Ulangkaji Tajwid Secara LIVE dan Online | Beana Home Quran

February 2, 2021 by No Comments

Sebelum Cik Lis mulakan tajuk ulangkaji tajwid secara LIVE bersama dengan Beana Home Quran, Lis nak tanya dekat pembaca semua.

Berapa ramai yang betul-betul ingat akan istilah, terminologi atau nama khusus untuk sesetengah hukum Tajwid bila membaca Al Quran?

Macam Lis haritu kan, semasa Lis baca ayat ini:

ulangkaji tajwid secara live 1
(Surah Huud, Ayat 41)

Lis boleh ingat yang bila jumpa tanda ‘diamond’ atau berlian dekat bawah satu ayat ni, sebutan ayat tersebut yang sepatutnya disebut macam biasa jadi lain daripada yang lain.

Maj-re-ha.

Bagi Lis, ia unik sebab ada bentuk unik tersebut, selain daripada cara bacaannya yang juga lain daripada biasa. Jarang ada sebutan biasa untuk bahasa Arab ini yang sama dengan sebutan huruf vokal “E”. Sebab tu Lis boleh ingat macam mana nak sebut bila jumpa ayat ini.

Tapi, Lis tak boleh nak recall atau ingat apa nama spesifik atau istilah untuk cara baca tersebut. Terasa ralat pun ada. Dah bertahun-tahun membaca Al Quran. Belajar hukum Tajwid pun dah lama.

Benda paling asas pun boleh lupa? Astaghfirullah.

Mungkin kita terlalu sibuk mengejar urusan dunia, dan ilmu baru. Sehinggakan ingatan akan pembelajaran yang paling awal kita pernah terima dalam hidup kita semakin hilang dari memori.

Rupanya, kaedah untuk bacaan tadi namanya adalah Imalah. Baru teringat nak Google dekat tepi kan haha.

Bila Lis tengok dekat page FB Beana Home Quran, Imalah sekali lagi terlintas di depan Lis bila Lis tengok ulangan siaran LIVE dibawah topik “Bacaan Tersembunyi Dalam Al Quran

Bagus tutor Quran Kak Bee ni. Dengan topik ini, secara tak langsung Lis dan pendengar yang lain dapat refresh atau belajar ilmu baru tentang bacaan khas ini. Bercerita tentang topik ini sahaja, pendengar juga didedahkan dengan bacaan unik lain seperti Saktah, Naqal, Tashil dan Isymam.

Sepanjang bulan Januari tahun ini, Beana Home Quran bersiaran secara langsung untuk orang ramai yang ingin ulangkaji tajwid secara LIVE bersama dengan Qutor dari Beana ini. Antara topik-topik menarik yang lain sebelum ini adalah seperti:

  • Macam mana nak baca Ro’ dalam keadaan nipis – 26 Januari 2021
  • Apa perbezaan antara Mad Silah asirah dan Mad Silah Tawilah – 21 Januari 2021
  • Pernah dengar hukum Idgham Mitslain? – 18 Januari 2021

… dan sebagainya.

Ada banyak lagi topik-topik tajwid yang pernah LIVE sebenarnya. Tuan puan boleh pergi ke FB Page Beana Home Quran untuk butiran lebih lanjut.

Laman Web Beana Home Quran | Facebook | Instagram | WhatsApp

Baca tentang lebih lanjut Kelas Mengaji Online Beana Online Class disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.