Journey Sebagai Seorang Usahawan

April 1, 2022 by No Comments

Di mana titik bermulanya perjalanan ( journey) sebagai seorang usahawan? Cuba anda bayangkan perjalanan ini menggunakan analogi perjalanan seorang pemandu kenderaan. Bayangkan analoginya seperti rajah di bawah:

Journey Sebagai Seorang Usahawan

Ceritanya bermula dengan pemandu kenderaan (usahawan) beli kenderaan baharu (entiti perniagaan). Setelah mendaftar kenderaan baharu tersebut di JPJ (SSM), beliau bercadang untuk ke sambutan hari jadi (kejayaan) kawan baiknya (prospek) dengan membawa hadiah hari jadi (barang niaga).

Sebelum bertolak ke majlis tersebut, pemandu kenderaan (usahawan) itu mengisi petrol (modal) agar semasa dalam perjalanannya, dia tidak perlu berhenti disebabkan tiada petrol (modal). Akhirnya, pemandu tersebut berjaya sampai ke destinasi, iaitu tempat majlis hari jadi (kejayaan).    

Journey Sebagai Seorang Usahawan (Part 2)

Lesen memandu (lesen berniaga) dan cukai jalan (papan tanda) adalah untuk pematuhan undang-undang jalan raya (Akta Syarikat 1965). Begitu juga journey sebagai seorang usahawan. Bermula dengan mendaftar perniagaan di SSM (JPJ), usahawan itu akan mempromosikan barang niaganya (hadiah) kepada prospek sehingga perniagaannya mencapai hasil yang diinginkan (kejayaan).

Namun, realiti seorang usahawan lebih kompleks berbanding seorang pemandu kenderaan. Oleh itu, Cik Min akan terangkan berdasarkan dua fasa seperti di bawah:

1. Fasa 1- sebelum berniaga

2. Fasa 2- mula berniaga

Fasa 1 | Journey Sebagai Seorang Usahawan

Dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mula berniaga ialah sijil pendaftaran. Persoalannya, dari mana sumber duit (RM) yang akan digunakan untuk membayar yuran sijil pendaftaran? Kebiasaannya, sumber tersebut datang daripada duit pemilik. Hal ini kerana perniagaan tersebut masih belum mempunyai duit kerana belum mula berniaga.

Tindakan/Dokumen/Rekod

1. Rekodkan duit pemilik yang digunakan untuk tujuan perniagaan di dalam buku atau Excel (Tindakan & Rekod)

2. Failkan sijil pendaftaran (Dokumen Sokongan)   

Fasa 2(A) – Mula Berniaga | Journey Sebagai Seorang Usahawan

Bermulalah journey sebagai seorang usahawan. Dengan adanya Sijil Pendaftaran Perniagaan, usahawan sudah boleh mula berniaga secara sah. Usahawan akan mengeluarkan invois (Dokumen Sokongan) kepada pembeli. Setelah pembeli membuat bayaran, penjual akan menghantar barang yang dipesan kepada pembeli.

(Andaian: Belian secara tunai)

Fasa 2(B)- Mula Berniaga (Buat Bayaran)

Journey Sebagai Seorang Usahawan

Setelah jualan dibuat, perniagaan itu akan mempunyai duit masuk. Journey sebagai seorang usahawan diteruskan lagi dengan tindakan seterusnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh usahawan dengan duit masuk tersebut?

a. Bayar hutang pembekal?

b. Bayar hutang pemilik?

c. Beli barang niaga?

d. Jadikan deposit untuk buka akaun bank syarikat/enterprise?

e. Simpan?

Yang mana satu tindakan yang perlu diambil dahulu oleh usahawan?

Jawapannya: Kesemua tindakan dan keputusan di atas boleh diambil oleh usahawan. Tiada jawapan betul atau jawapan salah. Namun, usahawan dinasihatkan untuk memulakan dengan mengambil tindakan (d), iaitu membuka akaun syarikat/enterprise. Setelah akaun syarikat/enterprise dibuka, pemilik boleh memulakan proses membayar yang lain.

Apakah Dokumen Sokongan yang Diperlukan untuk Proses Pembayaran?

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi proses pembayaran ialah Bank-in-Slip. Sebelum pemilik membuat pembayaran, pemilik dinasihatkan supaya menyenaraikan barang jualan, perbelanjaan operasi, hutang syarikat dan belanja lain. Bagi memulakan proses pembayaran, dokumen yang perlu ada ialah:

a. Baucar Bayaran

b. Dokumen Sokongan – Invois pembekal dan resit Daftar Perniagaan.

c. Cek/Internet Banking

Pemilik boleh memulakan dengan membayar kepada pembekal dan yuran pendaftaran perniagaan yang telah didahulukan bayarannya oleh pemilik. Duit jualan yang didepositkan ke dalam bank dan pembayaran dari bank syarikat/enterprise perlulah direkod dalam buku yang dinamakan ‘buku tunai’. Pemilik boleh dapat banyak maklumat daripada buku tunai ini iaitu:-

a. Jumlah duit masuk/duit jualan secara bulanan

b. Jumlah duit keluar secara bulanan

c. Baki duit setiap hari/minggu/bulan

d. Jenis perbelanjaan yang dibelanjakan atau jumlah yang dibelanjakan bagi setiap kategori perbelanjaan

Berdasarkan maklumat yang ada dalam buku tunai di atas, pemilik disarankan untuk sekurang-kurangnya tahu atau faham cara merekod duit masuk dan keluar dalam buku tunai. Anda sebagai pemilik mesti ada ilmu buku tunai agar setiap keputusan yang dibuat adalah berasas iaitu ANGKA. Anda juga perlu tahu kedudukan kewangan syarikat atau perniagaan anda pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Ikuti perkongsian video di bawah oleh Puan Rozita daripada AR Success untuk mengetahui maklumat penting yang perlu diambil tahu oleh semua usahawan.

Semoga perkongsian journey sebagai seorang usahawan ini dapat memberi manfaat dan membantu perniagaan anda.

Maklumat Lanjut

Perlukan bimbingan lanjut mengenai pengurusan kewangan syarikat? AR Success merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menguruskan akaun kewangan syarikat usahawan atau peniaga. Hubungi 019-626 3206 (Puan Rozita) untuk penjelasan yang lebih lanjut.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.