Klinik Gigi Terbaik Klang – Verde Amani Dental Clinic

October 20, 2021 by No Comments

Semenjak dapat greenlight untuk bergerak lebih bebas di Malaysia ni, rakyat Malaysia dah mula boleh buat pelan untuk pergi lebih jauh dari kebiasaan semenjak bermulanya era norma baharu ini. Bagi yang mencari klinik gigi untuk selesaikan urusan tertunda berkaitan gigi, bolehlah mencari Klinik Verde Amani, klinik gigi terbaik Klang!

Bagi yang ada masalah gigi seperti lubang kecil pun, lebih baik berjumpa dengan doktor gigi segera. Lagi – lagilah yang kalau lubang tu dekat sebelah tepi gigi. Lubang yang kecil kalau dibiarkan melarat, nanti makin besar. Kalau mula dah rasa sakit tu tandanya mungkin lubang dah dedahkan sehingga ke akar.

Jenuh proses nak rawatn gigi berlubang tepi, tetapi lebih baik rawat segera sebelum melarat, kan?

Klinik gigi yang menerangkan proses rawatan tampalan gigi berlubang sebelah tepi ini adalah antara klinik gigi terbaik di Klang. Jarang Cik Lis jumpa konten tentang rawatan pergigian yang mudah untuk difahami dan mesra pembaca.

Kenapa klinik gigi di ini antara yang terbaik di Klang? Teruskan membaca artikel ini ya. Hanya 7 minit sahaja diperlukan untuk anda hadamkan sebab klinik pergigian ini harganya berbaloi. Siapa yang ada sakit gigi, sakit gusi dan berada di sekitar Klang, Selangor pun jom baca disini terlebih dahulu.

Klinik Pergigian Verde Amani: Klinik Gigi Terbaik Klang

klinik gigi terbaik klang 1
Gambar dari kiri – klinik utama cawangan Raja Nong, Klang; kanan – klinik cawangan Bandar Botanik, Klang.

Dulu, Klinik Pergigian Verde Amani dikenali dengan nama lain, iaitu Klinik Pergigian Nazurah.

Klinik pertama yang dibuka adalah di di Jalan Raja Nong, Klang. Sehingga hari ini, klinik ini telah beroperasi selama lima (5) tahun.

Kisah Pembukaan Klinik Pergigian Verde Amani

Pemilik Klinik Pergigian Verde Amani kini adalah Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Rubi dan Dr. Verde Wigid Putra.

Pemilik suami dan isteri klinik pergigian ini pada awalnya tidak pernah merancang untuk membuka klinik swasta. Namun, selepas diberi peluang oleh pemilik Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ), mereka mengambil alih perniagaan ini pada tahun 2016. Dr. Rubi dan Dr. Putra kemudiannya mula belajar cara menguruskan perniagaan ini.

klinik gigi terbaik klang - pemilik VADC
Pasangan suami isteri yang masing-masing merupakan doktor berpengalaman dan menguruskan klinik pergigian.

Penjenamaan Semula Klinik

Dahulu KPNZ hanya di tingkat satu. Namun, selepas 5 tahun KPNZ berkembang, klinik ini menjadi 2 tingkat. Pada September 2020, nama KPNZ di beri penjenamaan semula menjadi Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC).

Kedua – dua klinik utama dan cawangan VADC menyediakan ruang menunggu yang selesa dan tenang dengan alunan Zikir yang menyambut kedatangan pelanggan. Bilik rawatan juga mencukupi untuk menampung permintaan semasa. Terdapat juga ruang mainan untuk kanak-kanak serta kemudahan lain seperti kerusi roda, jika memerlukan.

Pada Julai 2021, VADC membuka dua cawangan baru di Bandar Botanik dibawah nama Klinik Pergigian Mesra Botanik. Manakala cawangan Shah Alam dijangka akan dibuka sebelum tahun 2021 berakhir.

Seramai 17 orang staff Klinik Pergigian Verde Amani yang membantu dalam operasi klinik ini. Mereka terdiri daripada barisan doktor gigi dan pembantu doktor gigi yang sangat professional serta beberapa operasi lain seperti customer servis.

