Kelas Robotik Melati Terbaik Edu Robot Stem

August 2, 2019 by No Comments

“Cuti sekolah dah nak dekat. Kat mana saya boleh belajar Kelas Robotik Melati ya?” Berikut adalah antara pertanyaan kami ibubapa di kawasan sekitar Setapak dan Melati. Siapa yang tak mahu anaknya berjaya kan? Itulah impian setiap ibubapa pastinya.

Apakah yang Ditawarkan oleh Kelas Robotik Melati – Edu Robot Stem?

Sejak tahun 2013, Edu Robot Stem sangat bersemangat untuk menerajui inovasi pendidikan anak-anak masakini. Anak-anak akan belajar melalui Science Technology Robotic Engineering Art dan Math iaitu STREAM. Dahulu ianya dikenali sebagai STEM.

Edu Robot Stem mempunyai tiga jenis peringkat berbeza untuk sesi pembelajaran iaitu kindergarten (peringkat tadika), primary school (sekolah rendah) dan juga secondary school iaitu sekolah menengah.
Selain daripada itu, kelas robotik Melati iaitu Edu Robot Stem juga menawarkan kelas untuk seni art dan matematik.

Kenapa Anak-Anak kena Belajar di Edu Robot Stem?

Bermula Dari Kecil

Edu Robot Stem percaya apabila anak-anak didedahkan dengan teknologi sejak dari kecil, mereka akan lebih berani dan berdaya saing. Anak seawal lima tahun sudah mampu membina dan menyiapkan model robot beliau. Hebat bukan.

Kelas Robotik Melati
Edu Robot Stem di Tadika Salsabiila untuk program robotik.

Bina Keyakinan Anak

Anak-anak kita mempunyai minat dan kemahiran yang berbeza. Bagi anak-anak yang minat dengan sesuatu yang memerlukan fokus yang lama, kelas robotik Melati adalah antara pilihan ibubapa. Mereka pasti gembira dan bertambah yakin apabila robot mereka siap dipasang!

Fokus Pendidikan Masakini

Visi pendidikan masakini yang menitikberatkan STREAM memerlukan anak-anak kita untuk meningkatkan skil mereka dalam lima bidang ini. Peluang pekerjaan juga terbuka luas untuk individu yang mahir dalam bidang teknologi ini. Nah, memang banyak keperluan untuk mendaftar di Kelas Robotik Melati Edu Robot Stem ini!

Siapa Yang Patut Menyertai Kelas Robotik

Pelajar Prasekolah

Anak-anak seawal usia lima tahun. Lagi muda lagi bagus.

Pelajar Sekolah Rendah

Pelajar boleh menyertai kelas robotik samada di sekolah melalui kelab ataupun hadir ke pusat kami di kelas robotik Melati Edu Robot Stem.

Robotic Club Sek. Ren Setiabudi, Gombak

Pelajar Sekolah Menengah

Sama seperti pelajar sekolah rendah dimana pelajar boleh menyertai kelas robotik Kuala Lumpur di sekolah mereka ataupun hadir ke pusat kami di Taman Melati.

Bila Kelas Robotik Melati Diadakan?

Kelas robotik diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula Ogos 2019. Setiap kelas boleh memuatkan 15 orang sahaja bagi memberi keselesaan kepada anak-anak yang sedang belajar membina robot.

Bagaimana untuk Menyertai Kelas Robotik Melati?

Ibubapa yang mahu menjadikan kelas robotik sebagai alat bantu mengajar untuk anak-anak memahami silibus STREAM dengan lebih berkesan boleh menghubungi Edu Robot Stem disini:

Kelas Robotik Melati

No-42-7 Jln Melati Utama 4, OFF MRR2Kuala Lumpur, Malaysia
Get Directions

https://g.co/kgs/TgkYCb

03-4162 7983

m.me/edu.robot.stem

Call 013-206 1184 atau klik sahaja Kelas Robotik Melati

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.