Bahulu Sedap Dan Lembut :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS

February 24, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Bahulu Sedap Dan Lembut :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan (◕‿◕✿) Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.

Ini adalah artikel entri ketiga dan terakhir untuk siri usahawan ini. Anda boleh mengikuti entri-entri terdahulu usahawan Azza Bahulu Ledang di bawah:

Entri pertama|| Azzu Bahulu Aneka Perisa |Usahawan PeDAS

Entri kedua|| Bahulu Door Gift Johor :Azzu Bahulu Ledang|PeDAS


Kalau dibaca di mana-mana, bahan untuk membuat bahulu jenis cermai ini ada 3 sahaja yang paling utama – telur, tepung dan gula.

Tapi kalau nak buatnya sendiri….fuh! Jenuh. Lagi-lagilah kalu nak buat yang jenis rasa macam orang dulu-dulu buat kan…

Bahulu Sedap Dan Lembut-2

Dalam sedang mencari maklumat tentang bahulu ini kan, Cik Lis terbaca yang kuih bahulu ini seakan-akan French Madeleine. Tapi rasanya bila dimakan tidak sama. Menurut blogger ini, tekstur Madeleine lebih lembap di dalam berbanding dengan kuih bahulu yang kering.

Bahulu Sedap Dan Lembut-1
French Madeleine.

Patutlah kuih bahulu juga dipanggil sebagai Asian Madeleine. Ataupun, Malaysian Madeleine. Dekat Malaysia pun, bukan orang Melayu sahaja yang pandai buat kuih bahulu tau.

Puaslah Cik Lis cuba mencari resepi untuk buat bahulu sedap dan lembut yang paling mudah. Namun apakan daya, rasa macam nak menangis tengok cara orang buat bahulu di Youtube.

Kalau nak rasa betul-betul authentic siap dengan bau zaman dahulu, kena bakar dengan sabut kelapa. Mana nak cari sabut tengah bandar KL ni ha (。ŏ_ŏ)

“Alah Cik Lis, kan ke sekarang banyak je orang bakar kuih bahulu pakai oven? Alasan sangat…. ¬‿¬ ”

-monolog dalaman Cik Lis

Cik Lis tak handal buat kuih tradisional sebegini dan Cik Lis lebih percaya kepada yang pakar untuk membuatnya. Kalau mengidam nak makan bahulu, terutamanya di hari raya nanti yang akan tiba tak lama lagi? Tempah sahaja lah kan. Senang cerita.

*Bila research tentang bahulu ini, baru Cik Lis tahu yang sekarang ada banyak jenis selain daripada bahulu cermai. Bahulu yang jenis gulung ini nampak seperti kek gulung swiss roll. Mesti sedap kuih bahulu gulung ini! Bayangkan tekstur bahulu, ada macam-macam inti yang boleh dipilih.

Ada juga bahulu berupa ikan! Bahulu ikan ini ada simboliknya yang tersendiri. Sering menjadi pilihan santapan di hari raya Cina kerana ikan adalah simbol kebijaksanaan.

*Sekai lagi rupa bahulu ikan ni membuatkan Cik Lis teringat kuih taiyaki Jepun inti kacang merah. Hahaha…

Azzu Bahulu Ledang adalah antara pembekal bahulu viral yang membuat semua jenis variasi bahulu sedap dan lembut yang telah disebutkan tadi, termasuklah bahulu cermai. Sambutan terhadap produk mereka sangatlah menggalakkan jika anda melihat komen-komen pembeli di media sosial dan penglibatan mereka di acara-acara yang melibatkan golongan VVIP.


Berminat menjadikan produk bahulu ini sebagai hadiah door gift untuk tetamu anda? Ataupun persediaan di hari lebaran nanti? Atau sekadar melihat dahulu promosi-promosi menarik Azzu Bahulu Ledang? Klik sahaja link di bawah ini ya (◕‿◕✿)

Facebook | Instagram | WhatsApp

Shopee||Bahulu Cermai 5 perisa inti | Bahulu Ikan Original

Alamat Kedai:

Sekian sahaja dari Cik Lis untuk siri usahawan PeDAS Azzu Bahulu Ledang. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS yang lain di artikel yang akan datang ya! Setia bersama dengan LunaStory tau (*・∀-)☆


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.