Tea Time di Oldtown White Coffee Cheras

April 10, 2017 by No Comments

Pengalaman minum petang (tea time) di Oldtown White Coffee

Oldtown White Coffee ini berada didalam bangunan AEON Bandar Mahkota Cheras (BMC).
Ianya AEON di kawasan perumahan (konsep neighbourhood).

Oldtown White Coffe

Jadi waktu saya bawa anak-anak ke sini untuk minum petang, meja sebelah ialah jiran setaman.

Kebanyakan orang yang datang ke AEON BMC merupakan penduduk sekitar taman perumahan disini.

Ianya perasaan yang selesa.
Seolah-olah semuanya orang kampung kita haha.

Oldtown White Coffee

Tapi pekerja di Oldtown White Coffee ini bukan orang Malaysia

Buat pesanan di Oldtown White Coffee

Pengurusan memudahkan pelanggan dengan cara kalau nak order, pelanggan isi borang sendiri guna pensel dan borang yang disediakan.

Kemudian tekan button untuk panggil pelayan.

Delegate tugas kepada sistem kan?

Oldtown White Coffee

Menu di Oldtown White Coffee

Bila kesini, biasanya anak anak suka makan Springy Mee Special.
Tempohari makan di outlet KLIA harga semangkuk RM12.90.

Di cawangan Cheras ni hanya RM10.90.
Beza rupanya harga setiap outlet especially di tempat yang sewanya mahal.

Saya selalu makan set muffin orange bersama cold white coffee.
Minuman petang yang simple dan cukup untuk tenaga.

Menunya macam dalam gambar diatas.

Ada video lepas segala-galanya habis dimakan.
Kuah mee pun dihirup Dzakwan!

Penggemar mee, segala-gala jenis mee ada disini.

Saya yang orang Malaysia kena makan nasi ni tengok sahajalah kegembiraan anak-anak.

Ada juga nasi lemak dalam menu tapi untuk minum petang, saya ambil sesuatu yang simple.

Cas 10% diambil untuk cas perkhidmatan.
6% pula untuk GST.

Selamat menikmati hidangan minum petang di Oldtown White Coffee ya kawan kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.