Nak Kurus Vs Sihat. Fakta dan Mitos Yang Mana Lebih Penting?

September 16, 2019 by No Comments

Badan yang kurus atau langsing semestinya menjadi idaman setiap orang sejak dari dahulu sehingga kini. Nak Kurus Vs Sihat yang mana lebih penting? Cik Luna pasti kebanyakan daripada kita berpandangan bahawa kurus adalah bentuk badan yang paling ideal dan apabila kita kurus secara automatik kita akan sihat.

Tetapi adakah kita sedar bahawa adanya perbezaan yang besar antara Kurus vs Sihat?

Kurus atau Sihat Yang Mana Menjadi Keutamaan Kita

Sama ada percaya atau tidak itu adalah kenyataan yang perlu kita sedar dan perlu kita terima. Kurus Vs Sihat ramai yang lebih memilih kurus. Tetapi orang yang memiliki badan yang kurus tetapi tidak semestinya dia sihat dan cergas.

Ada yang kurus tetapi sakit

Ada yang kurus tetapi muka pucat tidak cukup makan

Ada yang kurus tetapi tahap kolestrol dalam darah tinggi

Ada yang kurus tetapi banyak lemak

Ini juga bermaksud bila pilih kurus vs sihat tidak bermakna seseorang itu kebal pada mana-mana penyakit termasuk penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, jantung, kanser dan sebagainya.

Orang yang menjadi kurus vs sihat juga turut berhadapan dengan masalah perubatan, lebih-lebih lagi apabila seseorang yang berbadan gempal tiba-tiba menjadi kurus dalam jangka masa yang singkat.

Terlalu Ingin Kurus Sehingga Menjadi Masalah Anorexia

Punca utama kita kurus tetapi tidak sihat adalah amalan pemakanan yang tidak betul dan tidak menjalankan kehidupan yang aktif. Jadi apa yang lebih penting Kurus Vs Sihat?

Di sini Cik Luna kongsikan Fakta dan Mitos di antara Kurus Vs Sihat yang sering membayangi kehidupan kita yang memilih untuk ‘kurus’.

Mitos Kurus #1: Pilih Kurus Vs Sihat :

“Berlapar dan Skip Waktu Makan Dapat Mengurangkan Pengambilan Kalori dan Boleh Kurus dengan Cepat”

Jika kita tidak makan dan menahan lapar untuk kurus, berkemungkinan kita akan mengalami penurunan berat badan dengan cepat. Namun adakah badan kita akan mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan? Sudah pastinya tidak dan apabila kita memilih kurus vs sihat, badan kita akan terdedah kepada penyakit yang akan memudaratkan kesihatan.

Makan tidak mengikut waktu dan skip waktu makan juga boleh menyebabkan kita makan pada waktu tengah malam kerana sudah tidak boleh menahan kelaparan.

Fakta Sihat : Pilih Sihat – Kurus Vs Sihat

Mengurangkan Saiz Sajian Adalah Lebih Baik Untuk Mengurangkan Kalori Harian

Mengurangkan pengambilan kalori harian dengan mengurangkan saiz sajian adalah lebih baik daripada skip waktu makan. Jika selalunya kita mengambil nasi penuh satu pinggan, bolehlah dikurangkan kepada separuh atau suku pinggan sahaja.

Beberapa Langkah Permulaan Untuk Mengurangkan Saiz Sajian

Bila pilih sihat antara kurus vs sihat, kita perlu amalkan makan mengikut tiga waktu makan yang utama iaitu makan pagi, tengahari dan malam.

Pelbagaikan makanan yang mengandungi kumpulan pemakanan yang utama dengan kuantiti yang sederhana.

Mitos Kurus #2 : Pilih Kurus Vs Sihat

Makan Nasi dan Karbohidrat Menjadikan Kita Gemuk

Sebenarnya tiada satu pun makanan yang menggemukkan kita tetapi ianya bergantung kepada jumlah kalori makanan yang boleh meningkatkan berat badan kita.

Kita berkemugkinan kurus jika tidak mengambil langsung karbohidrat. Kekurangan karbohidrat dalam badan boleh menyebabkan badan kita lemah, lesu, sembelit, mual, dan kekurangan gizi. Itu adalah antara kesan sekiranya kita lebih mementingkan kurus vs sihat.

Fakta Sihat : Pilih Sihat – Kurus Vs Sihat

Pemilihan Jenis dan Kuantiti Karbohidrat yang Betul Membantu Menurunkan Berat Badan

Kita perlu memilih jenis karboidrat yang lebih kompleks dan tinggi serat seperti roti mil penuh, beras perang, tepung tinggi serta dan oat dapat membantu menurunkan berat badan.

Apa yang penting adalah saiz sajian yang kita makan dan kawal kuantiti makanan yang berkarbohidrat adalah lebih menyihatkan.

Antara Pilihan Karbohidrat Yang Sihat

Mitos Kurus #3 : Pilih Kurus Vs Sihat

Makan Snek Antara Waktu Makan Boleh Menggemukkan

Mengambil snek di antara waktu makan pada sesetengah orang akan mengakibatkan kegemukan. Jadi mereka akan elakkan snek walaupun mereka lapar.

Bila tiba waktu makan, ada kemungkinan kita akan mengambil makanan utama dengan lebih banyak. Ini adalah akibatnya bila kita pilih kurus vs sihat. Fokus untuk kurus hanya akan menyebabkan kita salah langkah.

Walau pun begitu Cik Luna nak ingatkan bahawa snek tidak boleh menggantikan makanan yang utama.

