Trend Blur Muka – Memang Bijak
Rakyat Malaysia beberapa hari agak kurang senang dengan berita penangkapan khalwat dua pelakon.
Cik Luna pasti bahagian pengurusan dan pemasaran yang terlibat dengan dua selebriti yang terkenal ini mesti risau terutama yang menjadikan kedua mereka (atau salah seorang) sebagai model dan duta. Penggambaran untuk Aidilfitri mesti sudah dilakukan.
Malahan kedua-dua selebriti tersebut masih dalam penggambaran drama bertajuk “Terjerat”.
Peristiwa tangkapan berlaku pada hari Jumaat malam dan mulai heboh pada hari Sabtu pagi.
Pada hari Jumaat minggu berikutnya sebuah jenama makanan kesihatan Kitsui telah memuatnaik ucapan Selamat Berpuasa yang mengandungi wajah salah seorang selebriti tersebut. Yang ‘kiut’ nya wajah selebriti itu diblurkan.
Cik Luna pun terperanjat masa tengok tu ingatkan ada salah editing yang mereka tak perasan! Rupanya ia bagi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia ketika ini. Dalam masa yang sama ia menaikkan jenama ini menjadi sebutan dan mendapat pujian.
Dan tak lama lepastu beberapa jenama pun mula mengikut trend blurkan wajah. Paling comel ialah wajah Dato Ameer Mydin diblurkan dalam video ucapan Selamat Berpuasa dari Mydin. Cepat betul ye admin Mydin buat kerja!
Ada juga beberapa organisasi mula membuatkan trend ini di media sosial Tik Tok mereka.
Trend Blur Muka dari sudut Pemasaran
Konten ini ditulis bagi tujuan diskusi. Tidak berniat menjatuhkan dan tidak ditaja oleh mana-mana organisasi.
Pemilihan duta ialah sebuah risiko
Risiko baiknya ialah kita dapat ‘sampai’ kepada peminat duta ini. Mungkin pelanggan kita mempunyai ciri-ciri seperti duta yang kita pilih sebagai usahawan.
Risiko buruknya ialah apabila terpalit dengan sebarang kontroversi, ia mungkin menjejaskan jenama kita juga.
Tapi dalam kes video Kitsui ni rasanya dah terbalik. Mereka menukar kesukaran kesulitan menjadi sebuah peluang. Thumbs up kepada idea ini! Serius saya kagum.
Pilih yang majoriti
Selepas seminggu kedua-dua selebriti ini mengeluarkan kenyataan yang bolehlah dipertimbangkan pada saya. Sebagai manusia mesti kita ada pendapat masing-masing. Dan yang paling mudah kita serahkan pada yang pakar dan doakan yang terbaik untuk mereka serta yang terlibat.
Namun sebagai usahawan (dan marketeer) , untuk membuat keputusan – we have to read the room. Rakyat Malaysia sedang marah. Mungkin bukan semua namun majoriti di Tik Tok.
Komen yang dikeluarkan berbaur geram. Belum lagi di Google dimana Wikipedia kedua selebriti ini di edit dengan ayat yang kurang baik.
This is the tough world. Walaupun apa yang mereka buat tidak membolehkan kita menghina mereka sesuka hati.
Poin saya, keputusan atau konten syarikat boleh jadi neutral ataupun mengikut arus mood semasa orang ramai. Macam semalam, orang lebih marah dengan kenyataan yang kedua selebriti ini keluarkan. Read the room by reading majority of the comments.
Jangan buat orang yang sedang marah lebih marah dengan perbualan kita yang semakan-akan menyokong kontroversi ini.
Simpan pendapat kita yang mungkin bertentangan dengan arus semasa.
Bolehlah buat trend blur muka ni
Siapa yang kreatif dan rasa boleh buat trend ni, boleh fikirkan angle untuk buat. Sebab bukan semua trend yang kita buat akan menjadi. Kadang-kadang menimbulkan perasaan cringe dan mungkin menerima komen tidak enak.
Namun boleh je mencuba.
Cik Luna alu-alukan sebarang komen membina untuk trend ini ya!