Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS

April 12, 2020 by No Comments

Artikel “Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Dekorasi Bersama The Sims!

Sebelum Cik Lis kenal akan perisian atau software untuk rekabentuk seperti SketchUp, CAD, Revit dan sebagainya, Cik Lis bermula dengan bermain The Sims sejak mula diperkenalkan lagi!

Cik Lis bermula dengan The Sims 2 semasa di zaman persekolahan lagi. Bila balik dari asrama, memang tak lepas lah PC tu di ‘conquer‘ nya sorang-sorang. Sibuk nak touch up atau upgrade rumah yang dibina sendiri dari bawah tanah hingga ke bumbung bila dapat duit Simoleons. Mana tidaknya, grafiknya cukup cantik kot. Agaknya kalau buat survey, berapa ramai player The Sims yang end up mengambil kursus-kursus senibina dan hiasan dalaman akhirnya? Hehe…

The Sims 4. Kredit: ea.com

Bila dah ambil kursus berkaitan dengan senibina dan hiasan dalaman pula, dapatlah sedikit pendedahan dengan penggunaan ruang secara optimum.

Jadi, apa tips yang ingin dikongsikan untuk ruang tamu ini?

Tips Menghias Ruang Tamu

Dah nama pun ruang tamu. Orang putih pun panggil ia sebagai ‘living room’, ruang yang hidup. Rata-rata ruang tamu adalah tempat pertama yang orang akan lawati sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah, jika tiada mengambil kira ruang tambahan lain seperti foyer misalnya.

Tips yang dikongsikan disini tidak mengambil kira jika anda mempertimbangkan untuk membuat kerja-kerja renovasi. Antara tips berguna yang boleh dikongsikan di sini adalah:

>>|Pencahayaan dan Pengudaraan Semulajadi

Tidak kira lah sama ada ruang tamu anda besar atau kecil, seeloknya fikirkan dahulu tentang hal ini. Kadang-kadang benda yang paling utama pun orang boleh terlepas pandang, bukan?

Rasa semak kadang-kadang bila terlihat ruang tamu yang seakan-akan tiada tempat untuk bernafas. Siang hari pun tingkap masih tertutup dengan langsir gelap penuh bersulam. Kalau takut jiran atau orang luar ternampak isi dalam rumah, lebih baik menggunakan day curtain untuk langsir tingkap.

>>| Pemilihan warna untuk dinding (cat)

Anda mungkin sudah biasa mendengar konsep kalau ruang kecil, warna yang cerah memberikan ilusi ruang tersebut nampak lebih besar. Begitu lah juga dengan yang sebaliknya (vice versa).

Tips Menghias Ruang Tamu-1

Ada beberapa aplikasi cat rumah yang anda boleh cuba tengok terlebih dahulu untuk membantu anda dalam membuat pemilihan kod warna untuk dibeli di kedai. Nama-nama seperti Jotun, Nippon Paint, Dulux adalah antara jenama cat di Malaysia yang ada aplikasi untuk visual di Google Playstore.

>>| Pemilihan warna untuk dinding (kertas dinding)

Jika anda berminat memasang kertas dinding, ianya mungkin kerana anda berminat dengan corak ataupun motif tertentu yang ada pada reka bentuk atau design kertas dinding tersebut.

Satu je nak pesan dari sini; less is more. Jika design yang anda suka itu nampak penuh dan borderline berserabut di mata kasar, pertimbangkan semula. Anda mungkin mahu berkompromi untuk menggunakan design tersebut di satu sudut dinding sahaja yang biasanya dipanggil sebagai…

>>| Feature wall!

Okay.

Feature wall tidak semestinya ekslusif dengan kertas dinding sahaja. Feature wall juga boleh dibuat dengan cat di dinding. Konsep utama feature wall atau accent wall adalah seperti namanya; bahagian tersebut menjadi fokus utama ruang tersebut. Tempat anda meletakkan televisyen selalunya adalah tempat dimana anda mengaplikasikan feature wall untuk ruang tamu.

Tips Menghias Ruang Tamu-2

Di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda meletakkan sama ada kertas dinding dengan corak penuh. Jika anda ingin menggunakan alternatif cat, antara pilihan idea adalah dengan menggunakan warna yang kontra dengan warna di bahagian dinding yang lain. Ianya boleh dilakukan sama ada dengan menconteng pelbagai corak dan warna ataupun menggunakan teknik memberus cat untuk menghasilkan tekstur-tekstur kemasan dinding yang menarik!

>>| Pemilihan dan susun atur perabot

Jika anda ingin ruang tamu anda mempunyai konsep, selain daripada minimalis, anda boleh memilih konsep mengikut etnik. Contoh konsep etnik adalah seperti oriental, timur tengah, bali, victorian dan sebagainya. Dengan adanya konsep, ianya juga dapat membantu anda memilih palet warna yang sesuai untuk keseluruhan isi ruang tamu anda dari dinding hinggalah ke perabot.

Selain daripada internet, majalah ataupun rancangan dokumentari, bermain permainan simulasi seperti The Sims juga memberikan idea ataupun bayangan visual untuk ruang tamu idaman anda walaupun tidak berapa konvensional. Haha.

Kalau anda sekadar mahu ruang tamu anda berhias tanpa konsep tertentu seperti di atas, memadailah dengan tahu di mana atau bagaimana hendak menyusun sofa, meja kopi, side table, televisyen dan sebagainya.

Contohnya, sofa tidak sesuai diletakkan terlalu dekat dengan dinding. Jika ruang tamu anda kecil, cari sofa yang rendah. Bagi susunan perabot anda secara keseluruhan supaya ada circulation. Contohnya, orang boleh lalu di belakang sofa.

>>| Penutup

Banyak lagi yang boleh dikongsikan tentang tips untuk ruang tamu seperti pilihan lampu, cara untuk membuatkan ruang sempit nampak luas dengan cermin dan sebagainya. Cik Lis akan sambung di kemudian hari ya disebabkan kekangan masa.


Usahawan PeDAS Izzahrra membekalkan perabot yang boleh dibeli secara online. Antara bekal perabot yang popular daripada syarikat milik bumiputera ini adalah perabot daripada kayu jati yang diimport dari Indonesia.

Berminat untuk membeli perabot daripada Izzahrra Enterprise? Ataupun ingin melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis perabot daripada usahawan pembekal perabot ini? Layari laman-laman rasmi Izzahrra disini:

Facebook|Instagram|Shopee|WhatsApp

Jika anda di dalam perancangan untuk mengubah rupa bilik tidur sedia ada di rumah anda, anda dijemput untuk membaca sedikit tips di sini:

Entri ketiga|| Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.