Biskut Lutut Rasso Tanjong | PeDAS
Artikel “Biskut Lutut Rasso Tanjong | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Perihal Biskut
Siapa dekat sini pernah makan atau dengar akan biskut lutut angkat tangan!
Seumur hidup, Cik Lis tak pernah makan biskut lutut. Bila tengok sendiri depan mata, barulah tahu akan kewujudannya.
Biskut lutut mendapat namanya daripada rupanya yang seakan-akan kepala lutut manusia serta teksturnya yang keras tetapi rangup. Biskut ini di bawah kategori biskut kosong tiada inti mahupun topping. Sesetengah orang juga memanggil biskut ini sebagai roti keras kerana bentuknya seperti buku roti yang tebal.
Seperti biskut-biskut kosong yang lain, biskut lutut lebih sesuai dimakan sebagai snek yang mengiringi hidangan minuman panas seperti kopi atau teh. Acah-acah hi-tea gituuuu tak kira masa, waktu dan cuaca.
Jadi, siapakah usahawan PeDAS penjual biskut lutut kita kali ini?
Biskut Lutut Rasso Tanjong
Syarikat Azreen Rizal Enterprise memegang paten untuk produk biskut lutut dan biskut kelapa di bawah jenama Rasso Tanjong. Pemiliknya ialah Puan Noor Azreen Binti Johari dan jenama ini sering dilihat di sekitar warung dan kedai makan di Kota, Negeri Sembilan.
Walaupun usia perniagaan Rasso Tanjong baru sahaja 2 tahun, namun pemiliknya berharap agar biskut keluaran syarikatnya mampu dikomersialkan dengan lebih meluas, menembusi pasaran di Negeri Sembilan dan seterusnya ke seluruh negara.
Nak cuba tak biskut lutut ini? Ataupun, nak cuba kembali ke zaman membesar dengan biskut yang jarang jumpa di bandar-bandar besar? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk Rasso Tanjong:
Ataupun, kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:
Kedai Bukit Rasso Tanjong, B3, Bengkel Mara Sri Kendong, 71350, Kota, Negeri Sembilan
Nak belajar cara buat biskut kelapa untuk kudapan hari raya nanti? Ikuti artikel berikutnya pula ya!
Entri ketiga||Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjong:PeDAS
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]