Mee Rebus Sambal Pecal | Lahza:PeDAS
Artikel “Mee Rebus Sambal Pecal | Lahza:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Semasa artikel ini sedang tulis, rakyat Malaysia di tanah air sedang menjalani fasa kedua Perintah Kawalan Gerakan (PKP) yang melibatkan kawalan pandemik Covid-19. Andai kata anda membacanya selepas negara bebas daripada perintah atau penyakit ini, ataupun tidak pernah menghadapi senario ini, Cik Lis selitkan sedikit yang ramai antara kita menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh ini dan menyesuaikan kehidupan seharian seperti bekerja, bersenam dan sebagainya di sini sahaja.
Minggu-minggu pertama untuk menyesuaikan gaya hidup sebegini mungkin agak sukar. Kalau yang sejenis suka cari makan di luar, kenalah sama ada order pesanan delivery ataupun masak sendiri di rumah.
Bagi yang dah sampai seru nak masak sendiri, ataupun mencari idea nak makan apa hari ini, ataupun teringin nak makan mee yang ada rasa kuah macam kacang-kacang sikit, jom ikuti resepi mee rebus dengan sambal pecal yang mudah!
Mee Rebus Sambal Pecal
Resepi ini adalah daripada usahawan PeDAS kita yang mengeluarkan produk sambal pecal kacang yang sedap!
Bahan-bahan
- Ayam dipotong
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Halia 1 inci
- Ubi kentang 3 biji (rebus & kisar)
- Sup bunjut / kiub pati ayam
- Bahan perasa – Sedap Rasa, gula, garam
- Sambal Pecal Segera Lahza (6-7 sudu besar)
- Sos Cili
- Air kosong
- Mee kuning
- Tomato belah 4
- Sawi dan taugeh untuk hiasan.
Cara memasak (kuah)
[1] Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam blender dan kisar. Untuk ditumis, gunakan sedikit minyak sahaja dan tumis bahan-bahan tadi ke dalam kuali sehingga naik bau.
[2] Gunakan serbuk instant Sambal Pecal Segera Lahza, masukkan dan campur bersama sos cili. Kacau ia hingga sebati.
[3] Masukkan ayam potong tadi bersama dengan 3 cawan air.
[4] Masukkan sama ada sup bunjut atau kiub pati ayam.
[5] Masukkan ubi kentang yang telah direbus dan dikisar.
[6] Bila kuah sudah mendidih, perlahankan api dan tunggu sehingga yam masak dan empuk.
[7] Masukkan bahan perisa mengikut citarasa.
[8] Akhir sekali, masukkan tomato.
Untuk penyediaan mee, hanya perlu celur mee, taugeh dan sawi. Seterusnya, ia sedia untuk dihidang.
Perasan tak anda tidak perlu menyediakan cili kisar dan kacang tanah? Sambal pecal segera Lahza sudah cukup lengkap pakej dan rasa! Sambal pecal ini juga sesuai untuk dibuat hidangan lain. Dah nama pun segera (instant), hanya perlu tambahkan air panas untuk menjadikan ia seakan sambal pecal yang dibuat sendiri!
Tak dapat nak keluar ke kedai sendiri mencari sambal pecal segera? Lahza ada menyediakan jualan online di Shopee! Nak cari kuah rojak sedap pun mereka ada jual tau! [Link]
Ingin mengikuti promosi-promosi semasa produk keluaran Lahza ini? Ataupun bertanyakan dengan lebih lanjut? Layari mereka di sini:
Facebook | Instagram | Lahza Homepage | WhatsApp | Saluran Youtube
Anda boleh membaca profil penuh mereka di sini:
Entri pertama|| Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS
Sekian sahaja dari LunaStory untuk edisi usahawan PeDAS yang ini. Semoga bertemu lagi di siri usahawan PeDAS yang lain pula ya!
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]