Khasiat Minum Madu Setiap Hari |Lulu Tree PeDAS

March 4, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Khasiat Minum Madu Setiap Hari |LuluTree PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.

Artikel yang anda akan baca disini adalah entri kedua daripada tiga entri untuk usahawan PeDAS Lulu Tree. Anda boleh membaca profil usahawan ini di entri pertama di bawah:

Entri pertama|| Lulu Tree Madu Kelulut Asli |Usahawan PeDAS


Orang kata, madu asli elok diminum setiap hari. Manfaatnya bukan sahaja pada kesihatan dalaman, malah juga pada kecantikan luaran!

Madu adalah cecair manis yang terdapat dalam sarang lebah atau bunga. Apa yang ada di dalam madu ya yang membuatkan ramai percaya akan khasiat minum madu asli?

Ada Apa Dengan Madu?

Secara nutrisi, 1 sudu madu (21g) mengandungi:

  • 64 kalori dan
  • 17 g gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa.

Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein. Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian. Ia turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan. (sumber: hellodoktor.com)

*Glukosa umumnya adalah sumber tenaga. Fruktosa pula dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang. Madu lebah kelulut dikatakan mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa.

Khasiat Minum Madu Setiap Hari

Sejak zaman dahulu lagi, madu digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian apabila saintis menemui bekas madu di dalam piramid di Mesir yang berusia 9000 tahun!

Fakta yang lebih menarik perhatian di dalam artikel yang sama adalah madu daripada bekas madu yang dijumpai oleh saintis tersebut yang berusia 3000 tahun dahulu masih selamat untuk dimakan!

Di dalam sebuah artikel terbitan National Geographic yang sama, saintis dikatakan telah menemui kaum Tamadun Mesir purba menggunakan madu bukan sahaja sebagai pemanis (sweetener), malah madu digunakan dalam ritual keagamaan (offering) dan salah satu agen untuk mengawet mumia.

(sumber: HONEY IN THE PYRAMIDS – nationalgeographic.com.au)

Khasiat Minum Madu-1

Orang dahulu kala hanya akan buat “offering” tersebut dengan barangan yang mempunyai nilai yang tak terhingga dan kualiti yang terbaik demi memastikan kesejahteraan mereka mengikut kepercayaan mereka, bukan?

Apapun, Cik Lis kongsikan link khasiat minum madu setiap hari disini.

Madu Tawar Pelbagai Manfaat Kesihatan|Khasiat madu terbukti menerusi kajian saintifik

Harus diingatkan juga bukan semua orang boleh mengambil madu kerana setiap orang mempunyai tindak balas yang berbeza dan ada diantara kita mungkin akan mengalami keradangan alahan yang serius.

Dan yang paling penting, bayi berusia 1 tahun ke bawah tidak boleh mengambil madu sama sekali.


Dah baca tentang khasiat madu ini, nak cuba tak madu kelulut asli keluaran usahawan PeDAS Lulu Tree? Ada yang dalam bentuk untuk diminum, dan ada dalam bentuk kosmetik syampu.

Kalau nak cuba, dan berminat untuk meneroka dengan lebih dalam lagi akannya, cuba jenguk mereka di link di bawah ini. Manalah tau ada promosi-promosi yang berbaloi kan? (。•̀ᴗ-)✧

Facebook | Instagram | LuluTree Homepage | WhatsApp

Cik Lis akan sambung cerita tentang tips madu kelulut di entri berikutnya ya. Cik Lis tunggu anda di sana tau (◕‿◕✿)

Entri ketiga|| Cara Makan Madu Kelulut |LuluTree PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.