Fakta Sihat : Pilih Sihat – Kurus Vs Sihat

Pilih Jenis dan Kuantiti Snek Yang Sihat Antara Waktu Makan Utama Boleh Mengurangkan Berat Badan

Mengambil snek yang sihat di antara waktu makan boleh mengurangkan lapar dan boleh membantu kita tidak makan dengan berlebihan pada waktu makan utama.

Boleh Tukarkan Snek Yang Lebih Sihat

Snek yang sihat adalah makanan yang kurang lemak, tinggi serat serta mengandungi vitamin dan mineral dan disediakan dalam size yang mudah untuk di makan.

Bila kita tidak memilih kurus vs sihat, kita akan lebih prihatin dalam memilih snek. Contoh snek yang sihat adalah seperti buah-buahan, salad, kekacang dan sebagainya.

Sila pastikan 1 hidangan sahaja untuk setiap kali snek dan snek diambil hanya pada waktu lapar sahaja. Jika tidak lapar, snek boleh dielakkan.

Mitos Kurus #4 : Pilih Kurus Vs Sihat

Jika Nak Kurus Kena Bersenam Dengan Keterlaluan

Cik Luna pasti sekiranya kira bersenam dengan keterlaluan kerana terlalu obses nak kurus, kita tak akan dapat mengekalkannya dalam jangka waktu yang lama. Akhirnya kita akan penat dan berhenti melakukannya. Itulah akibatnya bila kita fokus untuk kurus vs sihat.

Fakta Sihat : Pilih Sihat – Kurus Vs Sihat

Jadi Aktif Sepanjang Masa, Bersenam dan Melakukan Latihan Berintensiti Sekiranya Mampu

Cik Luna harap kita dapat mulakan dengan kehidupan yang lebih aktif sekiranya ingin sihat dan bukannya fokus hanya kepada kurus vs sihat.

Kita mulakan dengan menukar dan menambah aktiviti harian kita seperti;

  • Rajin dan kerap melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mop lantai dan membersihkan perabot rumah serta dapur
  • Kita pilih untuk menaiki tangga, jika sebelum ini kita menaiki lift atau eskalator.
  • Pilih untuk berjalan kaki ke kedai, ke masjid atau ke tempat-tempat berdekatan tanpa menaiki kenderaan
  • Aktif berkebun di halaman rumah seperti menanam sayur sayuran dan menyiram pokok bunga

Aktiviti Berintensiti Sederhana

Bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti yang berintensiti sederhana, bolehlah melakukan aktiviti seperti berjalan laju, bermain badminton atau melakukan aktiviti sukan lain yang digemari. Apabila tahap kecergasan meningkat bolehlah menambah masa melakukan aktiviti tersebut dan melakukannya dengan lebih kerap.

Selain itu, latihan bebanan atau fleksibiliti seperti senaman regangan, tai-chi atau yoga juga boleh di lakukan sekiranya mampu.

Program Fitness atau Workout Berkumpulan

Sekiranya kita sejenis yang perlukan tunjuk ajar dan sokongan berkumpulan untuk melakukan aktiviti kecergasan, Cik Luna sarankan carilah program dan coach yang sesuai dan diiktiraf agar program yang diikuti berkesan dan selamat.

Ini amat penting untuk memastikan program tersebut dapat membantu kita menaikkan taraf kecergasan untuk kehidupan yang lebih sihat dan membuka mata kita bahawa pilih kurus vs sihat tidak semestinya akan menjadikan kita sihat.

Antara Program yang Cik Luna sarankan adalah Program Booster Fitness Yang Dikendalikan oleh Coach Hadi, coach yang bertauliah dan berpengalaman dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang produk.

Program Booster Fitness

Program Booster Fitness ini adalah konsep membership selama tiga (3) bulan ataupun 12 minggu yang bakal mengubah gaya hidup ke arah lebih kurus secara sihat.

Program Booster Fitness – Beyond Weight Loss

Aktiviti Booster Fitness

  • Sesi senaman High Intensity Interval Training (HIIT) 2 kali seminggu
  • Sesi Outdoor seperti Hiking, Workout dan Fun Run
  • 24 jam Online Support Group – Coach akan memantau pemakanan dan memerikan tips dan senaman untuk dilakukan di rumah
  • Setiap peserta akan mendapat Booster Sublimation Jersey yang sangat selesa bernilai lebih RM60
  • Sesi fitness talk yang akan memberikan tips dan cara yang betul dalam aktiviti kecergasan serta menaikkan motivasi peserta
  • Pelan Pemakanan Booster 7 Hari yang bernilai lebih RM58

Nilai Tambah Kepada Peserta Booster

Peserta Booster akan mendapat pelbagai voucher daripada Strategic Partner Booster seperti yang berikut;

  • Sport Massage daripada PRO MMR
  • Scarft Sweethoney
  • Fudosta
  • Alammispa

Lokasi Program Booster

  • Bandar Baru Bangi
  • Shah Alam
  • Puchong
  • Ampang

Tarikh Program

Bermula Julai 2019 – seterusnya

Waktu Program

09.00 – 10.00 malam

Cara Mendaftar Program Booster

Boleh hubungi Coach hadi 0193225261 atau

Facebook Program Booster Coach Hadi

atau

Facebook Coach Hadi

Cik Luna mengharapkan agar kita semua jangan pilih kurus vs sihat dan terlalu obses nak kuruskan badan kerana ianya akan menyebabkan badan kita kekurangan nutrisi yang mencukupi dan mudah untuk kita menghidapi penyakit.

Pilih makanan yang berkuali dan kawal kuantiti makanan serta menjalani kehidupan yang lebih aktif dan mengikuti program workout dengan coach yang bertauliah.

Semoga dengan perkongsian ini kita semua memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bukanlah kurus semata-mata.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.