Bagaimana Nak Buat Website dengan Mudah

December 8, 2019 by No Comments

Bagaimana nak buat website sentiasa menjadi kerisauan usahawan dan penulis. Maklumlah harga website bukannya murah kadangkala mencecah ribuan ringgit terutama bila ada banyak fungsi tambahan. Niat di hati nak mulakan dahulu dengan website berbentuk blog. Orang lain semua ada website untuk tahun 2020 ni, kita masih ketinggalan di belakang nampaknya.

Bagaimana Nak Buat Website untuk Usahawan
Bergelar usahawan pasti tak mudah tapi sentiasa ada jalan

Apa Itu Website?

Website atau dalam Bahasa Malaysia laman web ialah sebuah portal yang mempunyai domain (nama) seperti www.facebook.com atau www.shopee.com dan juga www.surayaali.com

Website turut boleh diakses melalui pelayar Internet seperti Internet Explorer dan juga Chrome. Biasanya sesebuah website mengandungi info dan maklumat perniagaan dan produk mahupun servis kita.

Website yang Aktif

Website yang aktif ialah laman web yang memiliki konten yang tidak lupus dek zaman (evergreen), mempunyai update setiap minggu dan juga dapat memberikan penyelesaian kepada masalah prospek tertentu dari golongan sasaran mereka.

Bagaimana Nak Buat Website
Website atau laman web bagaikan gedung ilmu untuk usahawan dan penulis. Sumber gambar – Pixabay

Kenapa Nak Belajar Bagaimana Nak Buat Website?

Ramai orang suka buat sendiri dengan tangan sendiri. Lebih memberi makna katanya. Bukan tak boleh bayar orang namun kalau ada kelas bagaimana nak buat website sendiri, lebih baik pergi belajar kan?

Bila kita belajar nak buat website sendiri ni, lain kali kalau ada apa-apa kita boleh buat editing sendiri. Tak perlu bergantung dengan web developer. Buat website pun makin senang sekarang (dengan ilmu yang dipelajari). Ameen.

Risau Tak Siap-siap Website

Dalam kelas bersama Youmeden dan Lunaworks, website kita memang akan siap pada hari pertama. Pada hari kedua kita akan belajar menulis tulisan yang SEO-Friendly supaya bila prospek Google sahaja NAH KITALAH DI LAMAN YANG PERTAMA. Syok kan?

Siapa yang tak mahu website dia berada di laman page Google yang pertama? Semua mahu!

Siapa Yang Ajar Kelas Bagaimana Nak Buat Website?

Kelas WAVE (WordPress Automization, Video dan SEO) akan membawakan kepada Tuan Puan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini.

Youmeden merupakan seorang konsultan untuk pembangunan jenama usahawan di Internet mengikut kemahuan pelanggan. Suraya Ali pula seorang contentwriter dan penulis blog yang mempunyai beberapa laman web yang kini berada di Google page pertama.

Ilmu mahal ini akan membawa perniagaan kita ke tahap yang seterusnya pada tahun 2020.

Gandingan Tenaga Pengajar WAVE 2020 – Youmeden dan Suraya Ali

Bila Nak Daftar Kelas Bagaimana Nak Buat Website?

Sebelum mendaftar kelas buat website ini, Tuan Puan dijemput menyertai Grup Telegram Lunaworks yang berkongsi tentang dunia Online Marketing. Klik sahaja pada link di atas.

Cara Mudah Bagaimana Nak Buat Website

Tiga langkah mudah bagaimana nak buat website ialah:

Langkah Pertama:
Beli Domain dan Hosting

Domain dan hosting boleh didapatkan di mana-mana penyedia servis. Bayarannya bergantung kepada saiz dan nama kita. Biasanya website dengan extension .com lebih murah berbanding .my dan .com.my

Hosting yang lebih murah adalah jenis shared hosting. Dedicated hosting lebih mahal namun lebih spesifik untuk kegunaan bisnes kita dengan bandwidth yang kita perlukan.

Lebih besar bandwidth bermakna lebih ramai pelayar boleh akses ke laman web kita dalam satu masa.

Langkah Kedua :
Connectkan Domain dengan Hosting

Lebih mudah sekiranya kita beli domain dan hosting dari tempat yang sama berbanding tempat asing-asing. Bagi individu yang teknikal dan rajin explore, tak apa beli dari penyedia asing-asing namun kalau nak mudah, beli satu tempat sahaja ya.

Langkah Ketiga : Install WordPress


Hampir 30% penduduk Internet menggunakan WordPress sebagai platform laman web mereka. Selain daripada itu, web developer akan membina website dari coding yang perlu bermula dari kosong (scratch).

Ada juga penyedia platform seperti Wix, Blogspot dan macam-macam lagi namun penulis mencadangkan WordPress yang akan digunakan di dalam kelas belajar SEO nanti.

Untuk mendaftar kelas bagaimana nak buat Website, Video dan SEO (WAVE 2020) hanya klik pada link ini.
Info kelas belajar SEO boleh dibaca disini.

Info kelas belajar SEO untuk laman web kita disini ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.