Dokumen Sokongan Perakaunan Berterabur? Apa Usahawan Perlu Buat?

April 28, 2022 by No Comments

Sebelum ini, Cik Min pernah kongsikan tentang 19 perkara perakaunan yang usahawan perlu tahu. Jadi, hari ini Cik Min ingin mengupas salah satu topik dalam 19 perkara tersebut yang sering ditanya oleh para usahawan ketika menguruskan perakaunan perniagaan mereka, iaitu masalah dokumen sokongan perakaunan berterabur atau hilang. Topik kali ini merupakan perkongsian daripada Puan Rozita, iaitu seorang akauntan yang mengusahakan syarikat AR Success.

Dokumen Sokongan Perakaunan Berterabur Perlu Disusun dengan Baik

Dokumen Sokongan Perakaunan Berterabur

Dokumen sokongan perakaunan bukan sahaja penting sebagai bukti bahawa bayaran telah dibuat kepada pihak yang betul, tetapi ianya juga penting untuk kita mengetahui tujuan bayaran itu dibuat. Walaupun sedar akan kepentingan dokumen sokongan ini dalam sesebuah perniagaan, situasi dokumen sokongan perakaunan berterabur dan hilang masih kerap berlaku dalam kalangan usahawan.

Contoh dokumen sokongan perakaunan ialah invois, resit, bil, laporan dari Sistem POS, Penyata Bank, dan perjanjian. Selain daripada resit dan bil, dokumen sokongan yang lain lebih mudah untuk diurus kerana saiznya tidaklah sekecil resit dan bil. Sebagai pemilik perniagaan, pemilik seharusnya mengurus resit dan bil ini agar tiada dokumen sokongan perakaunan yang berterabur atau hilang.

Bagaimana Jika Tiada Dokumen Langsung?

Sebagai akauntan, Puan Rozita kerap berdepan dengan soalan dan situasi begini. Bagaimanakah beliau dapat membantu usahawan sebegini? Kalau kita bercakap tentang accounting sahaja, sudah pastinya perlu ada dokumen sokongan. Namun, apa yang akan jadi jika tiada dokumen sokongan?

Tanpa dokumen sokongan, usahawan tidak boleh membuat Akaun Pengurusan. Tanpa Akaun Pengurusan, maka usahawan itu tidak boleh membuat Audit (bagi Sdn Bhd) atau hantar cukai (bagi Enterprise).

Jadi bagaimana usahawan di atas nak beli kereta? Atau nak memohon pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan dan sebagainya? Bagaimana mereka ingin kembangkan bisnes mereka? Bagaimana jika mereka disaman oleh LHDN?

Alamak! Banyak juga masalah yang jadi kalau tiada dokumen sokongan. Dengan sebab di ataslah akauntan cuba mencari solusi untuk situasi usahawan tersebut. Kalau bukan akauntan yang membantu mereka, siapa lagi yang boleh membantu mereka, betul tak?

Jadi, dokumen yang perlu disekalikan dengan dokumen sokongan di atas ialah baucar. Terdapat tiga (3) jenis baucar, iaitu Baucar Bayaran, Baucar Tunai, dan Baucar Pettycash.

Apa Itu Baucar? | Dokumen Sokongan Perakaunan Berterabur

Baucar ialah satu dokumen yang digunakan untuk memberi maklumat tentang bayaran yang hendak dibuat. Sebagai contoh, anda ingin membayar sewa pejabat. Maka, baucar (Contoh: Baucar Bayaran) digunakan untuk memaklumkan bayaran sewa tersebut. Jom tonton video di bawah untuk mengetahui tentang rebate atau potongan.

Apa Fungsi Baucar?

1. Memberi maklumat terperinci bayaran yang hendak dibayar seperti di bawah :-

  • Nama pihak yang nak dibayar
  • Alamat pihak yang nak dibayar
  • Perincian perkara yang hendak dibayar (Contoh: No. invois)
  • Jumlah perkara yang hendak dibayar

2. Baucar ini juga boleh digunakan sebagai bukti bahawa sesuatu bayaran tersebut telah dibuat.

Perbezaan Bagi Setiap Baucar

1. Baucar Bayaran – Baucar yang digunakan untuk membuat bayaran menggunakan duit dari bank Perniagaan atau Syarikat

2. Baucar Tunai – Baucar yang digunakan untuk membuat bayaran menggunakan duit jualan tunai

3. Baucar Pettycash – Baucar yang digunakan untuk membuat bayaran menggunakan duit pettycash (Panjar Runcit)

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min mengenai cara mengatasi masalah dokumen sokongan perakaunan berterabur. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu usahawan di luar sana yang sering menghadapi masalah ini.

Maklumat Lanjut

Perlukan bimbingan lanjut mengenai pengurusan kewangan syarikat? AR Success merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menguruskan akaun kewangan syarikat usahawan atau peniaga. Hubungi 019-626 3206 (Puan Rozita) untuk penjelasan yang lebih lanjut.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk artikel lain, boleh klik LunaStory.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.