busana untuk Muslimah, Cetusan hatie telah mengeluarkan bukan sahaja baju, malah tudung serta baju untuk lelaki Muslim juga setelah mendapat permintaan yang memberansangkan.

Rekaan dan design baju juga mengikut trend yang bukan sahaja pada penampilannya, malah cara ia dibuat untuk memenuhi keperluan semasa seperti mudah untuk terus dibawa bersolat dan berwuduk.


Ingin melihat dengan lebih lanjut design-design yang ada atau mengetahui promosi-promosi semasa? Layari laman-laman ini:

Facebook|Instagram|Cetusan Hatie Homepage|WhatsApp

Ataupun, singgah di butik HQ mereka di sini!

No 53 A-B, JALAN PERDANA 2, PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER, 35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA.

Entri ketiga|| Tips Memilih Pakaian Muslimah| CH:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.