Tips Menabung Untuk Pelajar | Senang & Confirm Berkesan
Kalau anda selalu rasa duit cepat habis, jom baca tips menabung untuk pelajar dari Cik Luna! Hari ni Cik Luna nak kongsi beberapa tips menabung yang mudah untuk diamalkan. Tips ni sesuai untuk kita yang nak kawal bajet dan kumpul duit sedikit demi sedikit untuk kegunaan masa depan.
5 Tips Menabung Untuk Pelajar
1. Buat Bajet Bulanan
Pertama sekali, kalau nak berjaya menabung, anda kena tahu duit yang masuk dan juga duit yang keluar. Tanpa bajet, kita akan jadi mudah untuk terlebih belanja. Cik Luna biasanya akan catat bajet dalam buku nota atau pun korang boleh juga guna aplikasi percuma seperti Money Lover.
Sebagai contoh, kalau anda dapat RM500 untuk sebulan, cuba bahagikan bajet macam ni: RM200 untuk makanan, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan kecemasan dan jumlah baki RM150 boleh guna untuk keperluan lain seperti topup, alat tulis atau bahan pembelajaran.
Dengan cara ni, anda akan mengenalpasti berapa jumlah yang boleh dibelanjakan tanpa risau pada hujung bulan. Ini antara tips menabung untuk pelajar yang paling basic tetapi sangat membantu.
2. Manfaatkan Diskaun Pelajar
Kad pelajar bukan sekadar berguna untuk masuk kelas je! Terdapat banyak kedai makan, restoran, kedai buku dan juga servis online seperti Spotify dan Canva ada tawaran khas untuk pelajar. Sentiasa bawa kad pelajar anda dalam dompet dan jangan malu nak tanya, “Ada diskaun untuk student tak?”. Cik Luna pun pernah dapat 10% diskaun dekat kedai buku sebab guna kad pelajar.
Nampak macam kecil, tapi kalau konsisten guna cara ni setiap bulan, anda boleh jimat banyak belanja. Duit yang lebih tu boleh digunakan untuk simpanan kecemasan atau keperluan. Lama-lama, cara ni akan jadi tabiat baik yang bantu anda urus duit dengan bijak.
3. Buat Kerja Sambilan
Sebagai pelajar, duit poket tak cukup itu biasa. Jadi, Cik Luna cadangkan supaya anda cuba untuk buat kerja sambilan yang sesuai dengan jadual kelas. Tak semestinya kena kerja lama-lama, cukup buat kerja ringan dan tak ganggu masa belajar. Contohnya, anda boleh jual barang preloved yang dah tak pakai ataupun buat freelance macam edit video atau tulis artikel.
Cik Luna sendiri pernah jual nota lama dekat junior dan dapat extra RM50. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dan ini salah satu tips menabung untuk pelajar yang paling berkesan sebab kita tambah pendapatan sendiri sambil kita belajar.
4. Masak Sendiri Di Rumah
Selain itu, masak sendiri di rumah juga antara tips menabung untuk pelajar yang paling mudah nak buat. Walaupun makan kat luar tu memang best, tapi kalau hari-hari boleh makan modal juga. Jadi, Cik Luna cadangkan untuk masak je kat rumah. Dan kalau duduk di kolej, boleh ajak roommate untuk kongsi beli bahan masakan. Lagi ramai kongsi, lagi murah kos untuk setiap orang!
Bonusnya, kalau masak sendiri di rumah, anda boleh pilih bahan yang lebih sihat dan masak ikut selera sendiri. Masak ni pun boleh jadi aktiviti fun dengan kawan-kawan sebab kita boleh cuba resepi baru sama-sama. Bila masak sendiri, anda bukan saja jimat duit tapi dapat rasa puas hati sebab hasilkan makanan sendiri.
5. Kurangkan Self Reward
Self reward itu okay, semua orang pun perlukan motivasi sekali-sekala. Tapi kalau setiap minggu beli benda mahal sebab kononnya nak “reward diri”, poket boleh cepat kosong sebelum hujung bulan. Cuba jadikan reward hanya bila anda capai sesuatu yang besar, contohnya lepas habis exam, dapat dean’s list atau siapkan assignment yang agak mencabar.
Reward ni tak semestinya kena belanja besar, kalau kita tengok movie di rumah atau buat aktiviti santai dengan kawan juga dikira sebagai self reward. Dengan cara ni, kita tetap rasa seronok dan ada motivasi tanpa perlu habiskan banyak duit. Ini juga sebahagian daripada tips menabung untuk pelajar sebab ia ajar kita kawal nafsu berbelanja dan bantu kumpul simpanan secara perlahan.
Jom Menabung Dari Sekarang!
Kesimpulannya, semua tips menabung yang Cik Luna kongsikan ni sangat mudah untuk anda mula dari sekarang. Kalau anda ada tips lain yang lagi best, jangan malu-malu untuk share dekat komen. Jom sama-sama jadi pelajar yang bijak urus duit!
Setakat ini sahaja perkongsian yang bertajuk “Tips Menabung Untuk Pelajar | Senang & Confirm Berkesan” dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