Selain bilik rawatan, Klinik Pergigian Verde Amani juga dilengkapi dengan fasiliti bilik x-ray bagi membantu rawatan dan konsultansi yang lebih efektif.

Nah, Cik Lis juga belanja gambar previu klinik VADC Shah Alam yang bakal dibuka sebelum penghujung tahun 2021 ini:

klinik gigi terbaik klang - previu shah alam
Ruang menunggu yang tak macam klinik. Sebelum pergi sini nanti bolehlah kalau plan nak pakai baju cantik nak berOOTD ke~

Servis dan Rawatan di Klinik Gigi di Klang Ini Murah?

Sebelum Cik Lis senaraikan sebab kenapa rawatan di klinik gigi klang ini terbaik dan murah, mari kita lihat dulu senarai harga rawatan di VADC yang terkini (2021).

Anggaran Harga Rawatan Di Klinik VADC

Berikut merupakan antara anggaran harga rawatan di klinik VADC (sehingga Ogos 2021)

Dental X-RayRM99 – RM250
Dental Check & ConsultationRM25 – RM49
Scaling and PolishingRM 99 – RM199
Fillings (Rawatan tampalan gigi)RM99 – RM149
Extraction (Cabutan gigi)RM99 – RM249
Preventive (Sealant/Flouridetray)RM60
Airflow/EMSRM99
Minor Oral Surgery – Membuang gigi geraham (i.e. wisdom tooth)RM399 – RM799
Orthodontics (Braces/Pendakap gigi)RM6999 – RM7999
Routine checkup (Outpatient braces)RM200
Debond bracesRM299
Teeth whitening (Pemutihan gigi)RM200 – RM699
Implant (Tanam gigi)RM5999
Dentures (Gigi palsu)RM100 – RM1398
Cosmetic veneer (Veneer gigi)RM199 – RM799
Dental Crown (Sarung gigi)RM699
Maryland bridgeRM799
RCT (Rawatan akar gigi)RM999 – RM1999
RetainerRM249 – RM499
Electrocutter (Potong gusi)RM99 – RM199

Nilai utama yang menjadikan klinik gigi ini antara yang terbaik di Klang adalah kerana layanan yang diberikan adalah yang terbaik!

Kenapa Rawatan di Klinik Gigi Terbaik Klang Ini Murah dan Berbaloi?

#1 Pakej braces yang berbaloi

#2

Tawaran rawatan PERCUMA untuk pemeriksaan selepas menerima rawatan

#3

Jaminan perawatan gigi selama SEBULAN. (Ingat barang elektrik je ke ada warranty? Hehe).

#4

Program referral VADC yang menarik di mana peserta yang terpilih mendapat tawaran POTONGAN HARGA sebanyak RM10!

#5

Klinik gigi terbaik Klang ini juga menawarkan penolakan dan rebat rawatan yang berbaloi!

#6

Terma pembayaran yang fleksibel!

@verdeamani

Klinik kami ada menyediakan pelbagai cara pembayaran ##trend ##dental ##vadc ##jomjagagigi ##whatimeanwhenisay ##fyp ##klinikpergigian ##klang ##shahalam

♬ original sound – n.muif
Bukan puan ni seorang saja tau memperakui servis doktor – doktor dan staff VADC ya.

Apa kata bekas pesakit lain Klinik Pergigian Verde Amani ya?

Servis yang tip top dan harga berpatutan
Harga student mampu milik menjadikan ramai mengiktiraf VADC antara klinik gigi terbaik di Klang!

Lokasi dan Alamat VADC

Cawangan Jalan Raja Nong, Klang (HQ)

No.25 (Ground Floor, Jalan Raja Nong, 1/KS2, 41000 Klang, Selangor

Cawangan Bandar Botanik

41, Jln Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Cawangan Shah Alam (coming soon)

EMIRA RESIDENCE & URBAN RETAIL, R-01-16, JALAN AKUATIK A13/64A SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN

Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, anda boleh hubungi kami untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.

Follow VADC di media sosial disini:

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan dan artikel terbaru LunaStory disini!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.